Wednesday, July 22, 2009

Hati Kotor? Nak bersihkan?

Hati adalah bahagian paling penting dalam diri kita. Kerja secara fizikalnya adalah membersihkan racun dalam badan. Sekiranya Allah tidak jadikan hati kita, apa akan jadi? Brapa banyak dah 'racun' kita makan? Makanan2 rapuh, minuman2 ringan, pewarna2 kuih muih, makanan basi dan sebagainya. Wah, banyak dah tu. Kalau tiada hati untuk cuci segala 'racun' tersebut apa akan jadi pada badan kita? "lu pike la sendiri asalmekom", kata si nabil.
Anatomi Hati

Ada hadis rasulullah yang menyatakan tentang kepentingan hati kepada manusia.

“Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati .”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Ni pesan Rasulullah kepada kita. Hati bukan saja berfungsi untuk bersihkan hati malah ia juga sebagai 'penggerak' kepada manusia. Selalu orang kata, "kalau ikutkan hati, aku tonjol2 kepala si anu tu dengan penyapu." Kenapa hati? kenapa tak ikut kepala ka, mata ka, otak ka, tangan ka, paru2 ka? Ada lagi satu tu, "dari mata turun ke hati." Ke hati saja? kenapa tak ke kaki terus? Penting juga hati nikan. Kalau kita tak jaga, memang habis la kita. Neraka Allah bukan main2. Nak try masuk neraka? Cuba try bakar dulu jari tu guna penunu bunsen, hah! "Nda kau teriak" kata urang sabah. Ni aku ada dapat tips cara bersihkan hati dari Dr Fadhilah, nak? tak nak? Aaaah, aku nak juga kongsi. Mungkin ada yang pernah dengar sebelum ni. Yang dah terbaca atau dengar, sama2 la kita cuba buat. Kalau yang belum tu, mari kita sama2 baca.

Petua Mencuci hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.

Ok tak? Mari la sama2 kita cuba ya. Kalau tak dapat semua pun, ambil satu ja la. Cuba istiqamah. Allah amat suka amalan yang sedikit tapi istiqamah daripada amalan yang banyak tapi sehari dua ja terus tak buat lagi. Kalau hati kita bersih, Allah suka, makhluk Allah pun turut suka.

Wallahualam.

No comments: