Friday, October 31, 2008

Syukuri pemberian Allah

"Kau tingu urang paling hensem di sini", ayat tu biasa kita dengar dari mulut manusia-manusia yang perasan..haha... Rupa diri kita adalah pemberian dari Ilahi.. hensem ka, hodoh ka tu semua Allah dah tetapkan. Kita sebagai hamba yang beriman wajib bersyukur dengan pemberianNya. Tapi ada juga yang tak bersyukur tau.. Nak lawan Allah?? Gila ka?? Sapa kita hah??

Firman Allah dalam surah al-a'raf ayat 144 :
"sebab itu, berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur."


"besukur la kamu nak", kata orang dusun kalau anak dia rasa tidak puas hati dengan apa yang ada.. syukur.. Bilal tu hitam pekat tetap juga bersyukur dengan rupanya.. dia x pentingkan pun tubuhnya.. sebagai bukti ketika beliau di seksa oleh tuannya.. di hempap batu lagi bah di atas badan dia.. kena kasi baring di padang pasir lagi tu.. aduiii... kalau aku mungkin nda tahan 0oo.. tapi saidina bilal, apa dia kata? "ahad..ahad..ahad.." tak henti-henti.. bukan hari ahad.. nanti orang kristian buat dalil pula.. ahad beerti Esa.. Allah Yang Maha Esa atau satu, tiada dua, tiada juga tiga.. Lihat, bilal bin rabah dapat pisahkan rohani dari jasmaninya.. tak peduli dah nak seksa, seksa la.. yang penting hati beriman pada Allah yang satu...

Daripada contoh tersebut dapat la kita agak apa mesej yang ada, ye tak?? apa mesej yang ada?? mesej cinta?? yaa.. mesej cinta...cinta kepada siapa?? kepada Allah.. bukan cinta memBABI buta kepada manusia sampai tak boleh hidup la kono' kalau nda dapat seorang perempuan tu.. pa gitu tu... syirik... macam lagu indon tu la.."aku yang lemah tanpamu.........." lemah tanpa seorang manusia... Buduh... Bangal... sepatutnya cinta kita sepenuh hati kepada Allah s.w.t... Allah yang cipta kita kan.. manusia macam tu la yang tak tau bersyukur... dia lupa sudah sapa cipta dia..

Ok lupakan la tu.. berkaitan dengan tajuk mari kita lihat beberapa contoh terbaik masa zaman dahulu.. 'Atha bin rabah kenal?? sapa tu?? yaa..dia la ulamak terkenal di dunia pada zaman dia walau pun beliau ni seorang yang hitam berabis, hidung pesek, lumpuh lagi, botak lagi tu.. tapi terkenal.. takda pun orang pandang fizikal dia.. kita lihat lagi ahnaf bin qais, sapa pula mamat ni?? kenal?? ni orang bijak datang dari Arab.. sungguh bijak.. memang ramai suka dengan dia walaupun dia kurus betul..dada pun cekung, tau cekung?? dada yang nda bidang la bah.. kedua kaki beliau pun melengkung.. tubuh lagi lemah-lemah.. macam aku la.. cuma aku ni nda bijak.. tapi beliau terkenal.. ada orang peduli rupa zahir dia?? takda.. siapa lagi?? a'masy kenal?? siapa juga tu?? beliau tu seorang yang terkenal dgn ilmu hadis yang di milikinya.. memang tahap dunia la..world..tu baru world.. walaupun beliau ni rabun, fakir, baju pun koyak rabak, tempang lagi, rumah pun buruk betul.. tapi terkenal seluruh dunia.. bukan main2 tu..

kita ni janganlah angkuh sangat dalam hidup.. walau pun kamu ni hensem ka, cantik ka, kaya ka, kuat ka, tegap ka, bijak ka, peduli apa aku sama kamu... aku tau la juga aku ni nda hensem, macam cina lagi, mata sepet lagi, lemah badan.. TAPI!!! Alhamdulillah.. Aku di beri semua ni.. Allah dah beri, maka aku wajib terima dengan redha la kan..kan.. nilai seorang manusia bukan terletak pada zahir juga.. tapi pada potensi diri, ilmu, amalan dan akhlak.. biarkan mereka hina fizikal kita yang penting JANGAN mereka pandai-pandai menghina islam..


Lihat firman Allah dalam surah Zukhruf ayat 32:
"Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia."

Jadi yang tak berapa cantik dan tak berapa hensem tu jangan la pandai-pandai buat pembedahan plastik.. Allah murka dengan orang gitu.. tengok si maikel jekson tu.. pa jadi dengan muka dia?? eiiiiiii.... macam zombi sudah.. aku tengok muka dia masa hitam tu lagi hensem... tulah tak pandai bersukur punya orang.. minta-minta la Allah tak jadikan aku ni jadi orang yang tak bersyukur.. diriku..awas diriku...

Wallahualam....

Thursday, October 30, 2008

Rupa

Lihat gambar di sebelah ni.. kamu pasti akan nampak perbezaan dari segi rupa zahir.. nampak ka? tiap orang ada rupa tersendiri. ada hensem, ada hodoh, ada kurus, ada gemuk, ada hitam, ada putih, dan macam-macam lagi. Ada juga yang macam cina tapi tak reti cakap cina. ada tu.. mata sepet tapi sekali tengok bagi salam pula kat orang. Orang pun ragu-ragu nak jawab samada nak jawab salam penuh ka atau sekadar alaikum saja. Maklumlah sekarang ni orang non muslim pun pandai ucap salam. Tak percaya?? wuii.. banyak wooo..tak pecaya ka? kalu tak pecaya tanya la aku.. hehe.. muka aku ni memang macam orang cina. sebab datuk sebelah mak aku dari cina kan.. mungkin gen mak aku kuat sebab tu muka jadi cina. Aku tak kisah pun muka aku ni cina ka, jepun ka, benggali ka, pilipin ka, negro ka, aku tak kisah suma tu. tapi yang peliknya, mungkin ujian bagi aku juga la, banyak betul orang permainkan aku sebab mukaku yang macam cina ni.. Aku pergi masjid orang heran. Aku duduk belajar agama sama-sama, mesti ada orang cakap, "kau ni cina ka?".. aku jawab satu ja.. "ya".. kalau ada lagi yang 'kejam' sikit ada yang kata, "sini bukan tempat kau ni, tokong di sana".. memang geram juga la kena cakap gitu.. sabar ja la.. aku jawab, "orang cina tak boleh islam ka? cina semestinya kafir ka? cina mesti masuk neraka ka? islam ni untuk kau saja ka yang bermuka 'melayu'?".. fikir sendiri la juga kan.. puas dah jumpa orang macam tu.. ada juga seorang sahabat ni masa mula-mula kami kenal dia heran bila aku bagi salam. Allah syeikh, buat apa mau heran.. dah aku bagi salam, terima la aku sebagai islam. kan kita di larang mengatakan seseorang itu kafir selagi kita belum jelas kekafirannya.. kita sendiri jadi kafir bila mengkafirkan orang.. beranggap baiklah sesama kita. Ops.. mesti ada orang cakap aku ni marah, meluah perasaan. Tidak syeikh.. aku cuma berkongsi.. sebab harap2 lepas ni kalau ada orang yang macam aku juga janganlah di ragui keislaman dia kalau dia dah ucap salam ka, dia ikut solat jemaah ka, dia ikut belajar agama ka.. kesian dia.. kecik hati dia.. aku takpa la.. dah biasa.. mula-mula rasa kecik hati juga. Tapi bak kata melayu, "alah bisa tegal biasa".. Kalau kamu menganggap aku ni cina ja memang aku tak kisah.. aku akui lagi.. tapi kalau dah tahap menganggap cina tu semestinya kafir tu yang tak best tu.. kesian Ustaz Ayub, kesian ustaz Yahya yang dari cina tu.. Orang cina juga tapi Islam.. Lagi taat, lagi kuat ibadah diorang dari kamu yang bermuka 'islam' tu..

Ops.. dah terlebih dah ni agaknya.. bukan marah ya.. cuma berkongsi.. kalau bukan aku yang sakit hati, mesti ada juga yang terasa. Kita juga nak semua umat islam di dunia ini bersatu.. Jadi kena jaga la hati sesama kita..Ada apa-apa tak puas hati dengan posting ni sila komen di email ya.. Ingat ungkapan kita setiap hari ialah "Takbir!!!" bukan "Takbur!!!".

Wallahualam...

Wednesday, October 29, 2008

Grand Livina (Nissan)

Tau tak ni kreta apa?? wuiyooo..grand livina wooo... punya best bawa kreta ni.. pecaya?? klo nda pecaya tanya aku...hehe... beeeesstt... laju pla tu.. nak tekan clutch pun wuii lembutnyeee... apa orang panggil?? smooth klo tak silap.. tukar gear pun siokk.. memang mantap la.. paling best klo sebelum kita pandu kita baca doa naik kenderaan atau sekurang-kurangnya pun baca ja basmalah.. wuii.. lagi la dapat pahala..hehe..betul kan... masuk tandas pun klo sebelum masuk baca doa dapat juga pahala walau pun tempat tu kotor... semua jadi ibadah berlaka.. tapi jangan pla mencuri baca basmalah trus jadi ibadah konon.. takda gitu.. segala perkara terlarang dah Allah jelaskan dalam Qur'an..jadi jangan pandai-pandai buat dalil baru.. klu darurat betul ja bleh mencuri, bukan mencuri, cuma ambil skit saja sekadar bleh kenyang.. jangan pla darurat konon terus pi curi guna lori.. tu cari nahas namanya... jadi agak-agak juga la ya.. berfikir guna dalil yang sah..rujuk Qur'an, hadis, ulamak2, ijmak dan qias.. jangan pandai-pandai buat dalil baru.. sia-sia ja hidup dan mati kita.. owh, lupa pla aku.. kreta ni aku guna masa nak ambil budak skolah di tldm.. sebenarnya guna viva ja sebelum ni.. memandangkan viva rosak, maka terpaksa bosku bagi guna kreta nissan dia..hehe.. dapat juga merasa..

ni aku kasi masuk lagi gambar2 grand livina ni.. selamat membeli...

































macam taik-taik ja...haha..

Ujian!!

"Aduiii ging, bisuk ada ujian elektronik kuasa pula..ndadaku blajar lagi ni ging.. abis laa" ungkapan ini biasa kita dengar dari pelajar2 skolah, ipta, ipts dan sebagainya.. ia berkaitan dengan ujian... apa itu ujian?? adakah upsr, pmr, spm dan sebagainya tu ujian?? adakah demam itu ujian?? adakah juga kemiskinan itu ujian?? ada seorang ustaz yang mantap dari segi ilmu agamanya mengatakan "HIDUP INI UJIAN", betul ka?? jadi kalau begitu sakit, sihat, lapar, kenyang, susah dan senang itu adalah ujian semata-mata. kita renung satu firman Allah dalam Al-qur'an yang lebih kurang maksudnya, tidak di katakan beriman salah seorang dari kamu sehingga ia di uji. surah apa dah tu?? lupa..tapi memang ada la kan... cuba kita tengok orang kaya, yb-yb, menteri-menteri semua, adakah mereka itu tidak di uji?? mereka tu di uji la kan.. di uji dengan harta yang banyak.. dari mana sumber mereka dapat dan ke mana harta itu akan di salurkan.. semuanya ujian berlaka..

Ada pernah ku terbaca dalam satu artikel, ujian ni ada peringkatnya.. makin dekat kita dengan Allah atau makin tinggi darjat kita di sisi Allah, ujian yang kita hadapi makin sukar.. tenteramkanlah hati kita dengan janji Allah dalam ayat terakhir surah al-baqarah tu.. ingat tak?? Allah tak beri ujian pada hambaNya melainkan atas kemampuannya.. jadi maknanya, bertapa sukar pun ujian yang kita dapat, yakinlah kita pasti dapat atasi.. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun terhadap hamba-hambaNya.. marilah sama-sama kita sentiasa menadah tangan memohon ampun pada Allah terhadap dosa-dosa yang pernah kita lakukan.. Allah paling suka dengar suara hamba yang merintih dan mengadu padaNya.. Dan jangan lupa juga sama-sama kita istiqamah dalam melakukan amal ibadah..

Jadi tu ja la aku dapat kongsi untuk kali ni.. aku tau banyak lagi yang mantap-mantap ilmunya dariku... ilmu aku ni macam setompok jerawat ja..skit sangat.. jadi klu ada tersilap fakta atau kata-kata sila la komen...

wallahualam...

Monday, October 27, 2008

Majlis Raya Concern (gabungan NGO Islam)

wah..rezki..rezki... jimat lagi duit hari ni... ada lagi rumah terbuka pula.. kali ni rumah terbuka ngo2 islam sabah... abim ada, jim ada, usia ada, sahabat ada, yayasan amal pun ada.. juga di hadiri oleh pengarah jakim sabah.. tapi rumah terbuka ni uniq skit.. di mulakan dengan diskusi isu2 semasa di mana antara ahli panelnya ustaz bongsu.. ada yg dia 'terlepas' cakap agaknya masa dia menjawab soalan pendengar tu... yang aku ingat la kan dia kata gini, "kalau orang kristian naikkan salib, kita naikkan la bulan.....bulan sabit la..."hehe.. dia silap le tu agaknya..lepas jamuan sempat juga kami tapau skit makanan untuk makan di rumah..Alhamdulillah x juga lapar....hehe...

kiutnya budak ni..

orang kuat ni...jangan cari pasal..bahaya..hehe

wuii samseng...

ni tengah forum ni...nampak ustaz bongsu???

upacara makan nasi bariani...hehe..

ni otai-otai ni terutama yang tengah tu..

Ahli-ahli panel simpanan...
Wassalam...

Program Pengukuhan Akidah

25-26hb oktober 2008 - masjid Al-Buraqi

Kamu tau?
Tau ka?
Tak tau?
Tak tau takpa.. mari aku crita skit.. ko tengok tarikh dan tempat di atas tu.. nampak?? haaah.. masa tu aku ada ikut program pengukuhan akidah tau..pesertanya terdiri daripada orang-orang kampung tenggiling, pensiangan...banyak juga yang ikut tau... best juga kuliah2 yang di bagi.. banyak benda yang sebelum ni aku nda tau dapat dalam kuliah2 tu yang di sampaikan oleh penceramah2 yang tinggi ilmu pengetahuannya.. tapikan masa 25hb tu patutnya datang dalam jam 8 gitu.. hujan lebat geng sampai petang.. terlepas aku dua kuliah tau..ciss... takpa..takpa.. aku datang dari Pejabat Pemuda PAS guna mutur bah.. tu yang susah mau jalan tu.. kira2 jam 2 gitu hujan redah skit.. trus rempuh ja.. abis basah bajuku.. ada kawan juga ikut.. abis basah kami.. sampai2 ja masjid, maka kedengaranlah "Allahuakbarullaaaaaaaaaaaaaahuakbar"... azan asar le.. lepas tukar baju kami pun solat.. lepas solat tu, sempat lagi bercerita skit dengan imam masjid tu.. baik juga imam tu.. di kongsinya kami amalan hariannya.. antaranya, tiap lepas solat zikir subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, laa ilaha illallah 1x.. dalam sehari mesti 1000x..sentiasa baca ayat qur'an atau surah yang di hafal agar tidak hilang dari ingatan.. gitu la lebih kurang.. malam tu memang best bila ustaz hafiz bagi ceramah.. esoknya lepas subuh ustaz azam pla.. lepas tu kak sri lagi bagi ceramah.. lepas tu ustaz star dan abang irul.. dan akhirnya di tutup dgn upacara pengukuhan janji diri... antara yang ikut dari mula tu ada juga yang kantoi last2.. tak nak ni angkat baiah.. mungkin durang takut la tu langgar janji kelak.. takpa la.. bagi durang berfikir dulu bah..tapi last2 durang ikut juga.. kami balik ke pejabat pemuda kira2 jam 5 gitu.. hujan lebat lagi ni.. habis basah...tapi takpa la..berbaloi juga dapat banyak ilmu..

Wallahualam...

ni ja gambar2 yang aku kasi masuk:


macam muka pengganas ni..


ni sesi suai kenal ni..


ni kami-kami la ni...kena cuci ni..


kusyuk dengar kuliah..tapi ada juga garu blakang..

Saturday, October 25, 2008

Hujan Oh Hujan


ni tangkap dengan henpon aku ni..

"Hujan oh hujan, mengapa engkau turun??

macam mana aku tak turun, katak panggil aku.."

nilah lagu kanak-kanak yang sering kita dengar di dendangkan suatu masa dahulu.. tapi skarang dah takda dah.. susah dah nak dengar budak-budak nyanyi lagu ni skarang.. zaman moden la katakan...



lebat lagi ni hujan...

skarang nikan dalam seminggu ni asyik hujaaaaan je petang tau.. abis basah je ana tiap kali pulang.. chewah mengeluh nampak... takpalah.. hujan tu rahmat Allah.. skarang nikan cuaca dunia terlalu panas untuk kita.. jadi bersyukurlah jika Allah bagi hujan.. manusia ni ada yang pelik sikit.. Allah bagi cerah, marah sebab panas.. Allah bagi hujan, marah juga sebab basah.. jadi nak mana satu ni manusia, hah?? redhalah dengan pemberian Allah.. terima apa yang Allah bagi kat kita.. panas baik, hujan pun baik.. Allahuakbar..

ni sebenarnya aku nak pi program tamrin ni di masjid tuaran.. sangkutlah pla dengan hujan.. takpa..ujian.. Allah nak tengok ni aku akan patah semangat nak pi ka tak.. sabar yus, sabar... insyaAllah jap gi hujan berhenti la ni.. aku guna motor bah pi sana.. mau pi kk lagi kejap pi bank in duit di bank islam.. ini perjuangan, ye tak?? hehe.. k tu ja..
wallahualam..

wassalam..

Friday, October 24, 2008

Hari konvokesyen..

Pada 32hb 13 2008 di dewan Jubli Gangsa Poliklinik, akhirnya aku telah di tauliahkan sebagai graduan diploma. Hari itu ibuku hadir untuk meraihkanku. Tau tak ibuku datang jauh dari sandakan hanya semata-mata nak lihat anaknya ini menerima diploma. Untuk bayaran konvo ni pun beliaulah juga bayar. Habis duitnya untuk jalan-jalan di sandakan untuk bayar konvo. Aku sebenarnya tak nak dah tu ikut konvo sebab kesuntukan duit. Tapi ibuku kata "nanti mama kirim duit masuk dalam bankmu, sekali ja tu dalam seumur hidup, mama mau juga tingu mu konvo".. dekat mengalir air mataku.. sanggup ibu keluarkan hampir semua duitnya yang ada untuk enjoy di sandakan dengan kakakku semata-mata nak aku ikut konvo.. satu ja aku nak luahkan dengan ibu.. "Saya Sayaaaaang ibu"..tapi tak dapat.. harap-harap satu hari nanti dapatlah..
aku dengan ibunda tercinta


dengan wakil umno dun sepilok

dengan geng2 kelas


posing sebab bosan dengar ceramah


dengan imam besar, samsul as-sandakani



dengan syurkowi



hasrul, zack papar, aku dan hamid


sayangnya ada sebahagian sahabat lain tak dapat bergambar bersama.. banyak yang menghilang entah ke mana.. semoga dengan diploma yang tak seberapa ni dapat la aku cari kerja yang baik, nak bagi senang ibu ler... tak nak hampakan beliau.. saya Sayaaaaaang ibu...

Permata Hatiku..


Ini adalah ibuku.

Ibuku..
walaupun aku sering menyakiti hatimu
dengan kata-kata dan kelakuanku
namun engkau sering maafkan kesalahanku

Ibuku..
biarpun engkau tahu
aku tidak dapat memberimu harta
namun engkau menerimaku seadanya

Ibuku..
engkau kelihatan sudah tidak bertenaga
namun engkau masih tetap terus bekerja
dengan lebihan kudrat yang ada
agar aku tidak lapar di dunia
agar auratku di tutupi dengan pakaian yang elok dan indah

Ibuku..
dapatkah aku membalas jasamu?
dapatkah aku membuatmu hidup senang lenang?
dapatkah aku mencukupkan makan minummu?
mampukah aku melebihkanmu dari orang lain?

Ibuku..
ko mohon ampun dan maaf padamu
atas segala salah dan silap lakuku
aku berjanji padamu wahai ibu
akan menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakanmu
agar engkau mendapat di dunia dan akhirat.

Monday, October 20, 2008

Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua.

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga banyaknya kepada Allah S.W.T, robbil 'aalamiin kerana telah memberikan saya masa dan peluang lagi untuk menaip nukilan ringkas ini.

Selawat dan salam di ucapkan kepada Rasul junjungan, Muhammad s.a.w di mana baginda telah bersusah payah mengajarkan kita islam dan mencintai kita hingga akhir hayatnya. "....ummati..ummati...ummatiii" inilah perkataan yang terakhir di lafazkan oleh baginda rasul s.a.w ketika malaikat maut mengambil jiwanya sebagai tanda berakhirlah kerja baginda di muka bumi ini. Dan selawat dan salam juga kepada para sahabat nabi s.a.w serta keluarga baginda yang banyak membantu untuk menyebarkan islam di muka bumi ini.

Seperti yang kita tahu, semua manusia di dunia ini adalah pemimpin termasuk diri kita sendiri. Tidak kira siapa dia, apa pekerjaan dia, apa pangkat dia, miskin atau kaya, orang veteren atau kanak-kanak, raja atau hamba, semua adalah pemimpin. Sebagai contoh, makcik cleaner yang bertugas mencuci tandas, saya kata makcik tu pemimpin, percaya tak?? Tengok apa kerja makcik tu. Ada di kalangan kita ni masuk tandas 2, 3 jam, siap ada bau busuk lagi, tapi bila nak keluar tiada pun bunyi flash tandas kedengaran di tarik, di tinggal saja udang kuning tu melepak atas mangkuk tandas tersebut. Sekurang-kurangnya siramlah taik tu masuk dalam lubang. Ini tak, tahu buang je. ops.. bukan itu yang saya nak cakapkan. Seandainya ada kejadian macam itu berlaku, siapa yang akan jadi kuli bersihkan sisa toksik tersebut?? makcik cleaner tadi kan. Cuba lihat makcik tu apa dia buat?? Mesti anda lihat dia sedang pimpin taik tu masuk dalam lubang tandas dengan bersungguh-sungguh. Lihat!! Jelas bukan apa pun pekerjaan kita, kita ni tetap adalah pemimpin. Walaupun jadi tukang sapu ka, mekanik ka, nelayan ka, pekerja restoran ka, kerja pejabat ka, semua adalah pemimpin. Jadi janganlah kita merasa rendah diri dengan kerja yang kita buat.

Sekian saja sedikit perkongsian yang boleh kita renungi dan kongsi bersama. Agar dapat sedikit kebaikan daripada apa yang saya nukilkan. Wallahualam!!