Thursday, October 30, 2008

Rupa

Lihat gambar di sebelah ni.. kamu pasti akan nampak perbezaan dari segi rupa zahir.. nampak ka? tiap orang ada rupa tersendiri. ada hensem, ada hodoh, ada kurus, ada gemuk, ada hitam, ada putih, dan macam-macam lagi. Ada juga yang macam cina tapi tak reti cakap cina. ada tu.. mata sepet tapi sekali tengok bagi salam pula kat orang. Orang pun ragu-ragu nak jawab samada nak jawab salam penuh ka atau sekadar alaikum saja. Maklumlah sekarang ni orang non muslim pun pandai ucap salam. Tak percaya?? wuii.. banyak wooo..tak pecaya ka? kalu tak pecaya tanya la aku.. hehe.. muka aku ni memang macam orang cina. sebab datuk sebelah mak aku dari cina kan.. mungkin gen mak aku kuat sebab tu muka jadi cina. Aku tak kisah pun muka aku ni cina ka, jepun ka, benggali ka, pilipin ka, negro ka, aku tak kisah suma tu. tapi yang peliknya, mungkin ujian bagi aku juga la, banyak betul orang permainkan aku sebab mukaku yang macam cina ni.. Aku pergi masjid orang heran. Aku duduk belajar agama sama-sama, mesti ada orang cakap, "kau ni cina ka?".. aku jawab satu ja.. "ya".. kalau ada lagi yang 'kejam' sikit ada yang kata, "sini bukan tempat kau ni, tokong di sana".. memang geram juga la kena cakap gitu.. sabar ja la.. aku jawab, "orang cina tak boleh islam ka? cina semestinya kafir ka? cina mesti masuk neraka ka? islam ni untuk kau saja ka yang bermuka 'melayu'?".. fikir sendiri la juga kan.. puas dah jumpa orang macam tu.. ada juga seorang sahabat ni masa mula-mula kami kenal dia heran bila aku bagi salam. Allah syeikh, buat apa mau heran.. dah aku bagi salam, terima la aku sebagai islam. kan kita di larang mengatakan seseorang itu kafir selagi kita belum jelas kekafirannya.. kita sendiri jadi kafir bila mengkafirkan orang.. beranggap baiklah sesama kita. Ops.. mesti ada orang cakap aku ni marah, meluah perasaan. Tidak syeikh.. aku cuma berkongsi.. sebab harap2 lepas ni kalau ada orang yang macam aku juga janganlah di ragui keislaman dia kalau dia dah ucap salam ka, dia ikut solat jemaah ka, dia ikut belajar agama ka.. kesian dia.. kecik hati dia.. aku takpa la.. dah biasa.. mula-mula rasa kecik hati juga. Tapi bak kata melayu, "alah bisa tegal biasa".. Kalau kamu menganggap aku ni cina ja memang aku tak kisah.. aku akui lagi.. tapi kalau dah tahap menganggap cina tu semestinya kafir tu yang tak best tu.. kesian Ustaz Ayub, kesian ustaz Yahya yang dari cina tu.. Orang cina juga tapi Islam.. Lagi taat, lagi kuat ibadah diorang dari kamu yang bermuka 'islam' tu..

Ops.. dah terlebih dah ni agaknya.. bukan marah ya.. cuma berkongsi.. kalau bukan aku yang sakit hati, mesti ada juga yang terasa. Kita juga nak semua umat islam di dunia ini bersatu.. Jadi kena jaga la hati sesama kita..Ada apa-apa tak puas hati dengan posting ni sila komen di email ya.. Ingat ungkapan kita setiap hari ialah "Takbir!!!" bukan "Takbur!!!".

Wallahualam...

No comments: