Sunday, November 27, 2016

Ibarat Batu Di Jalanan

Apalah nasibku? Buat itu ini semua nda jadi.. Bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Atau aku yang kurang sabar? Hmmm.. Mungkin aku lebih layak jadi batu di jalanan.. Dipijak, diberak, dipungut dan dilempar jauh-jauh sesuka hati. Bila perlu kutip, bila nda perlu buang.. Nasib la kau wahai batu..

Mungkin ada baiknya aku menjelajah dunia mcm bro zaharis tu.. Dia dgn sesuka hatinya pigi mana saja hanya dgn mengayuh basikal.. Tapi malangnya basikal pun aku belum ada.. Hahaha..

Sekian..

bilik kawalan SJT
27nov16 jam 0417hrs

Friday, May 6, 2016

Saja2 Berceloteh..

Assalamualaikum..

Jam menunjukkan 9.27a.m semasa aku mula menulis.. Di pagi hari yg mulia ini aku kerja syif pagi.. Hari ini hari jumaat, penghulu segala hari, hari di mana pernah berlaku peristiwa yg besar2 malah hari kiamat pun diberitakan akan berlaku pada hari jumaat juga.

Hari ini aku bangun dalam keadaan gagal lagi.. Berkali sudah aku diberi peluang, tapi gagal dan terus gagal.. Buka saja mata pada pagi hari sudah GAGAL! Niat di hati mau juga hadir kuliah subuh tapi apakan daya mesti hujung2 subuh baru tersedar dari lena.. Gagal lagi dan hari2 gagal.. :'(

Kira2 jam 7.30 pagi tadi, ramai budak2 datang ke rumah membawa karenah masing2. Sakit juga telinga dan perasaan melayan budak2 tersebut. Hampir juga mau mengamuk dan baling budak besar seorang tu tapi nasib baik masih diberi kekuatan utk menahan diri. Walau mcm mna pun itu tetap amanah dari org yg beri upah.. Macam mana pula dgn anak sendiri yg Tuhan amanahkan kita utk jaga dan didik menjadi manusia yg membela Tuhan dan Nabi? Teruknya diriku, anak sendiri yg Tuhan amanahkan aku tidak terjaga dan didik dgn baik.. Pz1 ku pimpin dan pandulah aku sentiasa, pimpin dan pandu la isteri dan anak2ku selalu. Jangan biarkan kami pz1 ku..

Oklah.. Ini hanyalah luahan hati utk dijadikan kenangan satu hari nanti.. Sebab bila terbaca pos2 lama mcm jadi satu sejarah pula.. Hehe..

Alamak! Lori minyak sudah menunggu di bawa. Lain kali ada masa aku menulis lagi.

Wassalam..

6 mei 2016
Bilik kawalan Sj Tawau

Thursday, May 5, 2016

Tiba-tiba rasa ingin menulis

Assalamualaikum.

Sudah terlalu lama tidak menulis di blog ini. Mungkin disebabkan kekangan masa yg terlalu sibuk dgn kerja seharian. Atau juga mungkin lupa yg blog ini pernah wujud suatu masa dahulu..hehehe..

Kini sudah genap 6 tahun aku bekerja di stesen janakuasa Tawau dan sudah lebih 5 tahun aku hidup berumahtangga dgn isteri tercinta, Nur Syahidah binti Sabaruddin, hasil dari perkahwinan syari'e GISB (kini GISB holding) dan sudah mempunyai 2 cahaya mata. Yang pertama puteri kami bernama Nur Amirah Muntazirah lahir tahun 2012 (kini sudah berumur 4 tahun). Nama diberi oleh org yg sangat merindui Rasulullah dan telah menerbitkan 2 buku tentang baginda, iaitu Allahyarham Tuan Nasaruddin. Anak kedua pula putera kami bernama Nur Muhammad Muhaimin. Nama diberi oleh YBM Dato Tuan Mokhtar Tajuddin, PZ1 kami yg kami sangat inginkan keberkatan darinya.

Terima kasih Tuhan sebab masih memberi peluang utk hidup sehingga kini. Masih diberi peluang utk bertaubat dan masih berpeluang utk duduk bersama dalam jemaah GISB holding walaupun tiap masa buat masalah dan tidak taat kepada pimpinan. Risau juga sebenarnya memikirkan nasib diri yg bakal menimpa tapi apakan daya hati sangat degil utk taat sebab pujukan hawa nafsu dan syaitan yg tidak putus-putus. Inilah akibatnya jika tidak mengikuti haluan dan panduan yg sering kali diingat-ingatkan supaya diamalkan setiap masa.

Perubahan

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, bermacam-macam perubahan sudah berlaku. Dulu kereta warna hitam, skarang sudah bertukar merah. Dulu aku kurus, skarang sudah tembam2 sikit. Dulu bila balik kampung kena ikut jalan Sandakan, skarang boleh ikut jalan kalabakan. Dulu syif kerja kami hanya 4, skarang sudah 5 syif. Macam2 la yg sudah berubah. Orang yg pernah rawat dan bawa aku masuk GISB dulunya org yg kuat pegangan dgn jemaah, skarang keyakinan sudah ditarik balik dan terkeluar dgn sendirinya. Ngeri dan sangat menakutkan. Masa dan keadaan berubah dgn sangat pantas. Sedar nda sedar umur aku sudah hampir 30 padahal rasa mcm baru kemarin masuk hutan keluar hutan, terjun sungai, pancing ikan, main tapuk2 sama kawan2, main guli, main lubang tikus, main bubut, main polis sentep dan macam2 lagi peristiwa yg sudah berlaku. Hari demi hari diri makin menuju ke alam yg 1 lagi yakni alam barzakh dan seterusnya alam akhirat. Tapi..... Perubahan dari segi hati, iman dan taqwa macam belum ada lagi.. Bekalan utk menuju ke alam seterusnya masih terlalu kurang dan sangat membimbangkan.. Apalah nasibku kelak?

Serah Diri

Tahun 2016 ini ialah era memburu keberkatan sebanyak-banyaknya utk menuju 1 hari yg sangat di tunggu2 apakah boleh lepas atau tidak, diterima atau tidak. Mungkin jasad masih bersama (hakikatnya diizinkan) tapi di dalam lubuk hati masih terlalu jauh. Di suruh berkorban, masih menghitung-hitung cukupkah utk isi perut esok hari. Sedangkan Tuhan itulah yg memberi rezeki. Mudah utk dicakapkan, mudah utk ditulis. Tapi adalah sukar utk merasakan dgn hati yg kotor. Bila mulut mengatakan Allah Maha Besar, hati agaknya merasakan apa? Jauh....terlalu jauh... :'(

Mungkin apa yg aku alami selama ini, iman turun naik, turun dan makin menurun adalah disebabkan tidak pernah serah diri sepenuhnya dgn Tuhan yg Maha Memiliki segalanya. Maka pada 1 mei 2016, aku isytihar utk serah diri serah hati kepada pemimpin yg penuh keberkatan padanya, moga2 dgn itu hati aku dan keluargaku terpimpin dan terpandu agar selamat dunia dan akhirat.

5 mei 2016
Ruang Tamu

Saturday, October 27, 2012

Peribadi di Sebalik Seekor Anjing yang Hina


"Aauuuuuuuuuuuuu~~~~", kedengaran suara seekor anjing melolong di tengah kegelapan malam.. Kalau orang tua2 bilang, anjing tu ternampak hantu..betul ka? Wallahualam..jawapan ada pada diri masing2..hehehe.. Anjing ni seekor binatang yg taat dgn tuannya..tak percaya? cuba tanya sapa2 yang ada bela anjing.. cuba tanya macam mana sifat anjing tu kalau di jaga betul2 oleh tuannya? Dulu masa aku masih kecil, kami ada bela anjing (maklum la dulu tak tau apa2).. Kami jaga anjing tu baik2, bagi makan dia, bagi dia tempat tidur.. Tiap2 pagi aku pegi skolah (jalan kaki beb), masa tu aku skolah rendah, ada ja anjing2 tu ikut jadi bodyguard.. bila dah sampai skolah, 'diorang' akan pulang ke rumah.. Tapi yg bestnya, bila waktu pulang dari skolah, anjing2 tu akan datang balik ke skolah 'jemput' aku balik.. Macam tau2 ja dia waktu aku keluar dari kelas.. Tengok punya la setia anjing tu bila di jaga baik2 oleh tuannya..

Seekor anjing sedang memerhati tuannya yg sibuk bermain (sekadar gambar hiasan)

Mama aku pula pernah crita.. ni masa aku belum wujud di dunia la ni..masa tu abg aku (bro dilon) masih kecil lagi..mama dan abg aku tu bertembung dgn seekor ular tedung di dekat2 rumah kami.. mengejar la pula ular tedung tu..apa lagi, lari lintang pukang la mama dan abg aku.. Tapi dgn tidak di sangka2, anjing yg diorang bela dulu (masa dah aku lahir, anjing tu dah mati kasian) terkam ular tedung tu dari blakang dan gigit2 ular tu sampai mampus.. Anjing tu kalo tak silap aku la, nama dia si jinggo.. Anjing kesayangan abg aku di waktu kecilnya.. hehehe.. Tapi tak lama lepas peristiwa tu, si jinggo mati tiba2..di syaki kena patukan ular tedung yg kejar mama dan abg aku tu.. adehh, peristiwa yg amat menyedihkan.. seekor anjing sanggup berkorban nyawa utk tuan yg di 'cintai'nya.. huuu~~~ (aku menangis dah ni sebab sedih)..

Ok takpa..kita simpan dulu kesedihan tu..hehehe.. kita berbalik pula crita tentang kemanusian (kita la, sapa lagi).. Tuhan itu tuan kita..maksudnya boss kita...di mana Dialah saja Boss kita yg tidak ada Boss selain dia.. itu kalau kita guna bahasa moden la... Kalo di pejabat tu tak perlu la di anggap boss.. itu cuma "pengurus", "pengarah' dan sebagainya.. Jawatan ja dan tak lebih dari itu.. diorang tu tetap sama macam kita.. Cuma amanah yg diorang pegang tu besar sikit la dari kita..Boss kita hanyalah Allah, Tuhan yg Maha Agung lagi Maha Tinggi.. Jadi, Tuan kita ni bagi kita macam2 nikmat sampai kita pun tak boleh nak hitung.. agak2 berapa banyak la tu nikmat Tuan kita bagi? tak terkira wooo.. nikmat melihat, mendengar, tenaga, udara, otak, jantung dan macam2 lagi..boleh gila kita kalo menghitungnya.. TAPI!! brapa ramai orang yg TAAT dan SETIA dgn Tuannya?? Aku sendiri mmg jauh skali dgn taat dgn Tuan aku (sama la Tuan kita bah).. contoh paling senang, dlm bab solat.. Tuhan suruh kita solat di awal waktu dan buat sungguh2..dpt kita buat?? aku?? jauh skali dari dapat.. Allah, hinanya aku dari seekor anjing yg tak diberi akal.. Malu~~.. Aku ni mengata diri aku sendiri ni..sapa2 yg terasa tu apa bole buat la..dah sama nasib dgn aku..

Ok la..utk tak banyak buang masa lagi, aku tutup la crita ni dgn sajak guru mursyidku, Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-tamimi..malu nak bercakap banyak lagi sebab kelemahan diri terlalu la banyak.. Diri pun masih terlalu jauh utk mencintai Allah, Tuhan yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Dan masih jauh lagi untuk merindui Rasulullah, kekasih Allah yang agung.. Mari sama2 kita menghayati sajak ini..sekian...

Aduh! Malangnya Manusia
Anjing apabila diberi makan, dimanjakan, dibelai,
dibuat  baik dia akan sayang tuannya
Sekalipun makanan itu hanya tulang-tulang,
sisa-sisa dan bahan-bahan lebihan
Dilahirkan kepadanya kasih sayang,
diusap-usap belakangnya ia akan taat setia
Diajar dan dididik ia akan mengikut arahan tuannya
Selepas itu ia tidak akan berpisah lagi dengan tuannya
Waktu di rumah ia jaga tuannya, waktu berjalan ia ikut tuannya
Begitulah anjing yang hina apabila kenal tuannya,
ia tahu kasih tuannya, ia akan sayang dan taat kepada tuannya
Begitulah Tuhan sebagai tuan manusia,
Tuannya beri dia hirup udara, dia boleh hidup
Di waktu lapar diberi makan, di waktu haus diberi minum,
di waktu letih ditidurkan
Tuhan Tuan bagi manusia, diberi bermacam-macam kemudahan hidup,
rumah, kenderaan, pakaian
Entah apa lagi belaian Tuhan kepada manusia
yang tidak dapat diucapkan
Tapi malangnya, manusia tidak kenal Tuhan sebagai Tuannya,
dia lupa Tuannya jauh sekalilah taat.
Kalau begitu kebanyakan manusia lebih jahat dan hina
daripada anjing yang hina
Anjing apabila dibelai oleh tuannya ia taat dan setia
Ia tidak mahu berpisah lagi dengan tuannya
Anjing lebih mengenang budi tuannya daripada manusia
Sepatutnya anjing yang tidak ada akal belajar dengan manusia
Ini terbalik pula, manusia kena belajar dengan anjing yang hina
Aduh malangnya manusia!
Tidak mengenang budi jasa Tuannya iaitu Tuhan
Anjing lebih mengenang budi jasa-jasa tuannya
Patutlah manusia ramai yang masuk Neraka,
anjing selamat dari Neraka

27.11.2002
Waktu Dhuha

Di bilik ofis
Tawau

Agama Bukan Untuk Cari Makan!!!

Assalamualaikum,

Salam Aidiladha 1433H utk semua. Mohon maaf segala salah silap bagi yg mengenali diri ini mahupun yg tak kenal tapi pernah tersakit hati disebabkan diri yg lemah ini.

Segala puji bagi Allah dan hanya hak Allah, Tuhan semesta alam. Yang di mana Dia telah mengisytiharkan Dia adalah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya seperti yg telah termaktub dalam surah al-fatihah. Tapi Dia juga mengingatkan kita Dia adalah Raja bagi hari pembalasan yg di fahamkan dgn kita, hari pembalasan bukan hanya di akhirat sahaja, tapi di dunia pun akan berlaku hari pembalasan untuk kita. Oh Tuhan, ampunilah diriku yg lemah ini. Bukankah aku hambaMu jua? Bukankah aku ciptaanMu jua?

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Rasulullah SAW, sebagai nabi roh dan nabi akhir zaman yg mana jasad baginda sudah di wafatkan lebih kurang 1400 tahun dahulu. Tapi roh baginda yg kuat itu di mana dapat menembusi langit ke-7 dan bertemu dgn Tuhan yg Maha Agung yg mana malaikat jibril sekalipun tidak dapat menembusinya, masih hidup dan berperanan besar hinggalah ke hari ini utk memimpin manusia dan menjayakan misi kebangkitan Islam kali ke2 seperti yg baginda sabdakan bahawa islam akan bangkit kali ke2 di timur jauh dgn pimpinan Al-Mahdi yg mana tapaknya dimulakan oleh penolong kanan Imam Mahdi yg di sebut Rasulullah sebagai fatta attamimi (Putera Bani Tamim) ataupun shuib bin soleh. Selawat dan salam juga kepada para keluarga dan para sahabat baginda yg sangat-sangat membantu dalam misi kebangkitan islam kali pertama di mekah dan madinah dan akhirnya membawa kepada 2/3 dunia sebelum kejatuhan islam ditangan dajjal laknatullah dan konco2nya.

Fuuuhh~~~ (hembus nafas panjang)..Agak lama juga aku tak post dalam blog nikan.. Biasalah..Sibuk bah dgn kerja-kerja harian.. Banyak benda yg aku tempuhi dalam setahun dua ni.. Sedar2 dah ada anak 1.. hehehehe...

Ni gambar anak pertamaku..comel tak?
Tu nampak tu anak aku? Mana? dalam gambar tulah..adehh.. comel tak? Mcm abahnya juga comelnya kan kan kan.. hehehe.. ops.. macam dah lari sikit dari topik ni..hurmm takpa takpa.. Mari kita berbalik dgn kisah yg aku mau crita..

Sedar ka kita di zaman yg serba moden ni, agama dah tak berapa dipandang? Dah tak ada orang yg nak membela Allah dan Rasul..perasan tak? Kalau ada pun, itu sebab ada degree la.. tu pun sebab ada gaji.. cuba jangan bagi gaji, kita tgk diorang nak bercakap lagi ka tidak?? kalau bercakap juga pasal agama walapun tak di bagi gaji kira ok la tu..tapi itupun hanya beberapa ketul je kita nampak.. Betul tak? Ada juga yg rajin bercakap pasal agama sana-sini.. tapi penampilan tak jaga, syariat tunggang-langgang..kalau orang tak ikut, dia marah pula..merajuk la kadang-kadang.. hah..itu kelompok yg takda degree pula.. Err..mesti ada mamat atau minah yg terbaca blog ni cakap, "eleh, ko tu cakap2 orang ingat ko tu bagus sangat ke?"..iyee... saye tau saye tak baik.. yg saye cakap ni pasal diri saye la..wat pe nak terase beb?? opss.. tersleng semenanjung la pula... "baggagall naa tambuni mu di sampulnaa", bilang org samporna nanti sama aku..hehehehe..

Ahli-ahli agama, artis-artis tv, penasyid-penasyid yg menyanyi lagu ketuhanan akhir-akhir ni nampak sangat guna agama utk cari makan..sapa-sapa yg terasa tu mintak maaf laa.. ayat tu utk orang yg guna agama utk cari makan ja..bukan semua..yg baik tu diam2 la..hehehe.. Tapi ada seorang ahli agama besar yg berjiwa besar dan peribadinya pun sangat besar di akhir zaman ni sangat-sangat membawa agama dalam dirinya dan orang lain.. Beliau sangat-sangat memperjuangkan Tuhan, Rasulullah dan Al-Mahdi yg ditunggu-tunggu.. Beliau sudah menempuh macam2 dugaan dan cabaran dari sejak penubuhan jemaahnya hingga ke hari ini yg jemaahnya dah berkembang hingga ke haramain (Mekah dan Madinah) dan seluruh dunia ada premis-premis beliau.. Walaupun beliau dah di isytihar wafat oleh doktor di Malaysia, tapi jemaah yg beliau tubuhkan berkembang dan terus berkembang dgn pesatnya sehingga membuatkan orang ramai tergamam.. Hingga kini beliau dan jemaah masih di anggap sesat oleh sesetengah kelompok manusia di Malaysia tapi di luar Malaysia, beliau di anggap ulama besar yg sangat di segani..Beliau membawa islam bermula dari dirinya yg sangat cinta dan takut Tuhan..kemudian keluarganya, kemudian jemaahnya..dan kini seluruh dunia (kecuali sekelompok kecil manusia di Malaysia) mengikhtiraf kepimpinan beliau dan islam yg beliau bawa.. itukah sesat? Penampilannya, peribadinya, tuturkatanya sangat menampakkan ciri-ciri keislaman dalam diri beliau.. "Eh, manadaa..sassat bai tuu..akidah dia nda betul tu..pengikut dia anggap dia Tuhan bah!!".. Ya? betul ka? ni salah seorang pengikutnya (ntah di iktiraf ka aku ni), tanya aku!! Jangan suka buat tuduhan melulu kalo tak kenal sapa guru ku.. "Tuu yg kamu ckp dia masih hidup tu..padahal mati suda bah!!".. Elehh.. macam la Tuhan tu tak boleh buat hambaNya yg bertaqwa mati hidup semula.. tu crita ashabul kahfi, tu crita nabi uzair, baaaaanyak lagi crita2 gini di zaman dulu..kenapa? zaman moden takda crita gitu? semua tu karut? Ko ingat Tuhan yg dulu tu lain ka dgn Tuhan sekarang? aiyooo.. Apapun tak payah nak byk komen dan tak payah nak sibuk2 betulkan akidah aku.. aku yakin dgn apa yg aku pegang.. Kan awal2 Tuhan bagitau kita dalam al-Qur'an. "orang bertaqwa itu beriman dgn alam ghaib".. nah, pasal crita org mati (sebenarnya tak mati pun) hidup semula tukan benda yg ghaib..kan berkaitan dgn roh yg hebat dan sgt akrab dgn Tuhan, dia boleh keluar dari badannya seperti burung yg kuat boleh keluar dari sangkarnya?? tak bole guna lojik akal semata-mata.. islam ni agama roh dan diluar logik akal..kalau nak ikut lojik akal, tak betul la seksa kubur tu..tak betul la syurga neraka tu..sebab?? tak nampak pun seksa kubur?? itu ateis namanya kalau guna lojik akal semata-mata.. kena berpandukan hati yg bersih juga.. akal kena dipandu dgn hati..dan hati mesti dibersihkan dgn amalan-amalan wirid dan sebagainya.. sekali ada pula sorang mamat tu ckp "kita mesti berjuang..kena berkorban.. kalau sekadar "astaghfirullah robbal barooyaa" (dgn nada menyindir) itu bukan berjuang namanya!!".. Bodoh punya manusia!! tu laaa semangat betul nak berpolitik cara yahudi (demokrasi)..fikir nak pancing undi ja..bukan nak fikir pasal agama pun..nah, sama la tu guna agama utk cari momom (makan)..

Wah, dah panjang lebar ni aku ulas.. macam la pandai sangat..sebenarnya tak pandai pun kasian.. hehehe.. cuma ini adalah luahan hati yg dah lama terpendam... mana la tau bole jadi manfaat kepada org yg membaca..harap2 juga jadi manfaat bagi diriku yg serba kekurangan ini.. Untuk itu aku mau kongsi sebuah sajak indah dari guruku daripada beribu-ribu sajak beliau sebagai penutup utk post ini..

Agama Bukan Untuk Cari Makan

Agama  sudah dijual beli atau diperdagangkan
Ilmunya sudah dijadikan oleh setengah orang  dikomersialkan
Islam telah dijadikan gelanggang cari  makan,
tanpa  malu dan segan  dengan Tuhan
Kalau tidak dibayar upah tidak akan disampaikan
Samada berbentuk dakwah motivasi dan nasyid- nasyid  
Di hadapan  ramai atau orang,
Padahal hak Tuhan di wajibkan  disampaikan kepada setiap insan,
Bermula dari  Nabi sebagai contoh
Hinggalah  kepada umat  Islam yang pandai di akhir zaman,
Para-para Nabi telah membuat pengakuan di dalam Al Quran,
Apa yang disampaikan  bukan minta dibayar
Cukuplah sudah Tuhan yang membayar,
Para Nabi menyampaikan ilmu Islam sebagai kewajipan
Kalau tidak satu kesalahan
Tiba-tiba di akhir zaman di kalangan umat menjadikan agama tempat cari makan
Kalau orang bagi tanpa diminta atau tawar-menawar tidaklah menjadi kesalahan
Yang salah menetapkan upah atau bayaran
Kalau tidak, tidak jadi disampaikan
Mereka-mereka ini tidak takutkah kepada Tuhan
Agama walau disampaikan bentuk apa sekalipun wajib disampaikan
Ia bukan tempat cari makan atau untuk tempat mendapat bayaran
Begitu berani mereka itu menjual agama untuk mencari makan
Padahal Tuhan telah memberi ingatan di dalam Al Quran
Janganlah menjual ayat-ayatku  dengan harga yang murah
Mengambil upah dari agama kerana cari makan
Dianggap oleh Tuhan harga murahan
Tuhan menyuruh menyampaikan untuk keredhaan-Nya
Itulah yang mahal di sisi Tuhan,
Tiba-tiba kita mengambil upah di dunia melalui
agama memanglah itu barang murahan
Aku ingatkan diriku dan tuan-tuan sekalian,
Marilah kita  takut kepada Tuhan
Kalau hendak cari makan banyak jalan dan cara boleh kita lakukan
Bukan menggunakan agama mencari makan atau mencari kekayaan,
Sekian sebagai ingatan kepada tuan-tuan dan puan-puan
Harap maaf  kerana teguran

21.5.2004
Menjelang  Maghrib

 
Di bilik bersama isteri dan anak.
27.10.2012 jam 3.50am (tak dapat tidur)

Saturday, February 27, 2010

Punya main panas!

"Aduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuiiii, panas betul 0oo!!" Keluh seorang mamat yg sedang berjalan-jalan di bandar tawau.. Memang betul la skarang ni pancaran matahari terlalu panas kan.. Sebabnya kenapa yah? Kalo dari kajian barat, keadaan dunia yg terlalu panas skarang ni di sebabkan ozon yg suda menipis.. Betul ka?? Ada betulnya juga kan.. Tapi apa yg membuat ozon tu nipis?? Sebabnya mungkin dari pelepasan gas karbon monoksida ke udara kan.. Tapi kenapa pula boleh jadi gitu? hehe.. mesti ada orang cakap "Ah, banyak tanya juga ko ni".

Mungkin ada betul juga kajian2 barat tu. Tapi kalo kita pandang dari sudut agama pula kenapa Allah beri kita kepanasan yg amat terik ni mungkin peringatan atau amaran dari Allah. Kita tengok ja la dunia skarang ni macam2 maksiat ada.. Bila kita turun ke bandar ja cuba tengok kiri, kanan, depan dan belakang kita..Waaahh, banyak woo pusat.. haha.. bukan pusat membeli belah ja banyak, pusat yg membeli dan kain terbelah-belah pun lagi banyak.. Itu salah satunya la kan.. hehe.. Mesti ada orang kata, "Ah, ko ni macam baik sangat mau cakap macam tu".. Hahaha.. aku ni nda la juga baik sangat.. bila ku turun di bandar dan ternampak pusat dan kain terbelah-belah tu aku tengok juga untuk 'sekali' pandang.. hehe..

sekadar gambar hiasan

Perlu kita renung balik, kenapa kita mesti pertikai kepanasan skarang ni? Kenapa kita tidak pertikaikan diri kita yg terlalu banyak dosa dan maksiat kita buat? Kepanasan di neraka adalah beribu kali ganda panas daripada kepanasan dunia yang paling panas, kenapa kita tidak fikir yg itu? (Alamak, terkena aku).. Kalau Tun Mahathir pernah kata "melayu mudah lupa", tapi aku dalam fikiran aku, bukan melayu ja mudah lupa, kadazan, cina, india,benggali, arab, jepun, orang putih dan semua bangsa di dunia ni pun mudah lupa.. "Anastu birobbikum? Qolu 'bala, wa syahidna'.."(Betul ka tu sebutannya?).. Paham apa maksudnya? Allah bertanya sama kita di alam roh, "Adakah Aku ni Tuhan kamu?", Kita jawab, "Ya, dan kami jadi saksi".. Bukan aku ja cakap gitu, bukan ustaz2 ja mengaku gitu depan Tuhan.. Semua kita manusia daripada nabi adam sampai la manusia paling akhir nanti.. Tapi sekali kita di lahirkan di dunia, ada yang malas mau solat, ada yang sembah patung, ada yang bergaul bebas, malah ada yang melawan Tuhan.. Allahuakbar.. Siapa la kita ni mo lawan Tuhan? Sedar la diri sikit.. Baru kena panas sikit pun sudah tak tahan.. hahaha..

Perlu di ingat yang kita ni bukannya kekal.. Dunia ni bukan kampung kita yang sebenar.. Bandar tu bukan kemegahan kita.. Ada satu ku pernah terbaca dulu seorang ulamak di anggap gila oleh seorang askar.. Gini critanya, ada seorang askar tersesat dalam hutan.. Dia jalan punya jalan akhirnya dia ternampak seorang paci2 duduk di bawah pokok.. Dia tanya la paci tu, "Paci, mana arah mau pi bandar ya".. Paci tu menjawab selamba, "ko mo pi bandar nak? Bah, mari ikut paci.".. Paci tu pun membawa askar tu jalan ke bandar yg di maksudkan.. Hampir 2 jam berjalan akhirnya sampai di kawasan perkuburan.. Paci tu tengok dengan askar tadi dan berkata, "Nak, sampai suda kita bandar" sambil menunjuk ke arah kawasan perkuburan.. Uinaa.. suda la lapar tu askar, penat lagi berjalan jauh.. terus dia mengamuk dan pukul paci tu.. di injak2 lagi kepala paci tu sampai puas (tambah2 jak ni).. Lepas tu dia kasi tinggal jak paci tu tebaring di tanah.. Selang beberapa hari dia jalan akhirnya terjumpa juga dia bandar.. Senangnya hati dia.. Dia pun pigi la cari tempat mandi dan makan.. Lepas selesai ja dia urus diri dia, dia pun pi jalan2 jumpa orang ramai.. Sekali punya tekejut bayau dia bila ternampak kelibat seorang tua yg pernah dia jumpa di hutan beberapa hari yang lalu.. yang lebih dia terkejut bila dapat tau yang orang tua tu adalah ulamak besar di kawasan tu.. Terus dia pi minta maaf cium tangan dengan paci tu kerna menyesal berlaku kasar dengan paci tu sebelum ni.. Tapi dia bertanya juga kenapa dulu paci tu menipu sama dia.. Paci tu menjawab dengan muka yang tenang, "Paci nda menipu dulu nak, kan anak dulu tanya paci di mana bandar, jadi paci tunjuk la 'bandar'.. Kan bandar tu adalah tempat yg di mana penduduknya makin hari makin bertambah.. Cuba tengok kubur, makin bertambah ka atau makin berkurang penduduknya? Cuba pula tengok kawasan ni yang ko anggap bandar, baru kemarin ada beberapa orang aku urus tahlilnya.."

Wah, mendalam maksud crita tukan.. hehe.. ok la, tu ja dapat ku kongsi stakat ni..

Wallahualam..

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431

Hari ini 26 Feb 2010 bersamaan 12 rabiulawal 1431 pada hari jumaat, kita sekali lagi menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang amat kita cintai. Saidina umar pernah bertemu dengan Rasulullah dan berkata, "ya Rasulullah, aku amat mencintaimu lebih dari keluargaku".. Jawab Rasulullah tenang, "Kau belum mencintaiku wahai umar, sebab kau masih mencintai dirimu lebih dari aku".. Terdiam saidina umar seketika.. Saidina umar berkata semula, "aku mencintaimu ya Rasulullah melebihi diriku dan keluargaku".. Mencintai Allah dan RasulNya adalah kewajiban bagi kita sebagai seorang hamba yang hina.. Tapi kini adakah cinta kita kepada Rasulullah sehebat saidina umar? Adakah kita mencintai Rasulullah? Pernah ka kita melafazkan "ya Rasulullah, aku mencintaimu"? Dalam 10 ribu manusia mungkin hanya seorang saja yang betul2 mencintai Rasulullah (aku kompom la tergolong dalam 9999 orang tu).. Macam mana juga mau mencintai rasulullah kalo solat pun asyik tertinggal (macam aku).. Macam mana juga mau sayang dengan nabi kalau semudah-mudah berselawat dengan baginda pun kita malas nak buat (aku juga).. Susah ka menyebut 'Allahumma sollii alaa saidinaa Muhammad'? Jangankan itu, sedangkan kita di anjurkan membalas selawat bila mendengar nabi Muhammad di sebut pun kita kadang2 buat kadang2 tak buat.. Susah ka sebut 'Sallallaahu alaihi wassalam'? Macam mana juga mau mencintai nabi kalau tu pun susah (aduh, kena lagi aku)..

Sebelum ku sambung mengarut lagi, jom kita tengok video khas untuk maulid nabi tahun ni..


Waahh.. bestkan.. tapi video ni bukan la aku yang buat.. aku 'curi' dari youtube jak... hehehe..

Pernahkah kita terfikir, untuk apa kita hidup di dunia ni? Kenapa kita mesti mencintai dunia sedangkan mencintai Allah dan Rasul itu lebih utama? kenapa kita mesti mencintai seorang perempuan bukan mahram? Apa juga diorang dapat bagi? Buat kita jadi macam bodoh2 ada la.. hehe.. Sedangkan Allah yang terlalu banyak beri kita nikmat dan Rasulullah yang terlalu amat mencintai kita, boleh2 kita letak di bawah.. kenapa gitu? "wah, banyak juga soalan ko ni geng?" mesti ada yang cakap gini.. hehehe.. Semua soalan2 tu biar la kita yang jawab sendiri.. nanti kalo ku hurai2 orang cakap aku pandai2 pula.. "apa la ko ni, ko bagus sangat ka mo bagi orang nasihat?" mesti ada juga yang cakap gitu tu.. hahaha.. Kenapa kita mesti pertikai orang yang menyampaikan peringatan? kenapa kita tidak renung ja peringatan tu? soal lagi.. Bestnya menyoal orang ni..hehe

Apa pun biar kita ingat2 sendiri la.. Rasulullah melalui macam2 penderitaan, kelaparan, penindasan dan macam2 lagi semata-mata untuk sampaikan islam kepada kita.. Sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir, beliau sempat lagi menyebut "ummati ummati ummati" mengenangkan nasib kita.. Malah ada dalam riwayat ku dengar, apabila kiamat telah tiba, orang pertama yang akan di bangkitkan dari kubur adalah Rasulullah sendiri.. Dan apabila banginda bangkit di sebelahnya ada malaikat jibril menyambut baginda.. "hari apakah ini wahai jibril?" Baginda bertanya kepada malaikat jibril.. "Inilah hari kiamat ya Muhammad" jawab jibril.. Baginda bertanya lagi kepada jibril, "kalau inilah hari kiamat wahai jibril, mana umatku?".. Allahummasallii ala saidina muhammad.. Setelah baginda di bangkitkan pun yang pertama baginda cari adalah KITA.. Bertapa cintanya baginda dengan kita... Kita pula? Jadi, wahai diriku yang sering melupakan baginda, sering menduakan baginda dengan hal2 keduniaan, sedarlah.. sedarlah.. sedarlah...

Wallahualam..

Thursday, February 25, 2010

Terima seadanya..

Assalamualaikum w.b.t
Agak lama sudah aku ndak mengarut dalam blog nikan.. hehe.. takda masa bah.. maklum la takda broadband (apa kaitan).. ni ada aku mau crita serba sedikit kehidupan aku skarang (yala aku tau takda juga yang tanya)..

Perjalanan ke daerah Tawau


"Aloo..saya Rahim.. ada encik Yusri?" tiba2 aku di kol oleh seorang mamat yg aku ndak kenal pun dari mana asal-usulnya dan tiba2 panggil aku encik.. "Ya, ni aku la ni.. kenapa?" jawab aku dgn penuh kesopanan dan ketatasusilaan. "Tahniah anda telah di terima masuk ke sesb, tahniah skali lagi" jawab dia dengan nada yg agak datar.. "Oh yaka cip? macam mana la prosesnya? di mana ku dapat?" aku bertanya dengan nada yang agak happy lagi menceriakan.. Padahal sebelum aku di kol time tu mati karan ni.. Aku maki habis2an sesb tu.. hahaha.. "Encik telah di tempatkan di tawau".. jawab dia dengan nada yang langsung takda rasa serba salah sedikit pun.. Punya terkejut aku time tu bila kena bagi tau di tawau.. macam2 terus aku terbayang.. lanun la, flying pedal la, ilmu itam la dan macam2 lagi la.. Terduduk aku kejap sambil termenung nasib aku nanti di sana.. Mau tolak tak juga boleh sebab peluang kerja ba tu.. lama suda ku terdampar di rumah kan.. Jadi terpaksa la terima dengan redha.. mak aku pun mula2 berat juga mau aku pigi.. biasa la, ibu mana yg tak risau anaknya..

sekadar gambar hiasan..hehehe..

Di pendekkan cerita, maka sampai la masa untuk aku berangkat ke tawau.. Aku ingat lagi masa tu 14hb Oktober 2009 jam 7.30 malam.. Melihat di luar tingkap bas aku terpandang muka yg sangat ku sayang sedang memandang dan melambai-lambai tangannya kepada aku.. Hampir air mata aku mengalir melihat wajah indah ibu ku di terminal.. Aku kuatkan semangat untuk menerima takdir yang Allah tentukan untuk ku.. Lebih kurang 4.30 pagi esoknya aku sampai di terminal tawau.. Gelapnya lagi masa tu.. Mula2 ku duduk ja di terminal menunggu ipar kakak ku yg berjanji mau ambil aku.. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tiba2.. "Allahuakbarullaaaaahuakbar"... Azan subuh pun berkumandang dari masjid besar yg berada jauh di depan ku.. Aku pun tanpa fikir panjang terus berjalan sambil mengheret beg aku pigi masjid tu.. Setibanya aku di masjid tu, aku terjumpa dengan seorang lelaki separuh umur.. dia cakap dgn aku, "Hati2 ko punya barang2 tu cai, kalo ko masuk tandas pun ko bawa ja.. sini ni lain ni.. selipar buruk pun di curi juga..".. Uih.. terus ku ndak jadi mo masuk tandas.. aku ambil wuduk terus sambil heret aku punya beg.. Takut di curi la katakan...


Baru ku tau
...

Di pendekkan lagi crita, setelah beberapa bulan aku di tawau aku terasa suatu perasaan yg selesa.. Aku rasa macam siok betul di tawau.. Semua perasaan gementar dengan tawau sebelum ni semuanya hilang.. Baru ku tau ini la pula tawau yg sebenarnya.. Sama ja pun mcm di papar.. ada bangunan, ada kampung2, ada rumput2, ada tanah, ada simen, ada orang dan mcm2 ada.. cuma bezanya, bila aku di papar dulu aku terasa semuanya sama.. maksudnya aku tidak rasa apa pun dengan orang di keliling aku terutama keluarga aku.. Tapi bila ku di sini yg hanya dapat pulang sekali-sekali pi papar, aku terasa gembira betul jumpa keluarga aku.. ibu, abang2, kakak2, anak2 buah yg cumil2.. wah, indahnya terasa..hehehe..


Aku ada gimbaran


Di tempat kerja aku ada berkenalaan dengan seorang ustaz.. Dari crita orang lain di sesb ustaz tu pandai mengubat.. Aku mula la rapat2 dengan ustaz tu.. mula2 crita besa2.. last2 ku minta tu ustaz scan aku.. hehe... tu ustaz ok ja.. lepas dia 'scan' aku dia bagi tau dalam badan aku ni ada gimbara (saka).. Wah, punya tekejut bayau aku terus.. ndak juga ku sangka ada saka dalam badan aku.. Ustaz tu pun tolong aku dengan percuma untuk buang semua jin buragan dalam badan aku.. lepas di buang tu, alhamdulillah terus badan aku terasa ringan.. patut la sebelum ni asal ku baca qur'an kepala terasa berat..rupanya ada pula si awang dlm badan ku melepak.. hehe... Tu salah satu hikmah la tu kenapa aku di hantar di tawau.. bukan Allah suka2 ja letak ku di tawau ni...


Banyak ilmu yang ku dapat


Salah satu lagi hikmah aku kena hantar pi tawau ni banyak ilmu2 baru yg ku dapat.. ilmu akidah, ilmu batin, ilmu yg tuuuuuuuut tu pun ada aku di ajar tanpa aku teringin pun mo blajar.. hahaha.. salah satu aku di ajar ilmu untuk pagar diri.. wah, simple jak tu. Takda main baca 'marangprapu kepunten marang skeperrr'.. hehe... Pergantungan hanya kepada Allah, kaedahnya tu hanya ikhtiar dan usaha kita ja.. Sifu ku pesan, 'makin kita takut pada Allah, makin kuat pagar yg di amal'.. Tapi aku ni cukup 'takut' ka dengan Allah? Solat pun kadang2 tinggal, pandangan pun ndak di jaga, hati pun sering menduakanNya.. Adoii.. apa la aku ni..


Terimalah seadanya..

Mungkin ada sebahagian dari kita akan mengeluh bila di hantar di tempat yg kita tidak sukai.. malah ada yg menolak.. hehe.. Apa pun kerja kita di beri dan di mana pun kita kena hantar, ingat!! Pasti ada hikmahnya.. Terima ja apa yg ada.. mungkin kita rasa tempat tu tak baik bagi kita.. tapi ingat satu firman Allah, "Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia adalah baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu...." Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. :-)

Wallahualam..

Saturday, October 17, 2009

"......Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi"

pandangan dari atas (bandar tawau)
Firman Allah:
"Dialah zat yang menjadikan bumi ini mudah buat kamu. Oleh karena itu berjalanlah di permukaannya dan makanlah dari rezekinya."
(al-Mulk: 15)

Dan sabda Nabi:
"Sungguh seseorang yang membawa tali, kemudian ia membawa seikat kayu di punggungnya lantas dijualnya, maka dengan itu Allah menjaga dirinya, adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik mereka yang diminta itu memberi atau menolaknya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada dua dalil naqli di atas, kita dapat simpulkan bahawa bekerja itu adalah antara perkara yang amat penting bagi diri seseorang muslim..

Tapikan... tawau?? mak aiiiii... jauhnya....hehehe... alamak.. apa aku cakap ni?? Biasa la tu kalau dah kerja.. susah nak dapat tempat sendiri.. pada 14hb oktober jam 8.00pm, aku telah berangkat ke tawau dengan hati yang hiba kerana terlihat si ibu sedang mengukir senyuman melihat aku yang sedang meninggalkannya.. Adakah senyuman itu beerti mama aku gembira? Mungkin ada juga sedikit.. Tapi melihat anaknya ingin menempuhi perjalanan yang jauh, tentunya hatinya terasa agak risau.. Tambahan pula destinasi yang aku tuju itu penuh dengan crita 'hangat' yang merisaukan.. erk.. paham2 la ek.. Pesan mak aku, kakak2 dan abang2 aku sebelum aku jalan, "hati2 kalau di sana, jangan ikut kawan yang nda bagus.", "jangan peduli dengan budak2 sana tu..jangan cari pasal.", "kerja betul2", dan banyak lagi la.. semua nasihat aku terima dan genggam dengan erat..

Ketika dalam perjalanan, susahnya mau tidur.. bas pun terlampau kuat goyangnya.. Perut rasa mual2.. macam nak muntah pula.. nak tidur, tak dapat pula.. lebih kurang jam 4.30 pagi aku tiba di destinasi..Wah! Tawau!.. Suasana masih gelap2 lagi masa aku tiba.. Seram sejuk juga bila teringat crita2 yang orang lain crita.. Bukan hantu, tapi 'anjing2' jalanan.. Tapi, yakinlah pada Allah.. Allah sentiasa berada dekat dengan kita.. Aku beranikan diri jalan kaki ke masjid besar tawau yang berada tidak berapa jauh dari stesen.. Alhamdulillah... takda juga apa2 berlaku..

Maka, kini aku berada di tawau untuk menyelesaikan latihanku di sini selama 6 bulan.. dan kemungkinan insyaAllah aku akan terus di serap kerja di sini.. Wah.. nak tukar la pigi tempat asal.. takkan nak stay sini selamanya.. lagi pun di sini aku menumpang jak.. sambil2 mencari bilik atau rumah sewa aku stay dulu di tempat ipar kakak aku... tapi malu juga..hehe..

Itu ja la untuk kali ni.. tak boleh juga bagi tau secara detail..

"Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup seribu tahun lagi, beribadahlah kamu seolah kamu mati esok."

Wassalam...

Monday, September 28, 2009

Nak makan daging babi??

Ni ada satu uji kaji yang di buat oleh sorang 'mamat' ke atas 2 ketul daging babi dengan menuang air coca cola ke atasnya.. Mari sama2 kita lihat..

hah? macam mana?

Ish.. Play ja la.. bingung betul..



Wah.. Sedapnyeeee... hehe.. pernah sekali aku tanya kawan aku yang non muslim, "uii ging, kalo babi nikan mana bahagian yang paling di makan?" kawan aku jawab dengan penuh yakin dan penuh bersemangat, "Telinga!".. Hoho.. Sedaaaaap.. memang sedaaaap sangat (ops, aku nda pernah makan ya).. sebab ada 'perasa' tambahan lagi dalam daging babi tukan..hehe.. hah? apa? tu giuk tu (giuk = ulat).. kita nampak juga dalam video di atas tukan..

Firman Allah:


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Maksudnya:

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan..”

Al-An’am:ayat 145


Setiap suruhan dan setiap larangan dari Allah pasti ada beribu kebaikan untuk kita manusia.. Allah cipta kita, jadi Allah sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. Tak semestinya kita ini kaya, cantik dan di sukai ramai kita berada dalam keuntungan. Perbanyakan bersyukur.. dan perbanyakan istighfar.. Boleh jadi apa yang kita miliki kini akan di tarik balik di masa akan datang.

Wallahualam..

p/s: peringatan untuk diri aku sendiri dan di harap yang membaca dapat (sikit pun jadi la) manfaat dari blog ni..