Tuesday, July 28, 2009

Berlapang dada..

sekadar gambar hiasan

Ni ada satu kisah aku nak crita.. Baru tadi ada lelaki crita sama aku..

Katanya, "Punya cilakak itu pemandu bas tadi.. Aku bagi tambang RM5o terus dia pecut kreta dia.. Bukan dia kasi balik baki.. Aku umban (baling) la bas dia pakai batu, ratak (retak) juga dia punya ceramin (cermin) sikit.. tapi terus dia pecut ni.. Ngam2 lagi tu ada peronda lalu, terus di tanyanya aku kenapa umban bas tu.. aku bagi tau la tu peronda apa suda jadi.. Nasib baik peronda tu paham juga.. dia cakap, '0ooooo.. gituu.. patut la ko panas..'.. Memang cilakak punya orang.."

Aku tanya la dia ada ka dia ambil nombor bas tu..

Tapi dia jawab, "nda payah la tu.. rijiki (rezeki) dia la tu.. nanti dia makan pun bukan dia birak emas juga.. dia birak taik juga tu.. biar la dia ni kali.."

Wah, walaupun dia marah juga sikit tapi dia berlapang dada juga.. Kalau kita mesti kita mau cari bas tu.. Walaupun lelaki tu berpakaian agak selekeh dan ala-ala samseng, tapi hati dia baik juga.. kalau kita? haha.. Wallahualam..

Monday, July 27, 2009

Buruknya di 'prasangka buruk'


"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Hujurat: 12)


Ni ada satu crita aku nak kongsi berkaitan dengan prasangka buruk ni. Gini critanya......

Baru-baru ni, ada dua orang wanita (tidak boleh di nyatakan) pergi sebuah restoran untuk makan tengah hari. Si A dan si B (dua wanita tadi) pun duduk la dalam restoran tu dengan tenang. Ada seorang lelaki datang untuk mengelap meja tempat diorang duduk tu. Lelaki itu pun menjalankan kerjanya dengan penuh bersemangat dan beretika. Si A pun menyapa lelaki tu, "Dik, ada makanan apa di sini ya?". Lelaki tu diam ja tanpa menoleh. " Si A beri isyarat kepada lelaki tu supaya dia beri perhatian. Si lelaki pun menengok dengan muka '20 sen' (muka kesian). Sekali lagi si A tanya, "Dik, boleh bagi menu makanan?". Lelaki tu hanya tersenyum manis dan tak berkata sepatah pun. Lelaki tu terus beredar memandangkan kerja mengelapnya dah habis.

Si A pun kata pada si B, "apa la orang tu, di tanya bukan mau jawab.. nda bagus betul restoran ni..mari kita pi cari tempat lain la". Belum sempat mereka berdiri, tiba-tiba datang seorang perempuan membawa menu makanan dengan tergesa-gesa. "Nanti kak, nanti dulu.. ni menu makanannya.. sori ya lambat.." kata perempuan tu.. Si A dan si B pun cuba bersabar dan tengok menu makanan. Si B bertanya kepada perempuan tadi, "mana suda lelaki yang di tanya nda pandai menjawab tu?". Jawab perempuan tu, "Oh, lelaki tadi kak dia tu tukang lap meja bah tu.. maaf la kalau dia susahkan kakak berdua ya.. Dia tu sebenarnya pekak dan bisu bah.. Kesian juga dia tu.. Skali lagi minta maaf ya kak."

Si A dan si B terus tercegat dan timbul rasa bersalah dalam hati kecil mereka. Mereka dah berprasangka buruk dengan seorang yang bergelar 'OKU' (orang kuat usaha).

Allah S.W.T dan Nabi s.a.w ajar kita untuk berbaik sangka dengan orang lain. Jangan ada rasa syak wasangka sedikit pun dalam hati.. Sebab tak semestinya apa yang kita nampak dan dengar itu sama dengan keadaan yang orang lain alami. Contohnya, jika kita lihat seorang yang berpakaian agak selekeh dengan muka brutal lagi, mesti kita akan menganggap dia tu jahat, samseng, penyamun dan sebagainya.. Boleh jadi orang itu lebih mulia dari kita..

Sampai sini ja la untuk kali ni.. kalau taip panjang2 nanti orang kata aku merapu pula..

Sekian, Wasalam..

p/s: kisah di atas benar-benar pernah terjadi, cuma ada sedikit penambahan dari segi dialog untuk ceriakan suasana.

Saturday, July 25, 2009

Indahnya menjadi Wanita!!

Wanita adalah hiasan dunia yang di cipta daripada tulang rusuk kiri lelaki. Menjadi wanita bukan suatu perkara yang tidak baik, malah kamu harus berbangga sebab di jadikan sebagai wanita. Tapi sekarang ni ada juga golongan wanita masih belum puas hati terhadap apa yang di tetapkan Allah. Contoh yang terbaik ialah SIS. Mereka nak setaraf dengan lelaki (konon la) sehingga ada yang menjadi muazzin (sambil tak bertudung) masa solat jumaat dan malah menjadi imam kepada makmum lelaki (makmum gete' kata orang sabah) ketika solat jumaat. Astaghfirullah.. Mereka (SIS) tak dapat terima lelaki di angkat untuk menjadi pemimpin dan imam. Dan macam2 lagi mereka tak puas hati. Tapi tak sedar ka diorang kelebihan yang Allah beri kepada para wanita lebih baik dari lelaki? Baca dan hayati betul2 19 kelebihan wanita di bawah ni. Buka mata dan buka hati wahai si wanita yang bersyukur (SIS dan yang sama waktu dengannya).

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki sebab sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak Nabi
Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.

Jadi, kenapa masih tak berpuas hati lagi? Wanita lebih banyak kelebihan dari lelaki. Kenapa jadi begitu? Itu adalah sebab masalah hati yang perlu di perbaiki lagi dari masa ke semasa. Ustaz aku kata, tiap hari kita mesti perbaharui syahadah kita. Refresh balik untuk jaga hati. Aku ni tak la baik sangat. Tapi "Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu baik untuk orang yang beriman." (surah.......alamak, aku lupa pula). Bersama kita membangun bersama Islam.

Wassalam..

Friday, July 24, 2009

Keranamu Jilbab!

Marwa Al-Shabini

Kenal tak gambar sapa di atas ni? Tak kenal? Memang la tak kenal sebab takda liputan di tv. Ada tak? Takda lor.

Nak tau siapa ni? Inilah seorang muslimah juga seorang ibu dan tengah mengandung 3 bulan yang telah di tikam oleh Alex al-babi dari Jerman keturunan rusia sebanyak 8 kali kerana ingin mempertahankan jilbab sebagai seorang muslimah. Seorang lelaki telah mengatakannya terosis semata-mata kerana beliau memakai jilbab dan juga ingin menanggalkan jilbab yang di pakainya. Beliau tidak puas hati kerana jilbab di permainkan (memang alex al-babi tu anti-islam). Jadi, beliau pun mengadu dalam sidang kota Dresdan untuk mempertahankan jilbab seorang muslimah (Subhanallah. Kita?). Masa itulah beliau telah di tikam oleh si Alex@Babi itu sebanyak 18 kali dan syahid di situ.

Suami beliau pula berusaha untuk melindungi isterinya telah di tembak oleh pihak berkuasa keamanan keadilan atas alasan 'ter'tembak. Beranikah kita pertahankan jilbab (tudung) kita untuk Islam (terutama perempuan)? Jangan kata nak pertahankan, nak pakai pun payah.

Beginilah penindasan terhadap umat Islam oleh kaum kafir. Di Xinjiang China pula macam mana? Macam2 mereka di lakukan. Kita sebagai saudara mereka yang seislam apa kita rasa? Gembira sebab kita tidak kena? Sedih atas sebab belas kasihan? Apa kita boleh buat? Tengok sambil kesat air mata saja kita mampu?

Umat Islam Palestin lagi macam mana? Di sembelih, di gilis, di bakar hidup2, di rogol, di buat macam2 lagi. Apa kita rasa? Ada fatwa di keluarkan untuk memboikot barang-barang Israel, ada kita boikot? 10 sen kita beli barangan yahudi umpama kita beri diorang sebutir peluru hidup. Peluru tu diorang guna untuk tembak apa? Binatang? Kura-kura? Lembu? Sapi? Tidak!! Diorang guna untuk tembak saudara2 kita tuuuuuu...

anak islam palestin

Rasa bersalah ka kita? Atau mungkin kita rasa terhibur tengok saudara kita di sembelih (macam tengok filem seram pula kan)? Lepas keluar risalah boikot (mungkin tiada dalam tv di negara kita), promosi terhadap barangan yahudi makin hebat lagi. KFC, McD, Coke, Pepsi dan macam2 lagi makin menjadi-jadi dalam tv di negara kita. Kita pun semakin mengunjungi KFC (aku sendiri la tu), McD dan sebagainya. Tapi bila tengok orang yahudi bunuh saudara kita di palestin menangis konon kita. Tapi bukannya peluru diorang tu dari kita juga? Sama2 kita fikir dan renung. Aku ni pun sama juga. Masih lagi belum dapat menyingkirkan penggunaan barangan yahudi sepenuhnya.

Teguran ini adalah untuk diriku dan kita semua.

Wallahualam.

Wednesday, July 22, 2009

Hati Kotor? Nak bersihkan?

Hati adalah bahagian paling penting dalam diri kita. Kerja secara fizikalnya adalah membersihkan racun dalam badan. Sekiranya Allah tidak jadikan hati kita, apa akan jadi? Brapa banyak dah 'racun' kita makan? Makanan2 rapuh, minuman2 ringan, pewarna2 kuih muih, makanan basi dan sebagainya. Wah, banyak dah tu. Kalau tiada hati untuk cuci segala 'racun' tersebut apa akan jadi pada badan kita? "lu pike la sendiri asalmekom", kata si nabil.
Anatomi Hati

Ada hadis rasulullah yang menyatakan tentang kepentingan hati kepada manusia.

“Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati .”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Ni pesan Rasulullah kepada kita. Hati bukan saja berfungsi untuk bersihkan hati malah ia juga sebagai 'penggerak' kepada manusia. Selalu orang kata, "kalau ikutkan hati, aku tonjol2 kepala si anu tu dengan penyapu." Kenapa hati? kenapa tak ikut kepala ka, mata ka, otak ka, tangan ka, paru2 ka? Ada lagi satu tu, "dari mata turun ke hati." Ke hati saja? kenapa tak ke kaki terus? Penting juga hati nikan. Kalau kita tak jaga, memang habis la kita. Neraka Allah bukan main2. Nak try masuk neraka? Cuba try bakar dulu jari tu guna penunu bunsen, hah! "Nda kau teriak" kata urang sabah. Ni aku ada dapat tips cara bersihkan hati dari Dr Fadhilah, nak? tak nak? Aaaah, aku nak juga kongsi. Mungkin ada yang pernah dengar sebelum ni. Yang dah terbaca atau dengar, sama2 la kita cuba buat. Kalau yang belum tu, mari kita sama2 baca.

Petua Mencuci hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

Ok tak? Mari la sama2 kita cuba ya. Kalau tak dapat semua pun, ambil satu ja la. Cuba istiqamah. Allah amat suka amalan yang sedikit tapi istiqamah daripada amalan yang banyak tapi sehari dua ja terus tak buat lagi. Kalau hati kita bersih, Allah suka, makhluk Allah pun turut suka.

Wallahualam.

Monday, July 20, 2009

Pengakuan Iblis!!

Mari sama2 kita baca hadis di bawah ini.

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.

Rasulullah bersabda: "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab: "Allah dan rasulNya yang lebih tahu".

Beliau melanjutkan, "itu iblis, laknat Allah bersamanya".

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah".

Nabi menahannya: " Sabar wahai Umar , bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata : pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya.. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.
Iblis berkata:"Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin"

Rasulullah SAW lalu menjawab:"Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?"

Iblis menjawab: "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa".

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawabalah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh karena itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh".

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis:

"Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: "Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya?" tanya Rasulullah.

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara"

"Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya?"

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur"

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur."

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya."

"Ali bin Abi Thalib?"

"Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu.(Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)."

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?"

"Aku merasa panas dingin dan gemetar."

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila."

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah diatas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa bisa begitu?"

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam-diam."

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Shalat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu?"

"Shalat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu?"

"Majelis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya:"Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Pezina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk."

"Siapa tamumu?"

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu?"

"Orang yang meninggalkan shalat jumaat."

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?"

"Orang yang meninggalkan shalatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda:"Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu."

Iblis segera menimpali: "Tidak, tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang shaleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."


Iblis Dibantu oleh 70.000 anak - anaknya

"Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70.000 anak. Dan setiap anak memiliki 70..000 syaithan. Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk menggangu anak - anak muda, sebagian untuk menganggu orang -orang tua, sebagian untuk menggangu wanta - wanita tua, sebagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada shalat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu shalat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia.

Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaithan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaithan juga berkata,"keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaithan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur..

Cara Iblis Menggoda

"Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku? Akulah mahluk pertama yang berdusta.. Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan istrinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, Cerai.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur ulur shalat. Setiap ia hendak berdiri untuk shalat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan shalat di luar waktu, maka shalat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia shalat. Namun aku bisikkan ke telinganya \'lihat kiri dan kananmu\', ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan \'shalatmu tidak sah\'. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul.

Jika ia shalat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Ia pun shalat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat.

Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaithan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan ia pun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedangan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan shalat. Aku katakan padanya, "kamu tidak wajib shalat, shalat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sehat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau shalat."

Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan shalat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.

Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?"

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

"Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman,"Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan."

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaithan.

Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman,"Orang - orang boros adalah saudara-saudara syaithan." (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, "silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai Muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikan dan menggoda."

Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat: "mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT." QS Hud :118 - 119).

Juga membaca, "Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata: "Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk-mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu.


Tapi perawi hadis tidak di nyatakan la pula.. Di harap kalau ada ustaz2 ka terbaca, atau siapa2 yang pakar hadis boleh la bagi komen sikit.. Kongsi2 kita ilmu agama.

Wassalam..

Friday, July 17, 2009

Sister in(?) islam.

Assalamualaikum, Artikel ni aku dapat dari group taman2 syurga dalam yahoo group. Di harap dapat memberi sedikit manfaat kepada yang belum mengetahui tentang SIS (Sister of Islam) ni. Memang agak menyeleweng la juga. Mari sama2 kita baca.


Posted on Friday, July 17 @ 03:00:00 MYT by Paktam

Oleh Azamin Amin

Bukan arahan dari mimpi kaum lelaki, lantas perintahkan wanita berpakaian comel..."

Saya sering terbaca di laman web dan di akhbar tempatan, pandangan 'Sister In Islam' (SIS) yang sedikit sebanyak mengelirukan khalayak pembaca dan barangkali diri mereka sendiri.Umum mengetahui, bahawa pendukung kuat 'Sisters in Islam',prinsipnya mempertahankan kebebasan hak individu.


Terdahulu, tulisan SIS dalam akhbar berbahasa Inggeris di bawah tajuk 'Seeking justice for Muslim women' yang memperkatakan diskriminasi terhadap wanita Islam dan menyatakan bahawa negara Malaysia mengamalkan aparteid agama (religious apartheid).

Polemik ini pada asalnya dimulakan oleh Marina Mahathir apabila pandangannya tersiar di laman web Malaysiakini.com.

Dakwa beliau, undang-undang untuk wanita bukan Islam (sivil) mempunyai kesamarataan dan adil jika dibandingkan dengan undang-undang syariah untuk wanita Islam menjurus kepada sebaliknya.

Ingin dinyatakan bahawa adalah sesuatu yang aneh bagi pendukung SIS yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dan sebagai seorang Islam, dalam hujahnya tidak menyatakan kes-kes ketidak-adilan secara terperinci dan dalil-dalil al-Quran atau Hadis sebagai rujukan yang mana khalayak pembaca atau ahli- ahli dalam bidangnya boleh menguji, membahas, mengkoreksi serta membincangkannya.

Begitu juga di laman web SIS segala pandangannya tidak dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh menyokongnya dan hanya menyertakan jenis surah dan letak duduk ayatnya sahaja.

Dalam displin ilmu, apa jua sahaja ilmu, ia mesti disandarkan dengan rujukan, fakta dan huraian terperinci tentang sesuatu isu, tetapi tidak didapati dalam kenyataan dan pandangan mereka ini.

Setelah di perhatikan secara asasnya tulisan serta pandangan SIS adalah menjurus kepada buah fikiran mereka sendiri yang berlandaskan emosi semata-mata tanpa merujuk kepada apa-apa fakta.

Seperkara yang unik dan ganjil terhadap SIS ialah setelah melemparkan tohmahan, kritikan, tuduhan dan ketidakpuasan hati, tidak pula memberi saranan-saranan, cadangan-cadangan mahupun idea-idea yang dirasakan bernas bagi memperbetulkan ketidak adilan (jika benar) terhadap wanita Islam.

Tidak berhajat untuk mengupas panjang atau membariskan semua kenyataan mereka ini untuk dipatahkan hujah, memadai dikutip beberapa bait-bait perkataan dilaman web 'Sisters in Islam' di bawah tajuk Pakaian dan Wanita Islam iaitu :-

1. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

2. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. "Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

3. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". (petikan penuh dalam www.sisterislam.org.my)

Jelas kelihatan di dalam kenyataan tersebut ia bersifat sembrono,melulu dan kabur yang diasaskan secara emosi semata-mata.

Lihatlah petikan yang pertama (1), ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.

Siapakah yang dimaksudkan 'pihak-pihak tertentu' tersebut? Para ulama, ustaz, ustazah, pihak berkuasa, kerajaan, rakyat?

Atau yang dimaksudkan 'pihak -pihak tertentu' ialah Allah SWT sendiri, yang mewahyukan perintah menutup aurat tersebut dalam ayat 59 Surah Al-Ahzab yang mana Allah berfirman :-

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Ini kata-kata dan janji Allah, bukannya rekaan, permintaan atau pemberitahuan kaum lelaki kepada kaum wanita.

Sekiranya Tuhan yang ingin dipertanggunjawabkan, maka saya pulangkan kembali untuk khalayak pembaca menilai sendiri sikap dan pendirian mereka ini.

Petikan kedua (2), menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Benarkah iman seseorang dikuatkuasakan dengan cara kuku besi? Jika benarlah, tentulah pihak-pihak SIS orang yang pertama dihukum penjara, denda atau dicakar mukanya dengan kuku kerana tidak bertudung.

Tetapi lihatlah betapa bebasnya pendukung SIS dengan gaya tersendiri malah berupaya menuduh pula Islam dan pengamalnya secara sesuka hati.

Berkaitan tentang kenyataan "paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".

Saya berpendapat bahawa SIS telah tersalah raba tentang surah yang dimaksudkan.

Surah-surah tersebut memberi kefahaman bahawa ?Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Ditujukan kepada umat Islam agar tidak memaksa orang bukan Islam menganuti agama ini.Sila lihat sirah petikan surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama."

Adalah suatu kebiadapan apabila seseorang memutarbelitkan maksud atau tafsiran ayat tersebut demi kepentingan diri dan cuba menyesuaikan ayat tersebut dengan prinsip dangkal yang mereka miliki.

Manakala petikan (3) pula ialah "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki."

Sekiranya pandangan ini bersandarkan hukum logik semata-mata, apalah gila dan mabuknya mematuhi peraturan jalan raya seperti penunggang motosikal perlu memasang lampu pada siang hari sedangkan terbukti kemalangan motosikal semakin lama semakin meningkat malah bertambah buruk dan Malaysia adalah salah satu negara yang terburuk kadar kemalangannya.

Fakta meningkat keganasan, kemalangan bukanlah menjadi satu alasan (escapism) untuk mengabaikan peraturan atau tidak perlu kepada peraturan tersebut.

Harus diingat bahawa hukum pakaian Islam bagi wanita Islam, bukan merupakan satu arahan dari mimpi kaum lelaki yang apabila terjaga keesokan hari lantas memerintahkan kaum wanita berpakaian comel agar boleh membendung nafsu lelaki.

Hukum ini adalah perintah dan arahan Allah SWT kepada semua umat Islam baik lelaki mahupun wanita dan dipandu serta ditegas pula oleh hadis Rasulullah s.a.w.

Terpulanglah kepada SIS untuk mengabaikan perintah Tuhan kerana percaya kepada kebebasan hak (sedangkan hak individu pun adalah kepunyaan Allah).

Cuma untuk episod-episod yang mendatang, janganlah mengheret khalayak pembaca dengan buah fikiran yang berpusing-pusing tak berkesudahan.

Teringat seorang tua berkata: "Punca anak kecil merengek dan menangis kerana lapar, dahaga dan sakit. Selain itu hanya sekadar inginkan perhatian dan jangan dilayan sangat, nanti bertambah mengada-ngadanya."

Saya pulangkan semula kepada sesiapa untuk mencantas hujah secebis ini. Jika saya salah, perbetulkan dan mohon bertaubat.

Yang terbaik datang daripada yang Maha Esa manakala yang buruk, silap dan lemah datang daripada saya sendiri. - azm

Nota: Isu SIS telah banyak dihujahkan malah di Muktamar PAS juga ianya turut berkumandang. Artikel ini telah saya tulis dan disiarkan pada 26 April 2006. Tujuan ulasan secebis ini adalah kerana saranan seorang sahabat agar memperbetulkan pandangan khalayak pembaca terhadap Islam yang telah diputar belitkan oleh kenyataan SIS.

Sekian, itu sajalah untuk setakat ini. Nanti kalau ada yang best2 lagi aku akan post ke dalam blog aku ni.

Wassalam.

Saturday, July 11, 2009

Selsema "Bogok"

"Eh, cuba ko tingu urang tu, gila BABI ka tu?" , "Uinaaaa, jangan ko tuduh memBABI buta sana." , "Uiiii, ada virus BABI tu (JE) tu di jipun" , dan yang terkini, "Jangan ko pigi california, ada selsema BABI tu".. Itulah hakikat babi yang telah di haramkan oleh Allah kepada umat Islam untuk memakannya. Tengok akibatnya, banyak penyakit pasal babi kan. Sawan babi lagi, gila babi, JE, panau babi, dan terbaru selsema BABI, walaupun ada sebahagian manusia nak ubah namanya kepada H1N1.. Tak dapat juga sembunyikan hakikat sebenarnya. Kalau selsema babi tu selsema babi la. Tak payah nak sembunyi2. Alhamdulillah kerana serangan virus ni pelancong makin kurang (orang barat kan suka pakai seksi2). Pembaziran pun kurang juga (ni pasal orang kaya yang suka melancong takut dah nak melancong ke luar negara). Tulah, Allah dah kata jangan makan babi nak juga makan. Orang (mengaku) Islam pun sekarang ada juga makan babi. Degil betul. Kuat sangat le tu nak melawan Tuhan. Babi ni ciptaan Allah juga. Kita bukan nak benci babi sangat. Takda juga Allah perintah kita asal jumpa babi, bunuh. Takda gitu. Allah cuma larang kita makan babi atau keturunan babi tu. Dan juga kalau tersentuh babi tu tak kira kulit, hidung, telinga, najis dia ka kita di wajibkan bersihkan tempat yang tersentuh dengan babi tu dengan air tanah (moga diriku dapat melaksanakan perintah Allah). Penyakit selsema babi tu sebagai peringatan juga tu kepada kita. Jangan ingat penyakit tu datang tiba2 tanpa sebab.

Setiap yang Allah turunkan ada sebabnya. Macam la juga kita ni. Allah beri kita mata bukan suka2 ja. Biarlah mata tu besar ka, sepet ka, terbeliak ka, terkeluar ka biji mata tu, yang penting Allah ciptakan mata supaya kita dapat melihat. dan supaya kita melihat kebesaran Allah. Bersyukurlah. Gunalah mata sebaiknya. Ni guna untuk lihat benda tak baik la pula (aku la tu.. na'uzubillah). Tengok perempuan bukan main lama. Bila di larang, di balas pula, "melihat keindahan ciptaan Allah". Bukankah kurang ajar sifat gitu? Mempermainkan Allah la pula. Aku yang buat taip2 ni pun bukan baik sangat juga. Tulisan ni pun nanti aku baca balik untuk tegur diri aku. Kiranya macam akal menegur nafsulah. Kan dua elemen tu melekat dalam diri kita. Hahaha..

Waktu aku taip posting ni di luar tengah angin kencang dan pasir beterbangan, macam ribut pasir la pula. Dan tiba2 hujan pun turun dengan lebatnya. Kalau la itu bala yang Allah turunkan untuk memusnahkan manusia di kawasan aku berada sekarang ni (na'uzubillah), tak tau la aku ni akan ke mana kalau mati. Adakah dosa2 aku sudah di ampunkan? Adakah pahala aku dah cukup untuk membawa aku ke syurga? Wallahualam.. Semoga hujan kuat ni adalah rahmat dan bukannya bala. Amin.

Wassalam.

Thursday, July 9, 2009

Nafsu VS Akal

Assalamualaikum wbt..

Nampaknya lama betul suda ku tak update blog. Masa aku taip posting ni kan, perut aku lapar betul ni. Lemah juga manusia nikan. Kalau tak makan, menggigil dah badan. Padahal pagi tadi baru pekena roti telur di restoran mamak. Tapi tulah, manusia ni walaupun sedar diri tu lemah, tapi masih juga nak melawan Allah yang Maha Kuat. Kenapa gitu ya?? Padahal jika Allah nak kiamatkan dunia sekarang ni pun Allah boleh buat. Tapi manusia ni (diri aku) masih juga berat nak solat, pandang benda tak baik, dengar perkara2 keji, makan makanan yang haram dan macam2 lagi. Begitulah hakikat manusia kalau hati tak di selaputi iman dan takwa (macam aku). Allah beri nikmat banyak mana pun sehingga tak terhitung banyaknya, tapi bila Allah beri sikit ujian dah buruk sangka dengan Allah. Pelik kan.. Punya banyak Allah bagi nikmat, tapi bila di bagi sikiiiiit ja bah ujian terus dah tak nampak nikmat Allah. Kenapa gitu tu ya?? "Lu pike la sendri asalmekom" kata si nabil.. haha..


Baru tadi aku terdengar kuliah di radio sabah fm (baguuus bah).. Ustaz tu kata, "apabila Allah ciptakan akal, Allah perintahkan akal memaling ke arahNya. Allah berfirman kepada akal, 'wahai akal, siapakah engkau dan siapakah Aku?', Akal menjawab, 'Engkaulah Tuhanku dan aku hambaMu'. Allah berfirman lagi, 'wahai akal, engkaulah makhluk yang terbaik yang Aku ciptakan'.".. Wah.. Cuba ko renung2 bah ging (bahasa kasar sikit).. Punya bagus akal nikan.. kalau kita guna akal sebaiknya, kita ni la makhluk yang paaaaaaaling bagus, malah lebi bagus dari para malaikat.. Uinaaa.. dapat masuk syurga wooo geng.. Kekal lagi tu kita dalam syurga terus sampai bila2.. Kalau di dunia ni manada la kekal.. Hari ni pun kita bole mampos..

Ada lagi tu ustaz sambung, kata dia lagi "tatkala Allah ciptakan nafsu, Allah perintahkan nafsu memaling ke arahNya. Tapi nafsu memaling ke arah lain. Allah berfirman, 'wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?', jawab nafsu, 'aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.' Kemudian Allah siksa nafsu tu 100 tahun dalam neraka. Selepas seratus tahun Allah tanya lagi soalan yang sama. Nafsu Tetap menjawab dengan jawapan yang sama. Allah siksa lagi nafsu 100 tahun. Nafsu tetap berdegil dengan jawapannya. Sehingga Allah siksa nafsu 100 tahun lagi, barulah nafsu menjawab, 'aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku'." Huiyoooo.. 300 tahun di siksa dalam neraka baru hilang degilnya.. Jahat nafsu nikan.. Tapi kita ni banyak ikutkan nafsu.. Makan ikut nafsu, pakaian ikut nafsu, rumah ikut nafsu, dan semualah ikut nafsu.. Degil kita ni.. Nak Allah siksa kita dalam neraka ka?? Tak takut?? Tak sakit ka kena bakar?? Cuba dulu bah ko test bakar jari ko tu pakai penunu bunsen, tengok tebakar ka nda.. Tu baru api dunia. Api akhirat ni berkali-kali ganda panas dari api neraka. Nak try?? Aku tak nak woo.. Takuuuut..

Aku ni taip2 ni bukan la baik sangat. Ni peringatan untuk aku juga ni.. Aku ni pun tiap hari ada ja dosa ku buat. Nda kira la kecil ka basar ka.. Tapi itu la hakikat manusia yang belum cukup iman ni.. Adaaaaaaa ja dosa nak di buat walaupun tau tak boleh buat. Manusia kalau baik, memang darjatnya lebih tinggi dari malaikat.. Tapi kalau tak baik, boleh jatuh lebih rendah darjat dia dari binatang ternak.. Aku ni kali gitu la (na'uzubillah).. Peduli la ko siapa, orang kaya ka, miskin ka, menteri ka, hakim ka, ustaz ka, imam ka, tu semua di gelar oleh manusia biasa ja tu.. Jangan terkejut nanti di masyar ko jalan pakai muka padahal di dunia bukan main megah lagi ko dengan harta dan pangkat.. sama2 la aku dan ko pikir ya.. (sori ya, aku urang sabah bah, tu bahasa kasar sikit).. Ok la.. tu ja mampu ku taip dan keluarkan dari minda aku kali ni.. len kali harap2 dapat idea bagus sikit untuk di kongsi.. Sekian......

Wallahualam..