Sunday, December 14, 2008

Aku yang agak menyusahkan!!

Suatu petang yang indah. Aku merenung jauh ke langit nan merah.Terkenang hidupku kini yang telah kehilangan nikmat berjalan. Aku sudah tidak macam dulu lagi. Di mana dahulunya aku seorang yang bebas bergerak ke mana saja aku suka. Ke Ranau, ke kudat, ke pitas, ke beluran, ke nabawan, semua aku jejaki. Tapi kini, nak ke tandas yang hanya beberapa meter pun dah rasa tak larat. Bagaimanakah aku ini menyusahkan orang lain? Aku teringat kata salah seorang 'guru' aku dulu, "Kalau kau susah takpa, tapi jangan sampai kau menyusahkan orang lain." Begini kisahnya, ketika aku mula-mula di hantar ke wad, bila mak aku dapat tahu, beliau menjadi tak keruan sehingga tidak lena di malam hari. Semasa di wad, aku telah menyusahkan abang asyrul untuk menemaniku selama 2 malam, beliau tak dapat tidur dengan tenang. Tidur di kerusi dan menahan kesejukan semata-mata untuk menjaga aku. Aku pula seperti bayi yang baru lahir yang di jaga rapi. Semasa di wad papar pula, aku telah menyusahkan ibuku dan abang iparku untuk menemani aku di malam hari. Mereka menjagaku silih berganti. Paling teruk ibuku. Ada satu hari tu, sehari semalam beliau menjaga aku. Aku ni betul-betul menyusahkan. Bila aku keluar dari wad pula, aku terpaksa menumpang di rumah kakak aku. Aku terdampar di bilik, di ruang tamu, menyebabkan suasana menjadi sempit. Aku menggunakan bantal dengan banyak semata-mata untuk mengangkat kakiku lebih tinggi dari badan. Aku menyebabkan anaknya tidak bebas bergerak ke mana-mana. Makanan dan minuman terpaksa ibuku yang sediakan menyebabkan hati kakak-kakakku sakit. Bertapa menyusahkan aku ni. Aku juga menyebabkan abang iparku susah. Terpaksa menghantarku ke hospital untuk dressing di mana aktiviti beliau banyak terganggu olehku yang menyusahkan ini. Ibuku nak berjalan susah. Aku seolah-olah mengawal semuanya. Aku betul-betul menyusahkan. Alangkah indahnya sekiranya aku boleh berjalan jauh tinggalkan keluargaku. Hidup di merata tempat agar tiada lagi yang susah kerana aku. Tapi aku tak mampu. Aku tau ibuku pasti akan lagi susah hati jika aku buat begitu. Tapi aku juga manusia. Aku juga mempunyai hati yang mudah tersentuh. Dalam sehari meniti kehidupan ini, pasti aku dengar suara-suara yang mengatakan aku ni menyusahkan. Ya! Memang aku menyusahkan. Aku akan usaha buat sendiri semuanya. Biar aku bersendirian di rumah. Aku pasti dapat hidup. Percayalah!! Aku tidak ingin menjadi manusia yang menyusahkan orang lain. Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(albaqarah:286)

...sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan...
...(ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan...
(alinsyirah:5&6)

::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)

.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:.
.:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.
(alankabut:2&3)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran ayat 200)

[ Sabar ja ging.]

Anonymous said...

eh dah boleh pandu kerusi roda?? jangan merempit dengan kerusi tu k..

nanti eksiden lagi.. kakaka


AGAK-AGAK LAH!!!