Saturday, July 11, 2009

Selsema "Bogok"

"Eh, cuba ko tingu urang tu, gila BABI ka tu?" , "Uinaaaa, jangan ko tuduh memBABI buta sana." , "Uiiii, ada virus BABI tu (JE) tu di jipun" , dan yang terkini, "Jangan ko pigi california, ada selsema BABI tu".. Itulah hakikat babi yang telah di haramkan oleh Allah kepada umat Islam untuk memakannya. Tengok akibatnya, banyak penyakit pasal babi kan. Sawan babi lagi, gila babi, JE, panau babi, dan terbaru selsema BABI, walaupun ada sebahagian manusia nak ubah namanya kepada H1N1.. Tak dapat juga sembunyikan hakikat sebenarnya. Kalau selsema babi tu selsema babi la. Tak payah nak sembunyi2. Alhamdulillah kerana serangan virus ni pelancong makin kurang (orang barat kan suka pakai seksi2). Pembaziran pun kurang juga (ni pasal orang kaya yang suka melancong takut dah nak melancong ke luar negara). Tulah, Allah dah kata jangan makan babi nak juga makan. Orang (mengaku) Islam pun sekarang ada juga makan babi. Degil betul. Kuat sangat le tu nak melawan Tuhan. Babi ni ciptaan Allah juga. Kita bukan nak benci babi sangat. Takda juga Allah perintah kita asal jumpa babi, bunuh. Takda gitu. Allah cuma larang kita makan babi atau keturunan babi tu. Dan juga kalau tersentuh babi tu tak kira kulit, hidung, telinga, najis dia ka kita di wajibkan bersihkan tempat yang tersentuh dengan babi tu dengan air tanah (moga diriku dapat melaksanakan perintah Allah). Penyakit selsema babi tu sebagai peringatan juga tu kepada kita. Jangan ingat penyakit tu datang tiba2 tanpa sebab.

Setiap yang Allah turunkan ada sebabnya. Macam la juga kita ni. Allah beri kita mata bukan suka2 ja. Biarlah mata tu besar ka, sepet ka, terbeliak ka, terkeluar ka biji mata tu, yang penting Allah ciptakan mata supaya kita dapat melihat. dan supaya kita melihat kebesaran Allah. Bersyukurlah. Gunalah mata sebaiknya. Ni guna untuk lihat benda tak baik la pula (aku la tu.. na'uzubillah). Tengok perempuan bukan main lama. Bila di larang, di balas pula, "melihat keindahan ciptaan Allah". Bukankah kurang ajar sifat gitu? Mempermainkan Allah la pula. Aku yang buat taip2 ni pun bukan baik sangat juga. Tulisan ni pun nanti aku baca balik untuk tegur diri aku. Kiranya macam akal menegur nafsulah. Kan dua elemen tu melekat dalam diri kita. Hahaha..

Waktu aku taip posting ni di luar tengah angin kencang dan pasir beterbangan, macam ribut pasir la pula. Dan tiba2 hujan pun turun dengan lebatnya. Kalau la itu bala yang Allah turunkan untuk memusnahkan manusia di kawasan aku berada sekarang ni (na'uzubillah), tak tau la aku ni akan ke mana kalau mati. Adakah dosa2 aku sudah di ampunkan? Adakah pahala aku dah cukup untuk membawa aku ke syurga? Wallahualam.. Semoga hujan kuat ni adalah rahmat dan bukannya bala. Amin.

Wassalam.

No comments: