Thursday, August 13, 2009

Pergi Tak Kembali

13.08.2009 (Khamis)

Terkejut juga aku terbaca tadi (12.45) di harakah.

"Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia" Harakah..


Allayarham yang di gelar pahlawan nasyid kini sudah genap 40 tahun telah 'pergi tak kembali' meninggalkan kita. Innalillahi wa'innaa ilaihi roji' uuuun... Aku paling minat lagu beliau yang 'pergi tak kembali' tulah.. Memang best.. Di gabungkan lagi dengan muzik yang rancak dan bersemangat.. Fuiyoo..

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. Harakah

Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Allayarham semoga roh beliau di tempatkan di tempat orang2 yang soleh.. Baktinya dalam dakwah terutama dalam lagu2 yang di bawa memang tidak dapat di lupakan. Malah beliau mendapat gelaran ulamak nasyid daripada penasyid2 tanah air kita yang lain kerna beliau di jadikan tempat rujukan lagu nasyid mahupun pengetahuan agama..

Mari kita hayati sikit lagu ni..

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Kita pula bila? Mungkin Tahun depan, atau pun bulan depan, tak pun minggu depan, atau mungkin juga esok, tak pun seminit kemudian atau selepas habis baca posting ni.

Wallahualam.. Beramal dan bertaubatlah selagi kita ada masa..

No comments: