Wednesday, August 12, 2009

Siapa yang harus di persalahkan?

"Ai, malang betul nasib aku ni.. pa bulih buat, takdir".. Kata sebahagian orang.. "Kejam betul takdir ni.." kata sebahagian yang lain.. Kalau hidup kita susah, salah takdir ka? Rezeki kita susah nak masuk, salah takdir ka? Sebelum kita salahkan takdir, kita tengok la dulu kelakuan diri kita.. Manalah tau ada benda yang kita buat membuatkan rezeki kita mahal. Adakah kita tidur selepas subuh? Nabi pernah bersabda, tidur lepas subuh mewarisi kepapaan, tidur selepas asar mewarisi kegilaan. Nabi yang cakap tu beb, bukan aku.. Tapi ada pula sebahagian dari kita ni bila di tegur, "rezki kau susah masuk sebab kau tidur selepas subuh bah".. Pandai la pula menjawab, "eh, si anu tu tidur lepas subuh, gaji 5, 6 ribu juga.. dapat rumah lagi." uuuuuiii.. pandai menjawab.. Tapi cuba tanya orang tu, cukup ka gaji dia tu?? Orang murah rezki ni biasanya bersyukur dengan apa yang ada..

tekanan sebab dapat kerja gaji murah (sebelumnya 2 ribu lebih)

Biar pun sebelum ni dia kerja gaji juta2, tiba2 sampai masa dapat kerja gaji 300 ja.. Takda masalah semua tu sekiranya kita tergolong dalam golongan orang murah rezki.. Kita kaya bukan sebab duit, kita kaya sebab Allah.. Kalau aturan nabi pun tak ikut macam mana mau kaya? Terlalu biasa dengan kemewahan begitulah jadi.. Ada juga sebahagian orang tu cakap gini, "mahathir tu bangun kalau mau pi kerja ja (maksudnya tidur lepas subuh), kaya juga tu." Ya ka kaya? macam mana kau tau? Kau jaga hidup dia ka? Mau cakap bodoh, tak boleh juga.. Nak juga melawan ajaran nabi semata-mata untuk puaskan nafsu sendiri..

Pasal berkat ka tak rezki tu pula.. Kalau kita tak ikut ajaran dan aturan yang di tetapkan Allah dan Rasul, rasa2nya berkat tak rezki kita? Misalnya kita dapat gaji dalam 2 ribu lebih gitu.. Tapi subuh tak solat, zuhur tinggal, asar buat tak tau, maghrib tak di pandang langsung, isyak lagi la macam takda ja solat isyak tu.. Berkat kat? Cuba cari orang gitu yang gaji dia lebih kurang gitu.. Aku dengan konfidennya kata, orang gitu takkan dapat simpan duit.. Sebab rezki tak berkat.. Rezki tu dari siapa? Bos? General manager? wakil rakyat? pm? TIDAK!!! Rezki tu dari ALLAH. Betul?

Ni pula baru2 ni aku ada dengar seorang bodoh cakap gini, "wain (arak) tu ada bah yang halal.." wah.. arak halal? Entah apa yang dorong dia kata gitu.. Kalau dia kata arak syurga tu halal ok la.. ni arak dunia.. Ada ka arak halal? kalau gitu, babi halal pun ada la kan.. hmm.. orang jenis apa tu? Aku dengar orang tu kata dengan orang lain untuk kongsi pengetahuan la konon.. Aku pun yang tak brapa pandai ni menyampuk, "asal ko minum bikin mabuk tu haramlah".. Lepas tu tau apa orang tu kata? "ai, ko minum air pun boleh mabuk bah.." Bodoh betul... Minum air mabuk? Entah dia tu bodoh ka apa.. First time pula ku dengar minum air mabuk.. Kalau setakat pening2 atau kembung perut sebab terlebih minum tu memang biasa la.. Ni mabuk pula?


singgarung (arak halal? No..)

Aku tak puas hati sebab yang orang tu berkongsi 'informasi' tu kepada saudara baru.. Ada ka patut di beri tau saudara baru tu arak ada yang halal.. Kalau sendiri sesat takpa.. jangan menyesatkan orang lain pula.. Nasib baik la aku dengar masa tu.. kalau tak, kesian la saudara baru yang baru mula mengenal islam tu.. Takda niat di hati nak puji diri, cuma kesian dengan saudara baru kita..

Wallahualam..

No comments: