Saturday, October 27, 2012

Peribadi di Sebalik Seekor Anjing yang Hina


"Aauuuuuuuuuuuuu~~~~", kedengaran suara seekor anjing melolong di tengah kegelapan malam.. Kalau orang tua2 bilang, anjing tu ternampak hantu..betul ka? Wallahualam..jawapan ada pada diri masing2..hehehe.. Anjing ni seekor binatang yg taat dgn tuannya..tak percaya? cuba tanya sapa2 yang ada bela anjing.. cuba tanya macam mana sifat anjing tu kalau di jaga betul2 oleh tuannya? Dulu masa aku masih kecil, kami ada bela anjing (maklum la dulu tak tau apa2).. Kami jaga anjing tu baik2, bagi makan dia, bagi dia tempat tidur.. Tiap2 pagi aku pegi skolah (jalan kaki beb), masa tu aku skolah rendah, ada ja anjing2 tu ikut jadi bodyguard.. bila dah sampai skolah, 'diorang' akan pulang ke rumah.. Tapi yg bestnya, bila waktu pulang dari skolah, anjing2 tu akan datang balik ke skolah 'jemput' aku balik.. Macam tau2 ja dia waktu aku keluar dari kelas.. Tengok punya la setia anjing tu bila di jaga baik2 oleh tuannya..

Seekor anjing sedang memerhati tuannya yg sibuk bermain (sekadar gambar hiasan)

Mama aku pula pernah crita.. ni masa aku belum wujud di dunia la ni..masa tu abg aku (bro dilon) masih kecil lagi..mama dan abg aku tu bertembung dgn seekor ular tedung di dekat2 rumah kami.. mengejar la pula ular tedung tu..apa lagi, lari lintang pukang la mama dan abg aku.. Tapi dgn tidak di sangka2, anjing yg diorang bela dulu (masa dah aku lahir, anjing tu dah mati kasian) terkam ular tedung tu dari blakang dan gigit2 ular tu sampai mampus.. Anjing tu kalo tak silap aku la, nama dia si jinggo.. Anjing kesayangan abg aku di waktu kecilnya.. hehehe.. Tapi tak lama lepas peristiwa tu, si jinggo mati tiba2..di syaki kena patukan ular tedung yg kejar mama dan abg aku tu.. adehh, peristiwa yg amat menyedihkan.. seekor anjing sanggup berkorban nyawa utk tuan yg di 'cintai'nya.. huuu~~~ (aku menangis dah ni sebab sedih)..

Ok takpa..kita simpan dulu kesedihan tu..hehehe.. kita berbalik pula crita tentang kemanusian (kita la, sapa lagi).. Tuhan itu tuan kita..maksudnya boss kita...di mana Dialah saja Boss kita yg tidak ada Boss selain dia.. itu kalau kita guna bahasa moden la... Kalo di pejabat tu tak perlu la di anggap boss.. itu cuma "pengurus", "pengarah' dan sebagainya.. Jawatan ja dan tak lebih dari itu.. diorang tu tetap sama macam kita.. Cuma amanah yg diorang pegang tu besar sikit la dari kita..Boss kita hanyalah Allah, Tuhan yg Maha Agung lagi Maha Tinggi.. Jadi, Tuan kita ni bagi kita macam2 nikmat sampai kita pun tak boleh nak hitung.. agak2 berapa banyak la tu nikmat Tuan kita bagi? tak terkira wooo.. nikmat melihat, mendengar, tenaga, udara, otak, jantung dan macam2 lagi..boleh gila kita kalo menghitungnya.. TAPI!! brapa ramai orang yg TAAT dan SETIA dgn Tuannya?? Aku sendiri mmg jauh skali dgn taat dgn Tuan aku (sama la Tuan kita bah).. contoh paling senang, dlm bab solat.. Tuhan suruh kita solat di awal waktu dan buat sungguh2..dpt kita buat?? aku?? jauh skali dari dapat.. Allah, hinanya aku dari seekor anjing yg tak diberi akal.. Malu~~.. Aku ni mengata diri aku sendiri ni..sapa2 yg terasa tu apa bole buat la..dah sama nasib dgn aku..

Ok la..utk tak banyak buang masa lagi, aku tutup la crita ni dgn sajak guru mursyidku, Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-tamimi..malu nak bercakap banyak lagi sebab kelemahan diri terlalu la banyak.. Diri pun masih terlalu jauh utk mencintai Allah, Tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Dan masih jauh lagi untuk merindui Rasulullah, kekasih Allah yang agung.. Mari sama2 kita menghayati sajak ini..sekian...

Aduh! Malangnya Manusia
Anjing apabila diberi makan, dimanjakan, dibelai,
dibuat  baik dia akan sayang tuannya
Sekalipun makanan itu hanya tulang-tulang,
sisa-sisa dan bahan-bahan lebihan
Dilahirkan kepadanya kasih sayang,
diusap-usap belakangnya ia akan taat setia
Diajar dan dididik ia akan mengikut arahan tuannya
Selepas itu ia tidak akan berpisah lagi dengan tuannya
Waktu di rumah ia jaga tuannya, waktu berjalan ia ikut tuannya
Begitulah anjing yang hina apabila kenal tuannya,
ia tahu kasih tuannya, ia akan sayang dan taat kepada tuannya
Begitulah Tuhan sebagai tuan manusia,
Tuannya beri dia hirup udara, dia boleh hidup
Di waktu lapar diberi makan, di waktu haus diberi minum,
di waktu letih ditidurkan
Tuhan Tuan bagi manusia, diberi bermacam-macam kemudahan hidup,
rumah, kenderaan, pakaian
Entah apa lagi belaian Tuhan kepada manusia
yang tidak dapat diucapkan
Tapi malangnya, manusia tidak kenal Tuhan sebagai Tuannya,
dia lupa Tuannya jauh sekalilah taat.
Kalau begitu kebanyakan manusia lebih jahat dan hina
daripada anjing yang hina
Anjing apabila dibelai oleh tuannya ia taat dan setia
Ia tidak mahu berpisah lagi dengan tuannya
Anjing lebih mengenang budi tuannya daripada manusia
Sepatutnya anjing yang tidak ada akal belajar dengan manusia
Ini terbalik pula, manusia kena belajar dengan anjing yang hina
Aduh malangnya manusia!
Tidak mengenang budi jasa Tuannya iaitu Tuhan
Anjing lebih mengenang budi jasa-jasa tuannya
Patutlah manusia ramai yang masuk Neraka,
anjing selamat dari Neraka

27.11.2002
Waktu Dhuha

Di bilik ofis
Tawau

Agama Bukan Untuk Cari Makan!!!

Assalamualaikum,

Salam Aidiladha 1433H utk semua. Mohon maaf segala salah silap bagi yg mengenali diri ini mahupun yg tak kenal tapi pernah tersakit hati disebabkan diri yg lemah ini.

Segala puji bagi Allah dan hanya hak Allah, Tuhan semesta alam. Yang di mana Dia telah mengisytiharkan Dia adalah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya seperti yg telah termaktub dalam surah al-fatihah. Tapi Dia juga mengingatkan kita Dia adalah Raja bagi hari pembalasan yg di fahamkan dgn kita, hari pembalasan bukan hanya di akhirat sahaja, tapi di dunia pun akan berlaku hari pembalasan untuk kita. Oh Tuhan, ampunilah diriku yg lemah ini. Bukankah aku hambaMu jua? Bukankah aku ciptaanMu jua?

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Rasulullah SAW, sebagai nabi roh dan nabi akhir zaman yg mana jasad baginda sudah di wafatkan lebih kurang 1400 tahun dahulu. Tapi roh baginda yg kuat itu di mana dapat menembusi langit ke-7 dan bertemu dgn Tuhan yg Maha Agung yg mana malaikat jibril sekalipun tidak dapat menembusinya, masih hidup dan berperanan besar hinggalah ke hari ini utk memimpin manusia dan menjayakan misi kebangkitan Islam kali ke2 seperti yg baginda sabdakan bahawa islam akan bangkit kali ke2 di timur jauh dgn pimpinan Al-Mahdi yg mana tapaknya dimulakan oleh penolong kanan Imam Mahdi yg di sebut Rasulullah sebagai fatta attamimi (Putera Bani Tamim) ataupun shuib bin soleh. Selawat dan salam juga kepada para keluarga dan para sahabat baginda yg sangat-sangat membantu dalam misi kebangkitan islam kali pertama di mekah dan madinah dan akhirnya membawa kepada 2/3 dunia sebelum kejatuhan islam ditangan dajjal laknatullah dan konco2nya.

Fuuuhh~~~ (hembus nafas panjang)..Agak lama juga aku tak post dalam blog nikan.. Biasalah..Sibuk bah dgn kerja-kerja harian.. Banyak benda yg aku tempuhi dalam setahun dua ni.. Sedar2 dah ada anak 1.. hehehehe...

Ni gambar anak pertamaku..comel tak?
Tu nampak tu anak aku? Mana? dalam gambar tulah..adehh.. comel tak? Mcm abahnya juga comelnya kan kan kan.. hehehe.. ops.. macam dah lari sikit dari topik ni..hurmm takpa takpa.. Mari kita berbalik dgn kisah yg aku mau crita..

Sedar ka kita di zaman yg serba moden ni, agama dah tak berapa dipandang? Dah tak ada orang yg nak membela Allah dan Rasul..perasan tak? Kalau ada pun, itu sebab ada degree la.. tu pun sebab ada gaji.. cuba jangan bagi gaji, kita tgk diorang nak bercakap lagi ka tidak?? kalau bercakap juga pasal agama walapun tak di bagi gaji kira ok la tu..tapi itupun hanya beberapa ketul je kita nampak.. Betul tak? Ada juga yg rajin bercakap pasal agama sana-sini.. tapi penampilan tak jaga, syariat tunggang-langgang..kalau orang tak ikut, dia marah pula..merajuk la kadang-kadang.. hah..itu kelompok yg takda degree pula.. Err..mesti ada mamat atau minah yg terbaca blog ni cakap, "eleh, ko tu cakap2 orang ingat ko tu bagus sangat ke?"..iyee... saye tau saye tak baik.. yg saye cakap ni pasal diri saye la..wat pe nak terase beb?? opss.. tersleng semenanjung la pula... "baggagall naa tambuni mu di sampulnaa", bilang org samporna nanti sama aku..hehehehe..

Ahli-ahli agama, artis-artis tv, penasyid-penasyid yg menyanyi lagu ketuhanan akhir-akhir ni nampak sangat guna agama utk cari makan..sapa-sapa yg terasa tu mintak maaf laa.. ayat tu utk orang yg guna agama utk cari makan ja..bukan semua..yg baik tu diam2 la..hehehe.. Tapi ada seorang ahli agama besar yg berjiwa besar dan peribadinya pun sangat besar di akhir zaman ni sangat-sangat membawa agama dalam dirinya dan orang lain.. Beliau sangat-sangat memperjuangkan Tuhan, Rasulullah dan Al-Mahdi yg ditunggu-tunggu.. Beliau sudah menempuh macam2 dugaan dan cabaran dari sejak penubuhan jemaahnya hingga ke hari ini yg jemaahnya dah berkembang hingga ke haramain (Mekah dan Madinah) dan seluruh dunia ada premis-premis beliau.. Walaupun beliau dah di isytihar wafat oleh doktor di Malaysia, tapi jemaah yg beliau tubuhkan berkembang dan terus berkembang dgn pesatnya sehingga membuatkan orang ramai tergamam.. Hingga kini beliau dan jemaah masih di anggap sesat oleh sesetengah kelompok manusia di Malaysia tapi di luar Malaysia, beliau di anggap ulama besar yg sangat di segani..Beliau membawa islam bermula dari dirinya yg sangat cinta dan takut Tuhan..kemudian keluarganya, kemudian jemaahnya..dan kini seluruh dunia (kecuali sekelompok kecil manusia di Malaysia) mengikhtiraf kepimpinan beliau dan islam yg beliau bawa.. itukah sesat? Penampilannya, peribadinya, tuturkatanya sangat menampakkan ciri-ciri keislaman dalam diri beliau.. "Eh, manadaa..sassat bai tuu..akidah dia nda betul tu..pengikut dia anggap dia Tuhan bah!!".. Ya? betul ka? ni salah seorang pengikutnya (ntah di iktiraf ka aku ni), tanya aku!! Jangan suka buat tuduhan melulu kalo tak kenal sapa guru ku.. "Tuu yg kamu ckp dia masih hidup tu..padahal mati suda bah!!".. Elehh.. macam la Tuhan tu tak boleh buat hambaNya yg bertaqwa mati hidup semula.. tu crita ashabul kahfi, tu crita nabi uzair, baaaaanyak lagi crita2 gini di zaman dulu..kenapa? zaman moden takda crita gitu? semua tu karut? Ko ingat Tuhan yg dulu tu lain ka dgn Tuhan sekarang? aiyooo.. Apapun tak payah nak byk komen dan tak payah nak sibuk2 betulkan akidah aku.. aku yakin dgn apa yg aku pegang.. Kan awal2 Tuhan bagitau kita dalam al-Qur'an. "orang bertaqwa itu beriman dgn alam ghaib".. nah, pasal crita org mati (sebenarnya tak mati pun) hidup semula tukan benda yg ghaib..kan berkaitan dgn roh yg hebat dan sgt akrab dgn Tuhan, dia boleh keluar dari badannya seperti burung yg kuat boleh keluar dari sangkarnya?? tak bole guna lojik akal semata-mata.. islam ni agama roh dan diluar logik akal..kalau nak ikut lojik akal, tak betul la seksa kubur tu..tak betul la syurga neraka tu..sebab?? tak nampak pun seksa kubur?? itu ateis namanya kalau guna lojik akal semata-mata.. kena berpandukan hati yg bersih juga.. akal kena dipandu dgn hati..dan hati mesti dibersihkan dgn amalan-amalan wirid dan sebagainya.. sekali ada pula sorang mamat tu ckp "kita mesti berjuang..kena berkorban.. kalau sekadar "astaghfirullah robbal barooyaa" (dgn nada menyindir) itu bukan berjuang namanya!!".. Bodoh punya manusia!! tu laaa semangat betul nak berpolitik cara yahudi (demokrasi)..fikir nak pancing undi ja..bukan nak fikir pasal agama pun..nah, sama la tu guna agama utk cari momom (makan)..

Wah, dah panjang lebar ni aku ulas.. macam la pandai sangat..sebenarnya tak pandai pun kasian.. hehehe.. cuma ini adalah luahan hati yg dah lama terpendam... mana la tau bole jadi manfaat kepada org yg membaca..harap2 juga jadi manfaat bagi diriku yg serba kekurangan ini.. Untuk itu aku mau kongsi sebuah sajak indah dari guruku daripada beribu-ribu sajak beliau sebagai penutup utk post ini..

Agama Bukan Untuk Cari Makan

Agama  sudah dijual beli atau diperdagangkan
Ilmunya sudah dijadikan oleh setengah orang  dikomersialkan
Islam telah dijadikan gelanggang cari  makan,
tanpa  malu dan segan  dengan Tuhan
Kalau tidak dibayar upah tidak akan disampaikan
Samada berbentuk dakwah motivasi dan nasyid- nasyid  
Di hadapan  ramai atau orang,
Padahal hak Tuhan di wajibkan  disampaikan kepada setiap insan,
Bermula dari  Nabi sebagai contoh
Hinggalah  kepada umat  Islam yang pandai di akhir zaman,
Para-para Nabi telah membuat pengakuan di dalam Al Quran,
Apa yang disampaikan  bukan minta dibayar
Cukuplah sudah Tuhan yang membayar,
Para Nabi menyampaikan ilmu Islam sebagai kewajipan
Kalau tidak satu kesalahan
Tiba-tiba di akhir zaman di kalangan umat menjadikan agama tempat cari makan
Kalau orang bagi tanpa diminta atau tawar-menawar tidaklah menjadi kesalahan
Yang salah menetapkan upah atau bayaran
Kalau tidak, tidak jadi disampaikan
Mereka-mereka ini tidak takutkah kepada Tuhan
Agama walau disampaikan bentuk apa sekalipun wajib disampaikan
Ia bukan tempat cari makan atau untuk tempat mendapat bayaran
Begitu berani mereka itu menjual agama untuk mencari makan
Padahal Tuhan telah memberi ingatan di dalam Al Quran
Janganlah menjual ayat-ayatku  dengan harga yang murah
Mengambil upah dari agama kerana cari makan
Dianggap oleh Tuhan harga murahan
Tuhan menyuruh menyampaikan untuk keredhaan-Nya
Itulah yang mahal di sisi Tuhan,
Tiba-tiba kita mengambil upah di dunia melalui
agama memanglah itu barang murahan
Aku ingatkan diriku dan tuan-tuan sekalian,
Marilah kita  takut kepada Tuhan
Kalau hendak cari makan banyak jalan dan cara boleh kita lakukan
Bukan menggunakan agama mencari makan atau mencari kekayaan,
Sekian sebagai ingatan kepada tuan-tuan dan puan-puan
Harap maaf  kerana teguran

21.5.2004
Menjelang  Maghrib

 
Di bilik bersama isteri dan anak.
27.10.2012 jam 3.50am (tak dapat tidur)