Monday, October 20, 2008

Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua.

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga banyaknya kepada Allah S.W.T, robbil 'aalamiin kerana telah memberikan saya masa dan peluang lagi untuk menaip nukilan ringkas ini.

Selawat dan salam di ucapkan kepada Rasul junjungan, Muhammad s.a.w di mana baginda telah bersusah payah mengajarkan kita islam dan mencintai kita hingga akhir hayatnya. "....ummati..ummati...ummatiii" inilah perkataan yang terakhir di lafazkan oleh baginda rasul s.a.w ketika malaikat maut mengambil jiwanya sebagai tanda berakhirlah kerja baginda di muka bumi ini. Dan selawat dan salam juga kepada para sahabat nabi s.a.w serta keluarga baginda yang banyak membantu untuk menyebarkan islam di muka bumi ini.

Seperti yang kita tahu, semua manusia di dunia ini adalah pemimpin termasuk diri kita sendiri. Tidak kira siapa dia, apa pekerjaan dia, apa pangkat dia, miskin atau kaya, orang veteren atau kanak-kanak, raja atau hamba, semua adalah pemimpin. Sebagai contoh, makcik cleaner yang bertugas mencuci tandas, saya kata makcik tu pemimpin, percaya tak?? Tengok apa kerja makcik tu. Ada di kalangan kita ni masuk tandas 2, 3 jam, siap ada bau busuk lagi, tapi bila nak keluar tiada pun bunyi flash tandas kedengaran di tarik, di tinggal saja udang kuning tu melepak atas mangkuk tandas tersebut. Sekurang-kurangnya siramlah taik tu masuk dalam lubang. Ini tak, tahu buang je. ops.. bukan itu yang saya nak cakapkan. Seandainya ada kejadian macam itu berlaku, siapa yang akan jadi kuli bersihkan sisa toksik tersebut?? makcik cleaner tadi kan. Cuba lihat makcik tu apa dia buat?? Mesti anda lihat dia sedang pimpin taik tu masuk dalam lubang tandas dengan bersungguh-sungguh. Lihat!! Jelas bukan apa pun pekerjaan kita, kita ni tetap adalah pemimpin. Walaupun jadi tukang sapu ka, mekanik ka, nelayan ka, pekerja restoran ka, kerja pejabat ka, semua adalah pemimpin. Jadi janganlah kita merasa rendah diri dengan kerja yang kita buat.

Sekian saja sedikit perkongsian yang boleh kita renungi dan kongsi bersama. Agar dapat sedikit kebaikan daripada apa yang saya nukilkan. Wallahualam!!

No comments: