Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir,
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu,
Mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan Yang Satu.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu,
Solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu',
Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri,
Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji,
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin",
[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam].

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu,
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja,
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang,
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
Mengadu...merintih. ..meminta belas kasih,
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
Tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU".

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang,
Mari kita meriahkan Ramadhan,
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman,
Yang lebih baik dari seribu bulan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir,
Mempersiap diri...rohani dan jasmani,
Menanti-nanti jemputan Izrail,
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami,
Jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami,
Menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi,
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti.

Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui,
Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya,
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah,
Berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA..

Saturday, August 15, 2009

Siapa Pernah Makan Babi?

Berikut adalah kod-kod lemak babi yang sering ditemui tercatat pada bungkusan makanan, khususnya yang diimport dari luar negara.

E100 E110 E120 E 140 E141 E153 E210 E213 E214 E216 E234 E252 E270 E280 E325 E326 E327 E334 E335 E336 E337 E422 E430 E431 E432 E433 E434 E435 E436 E440 E470 E471 E472 E473 E474 E475 E476 E477 E478 E481 E482 E483 E491 E492 E493 E494 E495 E542 E570 E572 E631 E635 E904

Kalau kita pernah makan makanan yang ada kod2 di atas, maka tidak boleh di nafikan yang kita ni pernah memakan babi.

Ni beberapa contoh makanan yang mengandungi lemak babi.

emmm..sedap tak? (aku suka makan dulu ni)


sedap tak?

ini lagi la, makanan harian kita..haha

Ini hanya 3 contoh ja.. Banyak lagi woo.. Hati-hatilah dengan orang2 kafir ni ya.. Sebab tu skarang ni kita lihat anak2 terlampau degil, malas nak solat (kita pun sama), malas baca qur'an, malas nak belajar, banyak masalah sosial dan macam-macam ada.

Wallahualam.

Thursday, August 13, 2009

Lagu untuk kita

Lagu ni khas untuk diri kita yang akan pergi tak kembali..



Hidup ini singkat. Sedar tak sedar skarang umur kita dah 22, 25, 30.. Kita tak rasa pun masa tu berjalan (sebab masa takda kaki ler..hehe).. Aku pun masih terasa baru kemarin aku mandi sungai dengan kawan2(ni time kecik2 la ni).. Aku tak sedar pun skarang dah dewasa.. Aku rasa semuanya berlaku dengan pantas..

Tapi malangnya hati aku masih lalai. Sedangkan Allah peringatkan dalam Qur'an, mati tu pasti akan tiba dan bila dia tiba tidak akan awal atau lewat sesaat pun. Wahai diri, aku menyeru kepadamu supaya sedar dari 'mimpi' ini.. Tiada yang wujud dan kekal melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu patut engkau teladani. Qur'an dan Sunnah dah di tinggalkan untuk kau dan seluruh umat manusia. Sedarlah diriku, sedarlah..

Ustaz Asri baru saja meninggalkan kita. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau. Kita bila lagi? Dah bersediakah kita?

Wallahualam.

Pergi Tak Kembali

13.08.2009 (Khamis)

Terkejut juga aku terbaca tadi (12.45) di harakah.

"Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia" Harakah..


Allayarham yang di gelar pahlawan nasyid kini sudah genap 40 tahun telah 'pergi tak kembali' meninggalkan kita. Innalillahi wa'innaa ilaihi roji' uuuun... Aku paling minat lagu beliau yang 'pergi tak kembali' tulah.. Memang best.. Di gabungkan lagi dengan muzik yang rancak dan bersemangat.. Fuiyoo..

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Harakah

Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Allayarham semoga roh beliau di tempatkan di tempat orang2 yang soleh.. Baktinya dalam dakwah terutama dalam lagu2 yang di bawa memang tidak dapat di lupakan. Malah beliau mendapat gelaran ulamak nasyid daripada penasyid2 tanah air kita yang lain kerna beliau di jadikan tempat rujukan lagu nasyid mahupun pengetahuan agama..

Mari kita hayati sikit lagu ni..

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Kita pula bila? Mungkin Tahun depan, atau pun bulan depan, tak pun minggu depan, atau mungkin juga esok, tak pun seminit kemudian atau selepas habis baca posting ni.

Wallahualam.. Beramal dan bertaubatlah selagi kita ada masa..

Wednesday, August 12, 2009

Petua Menghadapi Selsema Bogok

Ni aku dapat dari yahoo group taman2 syurga.. InsyaAllah boleh juga di cuba2..

"Amalkan selalu minum air kelapa yg di rendam dengan sebiji buah kurma selama 2 jam.. Lepas tu minum dan makan buah kurma tersebut.."



Macam sedap ja kan. Kena lagi air kepala muda, pergh... Sedap woo.. Guna lagi kurma samin.. Mmmmmm... Senyum lebar terus macam iklan susu lembu yang dulu2 tu..

Selamat mencuba..

Wasalam..

Siapa yang harus di persalahkan?

"Ai, malang betul nasib aku ni.. pa bulih buat, takdir".. Kata sebahagian orang.. "Kejam betul takdir ni.." kata sebahagian yang lain.. Kalau hidup kita susah, salah takdir ka? Rezeki kita susah nak masuk, salah takdir ka? Sebelum kita salahkan takdir, kita tengok la dulu kelakuan diri kita.. Manalah tau ada benda yang kita buat membuatkan rezeki kita mahal. Adakah kita tidur selepas subuh? Nabi pernah bersabda, tidur lepas subuh mewarisi kepapaan, tidur selepas asar mewarisi kegilaan. Nabi yang cakap tu beb, bukan aku.. Tapi ada pula sebahagian dari kita ni bila di tegur, "rezki kau susah masuk sebab kau tidur selepas subuh bah".. Pandai la pula menjawab, "eh, si anu tu tidur lepas subuh, gaji 5, 6 ribu juga.. dapat rumah lagi." uuuuuiii.. pandai menjawab.. Tapi cuba tanya orang tu, cukup ka gaji dia tu?? Orang murah rezki ni biasanya bersyukur dengan apa yang ada..

tekanan sebab dapat kerja gaji murah (sebelumnya 2 ribu lebih)

Biar pun sebelum ni dia kerja gaji juta2, tiba2 sampai masa dapat kerja gaji 300 ja.. Takda masalah semua tu sekiranya kita tergolong dalam golongan orang murah rezki.. Kita kaya bukan sebab duit, kita kaya sebab Allah.. Kalau aturan nabi pun tak ikut macam mana mau kaya? Terlalu biasa dengan kemewahan begitulah jadi.. Ada juga sebahagian orang tu cakap gini, "mahathir tu bangun kalau mau pi kerja ja (maksudnya tidur lepas subuh), kaya juga tu." Ya ka kaya? macam mana kau tau? Kau jaga hidup dia ka? Mau cakap bodoh, tak boleh juga.. Nak juga melawan ajaran nabi semata-mata untuk puaskan nafsu sendiri..

Pasal berkat ka tak rezki tu pula.. Kalau kita tak ikut ajaran dan aturan yang di tetapkan Allah dan Rasul, rasa2nya berkat tak rezki kita? Misalnya kita dapat gaji dalam 2 ribu lebih gitu.. Tapi subuh tak solat, zuhur tinggal, asar buat tak tau, maghrib tak di pandang langsung, isyak lagi la macam takda ja solat isyak tu.. Berkat kat? Cuba cari orang gitu yang gaji dia lebih kurang gitu.. Aku dengan konfidennya kata, orang gitu takkan dapat simpan duit.. Sebab rezki tak berkat.. Rezki tu dari siapa? Bos? General manager? wakil rakyat? pm? TIDAK!!! Rezki tu dari ALLAH. Betul?

Ni pula baru2 ni aku ada dengar seorang bodoh cakap gini, "wain (arak) tu ada bah yang halal.." wah.. arak halal? Entah apa yang dorong dia kata gitu.. Kalau dia kata arak syurga tu halal ok la.. ni arak dunia.. Ada ka arak halal? kalau gitu, babi halal pun ada la kan.. hmm.. orang jenis apa tu? Aku dengar orang tu kata dengan orang lain untuk kongsi pengetahuan la konon.. Aku pun yang tak brapa pandai ni menyampuk, "asal ko minum bikin mabuk tu haramlah".. Lepas tu tau apa orang tu kata? "ai, ko minum air pun boleh mabuk bah.." Bodoh betul... Minum air mabuk? Entah dia tu bodoh ka apa.. First time pula ku dengar minum air mabuk.. Kalau setakat pening2 atau kembung perut sebab terlebih minum tu memang biasa la.. Ni mabuk pula?


singgarung (arak halal? No..)

Aku tak puas hati sebab yang orang tu berkongsi 'informasi' tu kepada saudara baru.. Ada ka patut di beri tau saudara baru tu arak ada yang halal.. Kalau sendiri sesat takpa.. jangan menyesatkan orang lain pula.. Nasib baik la aku dengar masa tu.. kalau tak, kesian la saudara baru yang baru mula mengenal islam tu.. Takda niat di hati nak puji diri, cuma kesian dengan saudara baru kita..

Wallahualam..

Islam in My Veins - Mikaeel Jackson

Mari sama2 kita hayati lagu ni.. Best woo (bagi aku la)..



Miles away, oceans apart
Never in my sight, always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time when the day will come
Standing there before you accept this hajj of mine
Standing in the ihram making my tawaf drinking blessings from your well
The challenge of safa and marwa rekindles my imaan,

Oh Allah I am waiting for the call,
praying for the day when I can be near to the kabah wall x2

I feel alive, and I feel strong
I can feel Islam, running in my veins
To see my Muslim brothers, the purpose all the same
Treating one another, exalting one true name

I truly hope one day, that everyone a Muslim
That they remember you, in everything they say

Standing in the ihram making my tawaf drinking blessings from your well
The challenge of safa and marwa rekindles my imaan,

Oh Allah I am waiting for the call,
praying for the day when I can be near to the kabah wall x2

Cuba bayangkan kalau arwah Mikaeel ni masih hidup dan perkembangkan dakwah melalui lagu beliau.. hmm.. Mesti peminat2 fanatik beliau akan ikut jejak beliau.. Betul tak? Berapa bilion peminat fanatik arwah mikaeel ni? Huiyo beb, kalau artis lain takda woo peminat sampai pengsan.. Arwah mikaeel ni ja yang aku pernah tengok peminat dia sampai jatuh pengsan.. Hah, itu la orang kafir takut tu.. Takut islam semakin berkembang.. Kemungkinan besar beliau telah di bunuh oleh puak kafir laknatullah itu..

Wahai puak2 kafir, kembalilah kepada Islam..

Wallahualam..

Saturday, August 8, 2009

Give Thanks To Allah - Mikaeel Jackson



Lagu 'Give Thanks to Allah' yang dikatakan telah dinyanyikan oleh Michael Jackson. Namun media barat menafikan dengan mengatakan bahawa pencipta lagu tersebut, Zain Bhika lah orangnya yang telah mengalunkan lagu itu.



Cuba bayangkan jika perancangannya untuk mengumumkan keimanannya memeluk agama Islam semasa konsert tersebut, sudah pastinya jutaan peminat fanatik Mikael seluruh dunia akan terpanggil untuk mengikuti jejak langkah ikon pujaan mereka itu. Inilah yang amat ditakuti oleh Amerika dan dunia barat yang memusuhi Islam.

Info Penting ematian MJ (Mikaeel Jackson)

.....Keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. “Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Baru2 ni aku ada download juga lagu "give thanks to Allah" tu.. Tengok artisnya zain bikha.. Tapi dengar suara macam kenal pula.. Hmm.. Lepas dapat info ni, baru la aku sedar tu suara mikaeel jackson la pula.. Orang barat ni bijak juga kan.. Mentang2 suara zain bikha tu dekat2 suara mikaeel, pandai2 pula durang guna nama zain bikha semata-mata untuk sembunyikan keislaman mikaeel.. Moga roh mikaeel di cucuri rahmat Allah dan segala dosanya di ampunkan.. Amin.. (diri aku ni pun harap2 gitu la)..

Wallahualam..

Tuesday, August 4, 2009

Beristighfarlah!!

Baru2 ni aku ikut usrah aku dapat sesuatu yang amat menarik hati aku.. Naqib kami kata gini, "ada orang datang kepada saidina ali (ketika saidina ali menjadi khalifah), "ya amirul mukmin, ladang kami rosak, tak subur.. apa patut kami lakukan?" kata saidina ali, "Beristighfarlah".. Datang lagi seorang mengadu pasal anaknya sakit.. Saidina Ali kata, "Beristighfarlah".. Datang lagi orang lain mengadu pasal miskin papa kedana.. kata saidina Ali, "Beristighfarlah".." Gini la point yang aku dapat..

Istighfar? kenapa saidina Ali hanya suruh kita istighfar? Ada sebab tu.. Takkanlah saidina Ali yang menjadi gedung ilmu itu suka2 ja suruh orang, kan.. Apa salah satu syarat doa kita di kabulkan?? Hati kita mesti bersih dari dosa, kan.. Jadi kalau nak bersih dari dosa, apa patut kita buat? Paling kurang pun kita istighfar..betul tak?? Bila hati kita ni bersih, barulah pertolongan Allah mudah sampai kepada kita..

sekadar hiasan

Apa yang Allah wajibkan kita buat, kita jaga betul2.. Contohnya solat fardhu la.. Itulah tiang agama kita.. Ada pernah aku dengar ceramah ustaz das'ad latif, katanya gini..

solat fardhu mesti di lakukan.. "ustaz, saya tak dapat solat berdiri ustaz, kaki sakit".. Duduk.. Boleh kita solat duduk.. "Ustaz, punggung saya ada bisul ustaz, tak dapat solat duduk".. Kita boleh baring.. "Ustaz, badan tak dapat gerak ustaz..tak dapat nak solat..".. Solat guna isyarat mata.. "ustaz, mata sakit ustaz, tak dapat nak solat guna mata.".. Solatlah guna hati, kalau rukuk, bayangkan rukuk dalam hati.. kalau sujud, bayangkan kita rukuk.. "ustaz, tak boleh juga ustaz..".. Bungkus.. bawa ke kuburan..

Haha.. Sampai begitu sekali kita kena bagi cara untuk solat.. Tiada lagi alasan kita nak tinggalkan solat (khususnya lelaki).. Kalau perempuan tu ada masa dia, kan.. tu memang tak dapat elak la.. Bukan saja kita kena laksanakan solat wajib itu malah kita kena buat di awal waktu.. Kenapa? Sebabnya supaya kita tak kelam kabut kalau dah lewat sangat.. Dan juga itu melatih kita untuk menjadi insan yang lebih berdisiplin.. Orang yang menjaga solat fardhunya kita akan nampak dia tu lebih berdisiplin, betul tak?? Aku ni pun susah betul nak jaga solat.. Macam mana la aku nikan.. pandai2 ja bagi nasihat tapi diri sendiri pun nda terurus.. "pa barang ko" kalau kata kawan aku... Aku bukan bagi nasihat.. Aku cuma kongsi2 ja.. tak layak bah aku ni bagi nasihat.. Aku layak terima nasihat ja.. Tapi, just kongsi2 tu boleh la kan.. untuk aku juga..

Semalam juga naqib kami ada kata pasal keindahan syurga.. Allahuakhbar.. Tersentuh hati yang banyak dosa ni.. Macam rasa gementar pun ada.. Kenapa gementar ya? Mestilah gementar.. Kalau tak dapat masuk syurga, tak dapat la aku tengok Allah Pencipta seluruh alam.. Ada lagi naqib kami kata, "kenapa Allah jadikan syurga?".. apa la kunun jawapan dia?? tau? aku pun terkejut bila naqib kami kata, "sebab manusia ni tamak".. hahaha.. "kenapa tamak?" sambung naqib kami.. "Cuba tanya mana2 yang ada di sini yang suda kawin, mesti diorang nak tambah satu lagi ni..".. Haha.. betul juga, kan.. Manusia ni tak pernah rasa puas dengan apa yang ada.. sebab tu Allah jadikan syurga.. Rasa2nya dapat ka kita masuk syurga?? jeng..jeng..jeng.. Hehe.. Apa kata si nabil? "lu pike la sendiri, asalmekom".. Wahahaha.. bagi salam pun tak ngam..

ok la.. stakat ni ja posting kali ni.. Ni tengah lapang ni, kerja takda.. jadi 'curi tulang' sikit la posting blog.. huhu..

Wassalam..

Nilai sebuah harga diri!

sekadar gambar hiasan

Cuba tengok gambar di atas ni.. Waaahhh.. Seratus tuuuuuu... Nak? Ambil la kalau dapat.. hehe.. Kalau la duit tu aku gosok kat ketiak monyet, kamu nak lagi ka?? Aik, mestilah nak kan.. Kalau aku pijak2 duit tu sampai ada bekas selipar aku pula, amacam? nak lagi ka? Uinaa, rezki jangan di tolak, betul tak? Kalau la duit tu jatuh di atas najis kuyuk (anjing), kamu nak juga? Eleh, boleh samak apa..hehe.

Biarlah Duit seratus ringgit tu di gosok kat ketiak monyet ka, di pijak2 ka, kena taik ka, nilainya tetap seratus juga tak berubah.. Betul?? Begitulah juga kita.. Harga diri kita tetap sama.. Biar pun kita ni mandi lopak kerbau sampai kotor badan kita oleh taik kerbau sekali pun, tapi kita tetap adalah kita. Tanpa kita, kehidupan ni takkan seimbang.. Sebab tulah Allah cipta kita di dunia ni.. "Apakah kamu mengira Aku menjadikan sesuatu itu hanya untuk main2?" tanya Allah dalam Al-Qur'an.. Hah, jawab.. Tentulah tidak.. Bersyukurlah kita dapat hidup ni.. Allah beri kita macam2 nikmat.. "Jika kamu menghitung nikmat Allah berikan, nescaya kamu tidak akan dapat menghitung"..

Allah beri kita udara untuk bernafas, beri kita mata, telinga, hidung, mulut, lidah, hati, tangan, punggung, kaki dan macam2 lagi.. Punggung? ya, punggung.. kenapa?? Teringat aku dulu ada seorang sahabat ni dia kata dalam tazkirah ringkas.. "salah satu nikmat yang Allah beri kita ialah punggung.. kalau tiada punggung, macam mana kita nak duduk? macam mana kita nak berak? macam mana kita nak melepas (gas amonia)?" hahaha.. Betul juga kan.. Walaupun dia nampak macam bergurau, tapi betul tu..

Yang penting sekali dalam tajuk ni, kalau kita ni dah di kotori oleh lopak taik kerbau ka, badan kita ni dah tersentuh babi ka.. Cuci ja.. Cuci betul2.. Lepas cuci tu pakai la wangi-wangian.. Lepas tu jangan pula kita main lopak kerbau lagi, jangan pula pergi dekat dengan babi lagi.. InsyaAllah lepas tu diri kita akan bersih semula seperti sediakala.. Harga kita tetap sama.. Dunia ni hanyalah tempat kita ambil peperiksaan ja, macam pmr, spm, diploma semua tu.. Kalau kita lulus, maka kita dapatlah hadiah besar yang belum pernah dapat di dunia ni.. Kalau gagal, sedia2 la kita kena 'denda' yang tak berkesudahan..

Wallahualam..

p/s : maaf aku takda taruh surah dan ayat untuk dalil2 aku kasi masuk... Aku lupa bah..

Monday, August 3, 2009

Penting Diri!!

Sikap manusia macam2 ada. Ada yang lemah lembut, ada kasar, ada yang sopan, ada yang kurang ajar dan macam2 lagi.. Paling best yang kita tengok, ada jenis manusia ni yang terbaik adalah untuk dia dan dia langsung tak mau kongsi.. Tapi bila yang buruk, mak aiiii....pemurahnya.. Siap bagi lagi..


Contohnya kreta.. Bila kreta tu ber'aircon', power stering lagi, clutch brek semua ok, jangan harap la kita di bagi pakai.. Tapi bila sampai masa tu kena guna kreta buruk pula.. Stering keras nak mampus, clutch tinggi, gear susah nak masuk, tak ber'aircon' lagi, hah.. Tiap hari kita boleh guna tu.. Hehe.. Betul tak?

Begitulah sikap manusia (mungkin aku la kut).. Bila nak beli sesuatu untuk diri sendiri, RM 50 pun tak kisah tuuuuuuu.. Tapi bila berdepan dengan tabung derma masjid, Allah syeikh.. Seringgit pun bergegaq tangan nak hulur.. Seringgit tu pun yang kotor la pula tu.. Ada yang nak koyak lagi (mungkin aku juga ni..Na'uzubillah)..

Muhasabah la diri kita ni.. Kita buang la jauh2 sikap penting diri ni..

Wallahualam..

Saturday, August 1, 2009

Cina dan Islam..

"Ko muslim ka?" ada sorang makcik tanya aku. "Ya" aku jawab ringkas. "Aik? Maci ingat ko ni cina." Kata makcik tu lagi. Aku hanya diam dan tersenyum tanpa berkata sesuatu. Ada lagi dulu masa aku skulah menengah. Masa tu aku pigi la surau untuk belajar subjek agama dengan kawan seislam yang lain. Tiba-tiba ada cikgu tegur aku, "Cai, ko ni buat apa sini? Nda masuk klas?" "Aku mo pi klas la ni cigu, ustazah blum sampai lagi." jawab aku ringkas. "Uik, ingatkan ko ni cina..." Kata cikgu tu..Haha..

Umat islam di Uihgur

Dah bosan dah aku dengar, "ingatkan ko ni cina" tu. Kenapa ya orang kata gitu? Skali skala aku jawab juga tu kalau aku rasa panas sikit (sikit je la..hehe). Aku balas balik gini, "jadi orang cina tak boleh islam ka?" Aku tanya balik gitu.. Banyak juga la terdiam.. hehe..

Cina tu satu agama ka? Setahu aku itu salah satu bangsa manusia. Sama la juga macam melayu, india, kadazan, murut, benggali, jipun semua tu.. Sama ja.. Tapi kebanyakan orang bila nampak cina pi masjid, mesti dia nak kata kat orang tu, "ingatkan ko cina". hahaha..

Entah apa sebab cina ni tak boleh di kaitkan dengan Islam.. Seolah-olah cina tu semesti kafir. Mungkin sebab mata orang cina sepet kut.. Kalau sepet tu kafir la kali.. Orang biasanya main pandang ja.. asal muka cina ja mesti di anggap 'kafir'.. Kesian juga bangsa cina nikan (aku la).. hehe..

Kalau sekadar tanya, "kau ni muslim?" takpa la.. Ni bila dah di jawab, mesti di balas balik, "ingatkan ko cina"..huhu.. Allah dan Rasul tak ajar pun kita mengkafirkan orang lain.. Cina tak semestinya kafir dan melayu tak semestinya Islam.. Kita tengok la dulu yang 'black matel' tu.. Ada orang cina (khususnya cina islam) ikut? 100% melayu yang ikut jon.. Semuanya sama ja.. Setiap bangsa ada Islam dan ada kafir.. Tak payah la 'mengkafirkan' bangsa lain dan tak payah menganggap bangsa sendiri islam. Hehe.. Betul ka? Mesti banyak yang protes nikan.. Protes jelah.. Tak kisah pun..

Mari kita renung hadis riwayat muslim ni sikit..

"Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui penghuni Syurga dan penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya. Sahabat bertanya lagi: Kalau begitu untuk apa amalan dilakukan? Rasulullah s.a.w menjawab: Segala-galanya akan dimudahkan berdasarkan kepada untuk apakah beliau dijadikan."

Wallahualam..