Monday, December 22, 2008

Aduhai Simen!!

Pada 18hb Dec 2008 tepat jam 2.43pm, aku telah di arahkan ke bilik simen untuk mencabut besi dan kakiku akan di bungkus dengan simen yang akan membuat hidupku lebih menderita.. Aku, mak aku dan abang ipar aku sudah menunggu selama 4 jam lebih untuk berjumpa dengan duktur.. Penat woo... ingat buang air lagi..bertahan ja tu tau... maklum la, kaki sebelah tak boleh guna.. susah la nak pi tandas.. kena tandas yang biasa ja baru boleh masuk... selepas 20 minit menunggu depan bilik simen, tiba2 kedengaran seorang lelaki menjerit, "Yusri Mahat, mana kau? sini masuk buka besi..".. aku pun bergegas masuk dengan bangganya.. aku di suruh naik ke katil.. aku menanti dengan sabar dan gementar sedikit sebab terbayang kata-kata orang yang berpengalaman sebelum ni yang dah di cabut besi.. diorang kata tak kena bagi bius.. cabut gitu ja ni.. sakit betul diorang kata.. aduh, bertenang diriku..bertenang.. lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari laci.. apa tu?? spanar?? ingat aku ni beskal ka?? aku ingat saiznya 12 tu klu tak silap.. dia mendekati aku dengan senyuman.. aku semakin berdebar.. dia memegang kaki aku... gulp..."sakit..sakit..sakit.." jerit di hatiku.. Tapi... bila dia buka ja tiap bold yang ada dan memutar besi yang terpacak di kakiku satu persatu, aku tersenyum lebar...hehe.. kenapa?? tak sakit pun.. rasa ngilu sikit ja...hehe...tapi darah aku pula berlumba-lumba mau keluar sebaik saja besi tu di tarik keluar... nasib baik aku ni tak fobia dengan darah... lelaki tu tutup lubang bekas besi tu dengan kapas.. bila darah dah tak keluar lubang tu pun di tampal dengan plaster khas.. tak lama selepas tu, kakiku pun di balut dengan kapas...lepas tu di simen..terkejut juga aku, diorang balut habis dari dekat hujung jari sampai ke setengah paha.. kan ada luka lagi tu.. aku cuba bertanya... namun jawapannya tidak memuaskan hati.. dia kata dalam surat kuning tu duktur suruh balut habis.. aduh... mau juga aku pertikai.. tapi apakan daya.. ingat kencing.. tak tahan bah.. maka terbalut la kaki ku seperti gambar di bawah ni..

aduh..derita beb..gatal...

Aduh..memang gatal.. aku tak tahan gatal ni.. rasa macam derita sangat bila tak dapat garu tempat gatal.. aku pun mula buat kerja yang tak patut..nak tau?? hehe.. jangan bagi tau duktur ya.. aku hentak-hentak simen tu dengan tangan sampai lembut simen tu..hehe.. aku korek lagi dengan benda tajam semata-mata nak puaskan 'gatal' tu..hehe..gatal betul woo terutama tempat luka tu... nak cakap duktur tu bodoh, doktor pula.. nak cakap dia tu pandai, ada ka patut luka di bungkus... aduh.. satu lagi yang menyebabkan aku tertekan..hehe.. nak tau apa?? tengok gambar di bawah ni..

ni anak buah aku tengah belajar solat (sampai tertidur..hehe)

tapi ada masa, dia buat litar kreta pula kaki aku..aduii..

Tengok itu budak... nakal btol.. dimainnya kaki aku..hehe.. takpa la.. memandangkan dia anak buah yang palingku sayang skarang ni aku biarkan... comel betul budak tu.. tak lama lagi balik sandakan la dia tu.. sedihnya..huu.. ok.. berbalik kepada crita simen lembut tadi.. oleh kerana simen dah lembut, mak aku bawa aku jumpa doktor di papar untuk minta nasihat tentang luka tu..dan minta simen baru.. setelah, 2 jam mak aku tunggu, akhirnya....jeng..jeng..jeng...

ni baru betul.. luka terkena udara.. pa barang duktur QE..

Hah.. ni barulah selesa.. bila-bila masa ja boleh garu-garu.. kaki pun tak berpeluh sebab udara boleh keluar masuk.. ni baru duktur (sebenarnya yang tukang simen di bilik simen hosp papar tu) yang prihatin.. sekarang ni baru la aku tak rasa tertekan... boleh garu woo..hehe... ok.. sekian saja untuk posting kali ni.. penat dah duduk sebenarnya.. biasalah.. pesakit..hehe...

Wassalam...

No comments: