Friday, July 24, 2009

Keranamu Jilbab!

Marwa Al-Shabini

Kenal tak gambar sapa di atas ni? Tak kenal? Memang la tak kenal sebab takda liputan di tv. Ada tak? Takda lor.

Nak tau siapa ni? Inilah seorang muslimah juga seorang ibu dan tengah mengandung 3 bulan yang telah di tikam oleh Alex al-babi dari Jerman keturunan rusia sebanyak 8 kali kerana ingin mempertahankan jilbab sebagai seorang muslimah. Seorang lelaki telah mengatakannya terosis semata-mata kerana beliau memakai jilbab dan juga ingin menanggalkan jilbab yang di pakainya. Beliau tidak puas hati kerana jilbab di permainkan (memang alex al-babi tu anti-islam). Jadi, beliau pun mengadu dalam sidang kota Dresdan untuk mempertahankan jilbab seorang muslimah (Subhanallah. Kita?). Masa itulah beliau telah di tikam oleh si Alex@Babi itu sebanyak 18 kali dan syahid di situ.

Suami beliau pula berusaha untuk melindungi isterinya telah di tembak oleh pihak berkuasa keamanan keadilan atas alasan 'ter'tembak. Beranikah kita pertahankan jilbab (tudung) kita untuk Islam (terutama perempuan)? Jangan kata nak pertahankan, nak pakai pun payah.

Beginilah penindasan terhadap umat Islam oleh kaum kafir. Di Xinjiang China pula macam mana? Macam2 mereka di lakukan. Kita sebagai saudara mereka yang seislam apa kita rasa? Gembira sebab kita tidak kena? Sedih atas sebab belas kasihan? Apa kita boleh buat? Tengok sambil kesat air mata saja kita mampu?

Umat Islam Palestin lagi macam mana? Di sembelih, di gilis, di bakar hidup2, di rogol, di buat macam2 lagi. Apa kita rasa? Ada fatwa di keluarkan untuk memboikot barang-barang Israel, ada kita boikot? 10 sen kita beli barangan yahudi umpama kita beri diorang sebutir peluru hidup. Peluru tu diorang guna untuk tembak apa? Binatang? Kura-kura? Lembu? Sapi? Tidak!! Diorang guna untuk tembak saudara2 kita tuuuuuu...

anak islam palestin

Rasa bersalah ka kita? Atau mungkin kita rasa terhibur tengok saudara kita di sembelih (macam tengok filem seram pula kan)? Lepas keluar risalah boikot (mungkin tiada dalam tv di negara kita), promosi terhadap barangan yahudi makin hebat lagi. KFC, McD, Coke, Pepsi dan macam2 lagi makin menjadi-jadi dalam tv di negara kita. Kita pun semakin mengunjungi KFC (aku sendiri la tu), McD dan sebagainya. Tapi bila tengok orang yahudi bunuh saudara kita di palestin menangis konon kita. Tapi bukannya peluru diorang tu dari kita juga? Sama2 kita fikir dan renung. Aku ni pun sama juga. Masih lagi belum dapat menyingkirkan penggunaan barangan yahudi sepenuhnya.

Teguran ini adalah untuk diriku dan kita semua.

Wallahualam.

No comments: