Thursday, July 9, 2009

Nafsu VS Akal

Assalamualaikum wbt..

Nampaknya lama betul suda ku tak update blog. Masa aku taip posting ni kan, perut aku lapar betul ni. Lemah juga manusia nikan. Kalau tak makan, menggigil dah badan. Padahal pagi tadi baru pekena roti telur di restoran mamak. Tapi tulah, manusia ni walaupun sedar diri tu lemah, tapi masih juga nak melawan Allah yang Maha Kuat. Kenapa gitu ya?? Padahal jika Allah nak kiamatkan dunia sekarang ni pun Allah boleh buat. Tapi manusia ni (diri aku) masih juga berat nak solat, pandang benda tak baik, dengar perkara2 keji, makan makanan yang haram dan macam2 lagi. Begitulah hakikat manusia kalau hati tak di selaputi iman dan takwa (macam aku). Allah beri nikmat banyak mana pun sehingga tak terhitung banyaknya, tapi bila Allah beri sikit ujian dah buruk sangka dengan Allah. Pelik kan.. Punya banyak Allah bagi nikmat, tapi bila di bagi sikiiiiit ja bah ujian terus dah tak nampak nikmat Allah. Kenapa gitu tu ya?? "Lu pike la sendri asalmekom" kata si nabil.. haha..


Baru tadi aku terdengar kuliah di radio sabah fm (baguuus bah).. Ustaz tu kata, "apabila Allah ciptakan akal, Allah perintahkan akal memaling ke arahNya. Allah berfirman kepada akal, 'wahai akal, siapakah engkau dan siapakah Aku?', Akal menjawab, 'Engkaulah Tuhanku dan aku hambaMu'. Allah berfirman lagi, 'wahai akal, engkaulah makhluk yang terbaik yang Aku ciptakan'.".. Wah.. Cuba ko renung2 bah ging (bahasa kasar sikit).. Punya bagus akal nikan.. kalau kita guna akal sebaiknya, kita ni la makhluk yang paaaaaaaling bagus, malah lebi bagus dari para malaikat.. Uinaaa.. dapat masuk syurga wooo geng.. Kekal lagi tu kita dalam syurga terus sampai bila2.. Kalau di dunia ni manada la kekal.. Hari ni pun kita bole mampos..

Ada lagi tu ustaz sambung, kata dia lagi "tatkala Allah ciptakan nafsu, Allah perintahkan nafsu memaling ke arahNya. Tapi nafsu memaling ke arah lain. Allah berfirman, 'wahai nafsu, siapa engkau dan siapa Aku?', jawab nafsu, 'aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.' Kemudian Allah siksa nafsu tu 100 tahun dalam neraka. Selepas seratus tahun Allah tanya lagi soalan yang sama. Nafsu Tetap menjawab dengan jawapan yang sama. Allah siksa lagi nafsu 100 tahun. Nafsu tetap berdegil dengan jawapannya. Sehingga Allah siksa nafsu 100 tahun lagi, barulah nafsu menjawab, 'aku adalah hambaMu dan Engkau adalah Tuhanku'." Huiyoooo.. 300 tahun di siksa dalam neraka baru hilang degilnya.. Jahat nafsu nikan.. Tapi kita ni banyak ikutkan nafsu.. Makan ikut nafsu, pakaian ikut nafsu, rumah ikut nafsu, dan semualah ikut nafsu.. Degil kita ni.. Nak Allah siksa kita dalam neraka ka?? Tak takut?? Tak sakit ka kena bakar?? Cuba dulu bah ko test bakar jari ko tu pakai penunu bunsen, tengok tebakar ka nda.. Tu baru api dunia. Api akhirat ni berkali-kali ganda panas dari api neraka. Nak try?? Aku tak nak woo.. Takuuuut..

Aku ni taip2 ni bukan la baik sangat. Ni peringatan untuk aku juga ni.. Aku ni pun tiap hari ada ja dosa ku buat. Nda kira la kecil ka basar ka.. Tapi itu la hakikat manusia yang belum cukup iman ni.. Adaaaaaaa ja dosa nak di buat walaupun tau tak boleh buat. Manusia kalau baik, memang darjatnya lebih tinggi dari malaikat.. Tapi kalau tak baik, boleh jatuh lebih rendah darjat dia dari binatang ternak.. Aku ni kali gitu la (na'uzubillah).. Peduli la ko siapa, orang kaya ka, miskin ka, menteri ka, hakim ka, ustaz ka, imam ka, tu semua di gelar oleh manusia biasa ja tu.. Jangan terkejut nanti di masyar ko jalan pakai muka padahal di dunia bukan main megah lagi ko dengan harta dan pangkat.. sama2 la aku dan ko pikir ya.. (sori ya, aku urang sabah bah, tu bahasa kasar sikit).. Ok la.. tu ja mampu ku taip dan keluarkan dari minda aku kali ni.. len kali harap2 dapat idea bagus sikit untuk di kongsi.. Sekian......

Wallahualam..

No comments: