Sunday, December 7, 2008

Ujian atau Kafarah Terhadap Dosa?

Seperti yang kita tau, hidup di dunia penuh dengan ujian dan godaan. Dunia yang kita duduki ini hanyalah sementara. Bak kata adik bunga dalam pertandingan PILDACIL, "kalau di pikir-pikir pak, kalau di pikir-pikir bu, hidup di dunia ini tidak akan lama, hidup di dunia ini hanya ementara, dari kecil, besar, bila besar, nikah, suda nikah, punya anak, suda punya anak, punya cucu, suda punya cucu, 'tok' mati..".. sementara tuan-tuan.. lagi satu, dunia ini nabi kata ibarat bangkai anjing.. terlalu hina.. tapi ramai juga yang masih mengejar dunia habis-habisan.. Dalam satu sejarah dari negara china pula, suatu masa dahulu ada seorang raja mengatakan "dunia yang kita rebut ini umpama raksasa, semakin kita rebut, semakin di bahamnya kita.".. tapi kata-kata ini di bidas oleh Ghengis Khan dengan katanya, "jika dunia ini raksasa, saya akan menjinakkannya." tapi kesudahannya tetap sama... Beliau di baham oleh dunia (mati).. Inilah hakikat dunia.. Akhirat juga la yang kekal abadi..

Daripada tajuk pula kita nampak ada dua, ujian atau kafarah?? tujuan saya buat tajuk ini untuk kali ini adalah untuk menceritakan satu pengalaman terpahit buat masa ini dalam kehidupan saya.. harap-harap pahit ini akan menghasilkan 'buah' yang agak manis.. Critanya begini..

Pada suatu hari, pada 18hb november 2008 tepat jam 12 tengah hari, aku telah kecundang di jalan raya ketika menaiki motosikal menuju ke masjid terapung likas untuk solat zuhur berjemaah.. entah mungkin niatku tidak elok aku telah terlanggar bumper kereta orang.. aku telah di lalaikan dengan kereta rosak di sebelah jalan.. aku rasa pelik, napa orang tu dah tau keretanya rosak tapi di tengah-tengah jalan juga di berhentinya.. tolaklah ke tepi.. ni tidak, ti jalan sesak tu la di buat keretanya.. haha.. tapi di sebabkan itu jugalah bila aku toleh ke depan kembali, motor yang aku pandu betul-betul hampir dengan kereta jenis lama di hadapan.. aku pun tekan brek sekuat hati, kiranya mau buat 'emergency' brek la konon.. tapi brek pula dah tak makan.. aku cuba lagi elak ke kiri.. tapi 'BAM' juga kena bumper blakang kreta tu.. aku terus terjatuh dengan penuh gaya di atas jalan raya.. aku pegang kaki kananku, sakiiiitt... darah keluar perlahan-lahan dari betis.. orang yang aku langgar tu keluar, dia pun cakap, "kenapa 0oo? ok ka?? ", "patah ni bos", sahut aku... "kenapa kau pandu laju-laju? pelan-pelan bah", jawab cina tu.. "sori bos.. lalai tadi aku kejap", sahut aku dengan nada kesakitan.. "ok, mari kita pi siring jalan dulu", pelawa cina tu.. dia pun papah aku ke pembahagi jalan.. sakitnya aku rasa.. orang yang jalan kaki di tepi jalan mula mengerumuni aku.. "kenapa ni bos?", tanya seorang penduduk kampung likas kepada cina tu.. cina tu pun critakan apa yang terjadi dengan nada serba salah.. aku masa tu mengerang kesakitan tak henti.. sakit bah.. yang mampu keluar di mulut.. "Allah.. Allah.. Allah... aduh..."... "jadi bagus kau hantar pi hospital bos.. patah ni kaki dia".. kata seorang penduduk kampung likas yang bernama ali.. "aiya.. saya tida tau 0oo.. nah kau ambil RM 50 ni ko telefon teksi la..atau kawan-kawan kau ka.." jawab cina tu sambil memasukkan duit RM 50 dalam poket aku.. "kesian ni bos, dia nda dapat jalan ni.. kesakitan lagi dia ni.." kata ali lagi.. "aiya..susah 0oo"..kata cina tu.. runding punya runding akhirnya cina tu bersetuju hantar aku pi hospital likas.. 20 minit aku menahan kesakitan.. si ali marah dengan cina tu baru la cina tu tolong.. kalau dapat jumpa dengan ali tu lepas aku sembuh, aku mau ucap terima kasih dengan dia banyak-banyak.. sebelum jalan tu aku sempat menelefon abang salman untuk mengambil motor dan barang-barang aku yang di tinggalkan di sana.. dalam perjalanan tu, terlompat sikit ja kereta tu, adoii.. punya sakit kakiku...sabar ja..

Setibanya di hospital likas.. aku di usung ke wad kecemasan dan sempat juga aku minta maaf dan ucap terima kasih kepada cina tu.. tengok muka dia pun rasanya dia simpati juga.. macam-macam aku di perlakukan di wad kecemasan tu.. di jarum la, kaki di tarik la, lepas tu di balut lagi di bogelkan lagi (diorang suruh aku sendiri tanggalkan pakaian kecuali seluar dalam).. memang sakitnya hanya Allah saja yang tahu.. di hantar lagi ke bilik x-ray.. waduh.. tibia dan fibula patah...tulang kaki kita ni ada 2 tulang.. tibia dan fibula.. dua-dua patah.. waduh..

patah woo..

patah tulangku...


Selepas aku di x-ray, aku di hantar semula ke wad kecemasan.. masa tu tak lagi brapa sakit.. tidak brapa lama selepas tu aku di lawati oleh sahabat-sahabat.. terkejut juga diorang.. baru pagi tadi kami jumpa, petangnya dah dalam wad.. diorang tolong aku bagi tau mama dan kakak aku memandangkan aku tak banyak kredit juga masa tu... Aku sebenarnya tak nak bagi tau mama aku.. aku takut dia risau.. Tapi takpa la.. diorang nak tolong bagi tau.. memang betul la ibu mana tak sayangkan anak.. malam tu mama aku susah mau tidur... mama aku masa tu di sandakan.. jadi kelam kabut dia nak pulang.. itulah insan yang bergelar ibu.. selepas rehat dalam 1 jam dalam wad kecemasan, akhirnya aku di letakkan di tingkat 6, wad kenanga 5 bilik 10.. terdampat ja aku di katil tak dapat buat apa-apa.. Tangan kanan aku di cucuk satu benda.. kononnya nak masukkan air dalam badan.. sakitnya.. memang rumah sakit betul.. petang gitu ramai sahabat-sahabat dan keluarga datang melawat.. macam-macam la soalan.. pening kepala nak jawab.. sakit masih lagi menjalar di kakiku.. goyang sikit saja dah sakit.. malam tu abang asyrul telah menjagaku dengan penuh prihatin.. kira-kira jam 1 pagi gitu aku telah di panggil ke bilik bedah.. entah apa diorang nak buat.. diorang kata pasang besi di luar.. aku tak paham apa maksud diorang tu.. yang terbayang di kepalaku nanti kaki aku akan di salut dan di ikat dengan besi.. gitu la aku ingat.. masa aku mau di angkat ke pengusung, kakak nurse tu silap angkat kaki aku.. adoooooooiiii.... sakitnya memang mantap... seumur hidupku, itulah paling sakit pernah aku rasa...tapi yang pasti, sakit mati itulah sakit yang paling hebat... menderita aku sampai ke bilik bedah...dalam bilik bedah, lepas diorang cucuk jarum di tulang blakangku, baru sakit tu hilang sedikit demi sedikit dan selang brapa minit kemudian, dari pinggang sampai kaki aku jadi kebas.. di sentuh pun tak rasa lagi.. kakiku di angkat, di gosok, di tarik, di pusing, macam-macam la diorang buat..lepas tu dengar bunyi.. "vurrrrrrrrrr".. macam bunyi satu benda berpusing dengan pantas.. seolah-olah, diorang melubangi sesuatu.. tak tau la apa benda tu.. aku cuba untuk lelapkan mata.. tapi tak dapat.. sempat lagi aku becrita dengan seorang lelaki di sana, "sakit ka?" tanya dia.. "macam nda ja ni" jawab aku slamba".. dia pun ketawa kecil... hampir satu jam juga la baru siap diorang 'main' kakiku... bila penghadang pandangan di buka, aku terkejut bila melihat 'kaki baru' aku.. besi terpacak pula dah...

gini la jadinya kakiku..

Huiyoooo...menakutkan woo...nampak ka besi tu masuk dalam kaki aku?? masuk tu.. bukan lekat pakai gam tu.. mau aku buktikan?? mari tengok hasil x-ray kedua ni..

amacam?? tembus woo tulang aku..

Tapi diorang takdalah biarkan kaki aku mengerikan macam tu.. diorang bersihkan juga darah-darah dia.. kalu di biar gitu, memang takdalah orang mau dekat aku kecuali mama aku.. lepas balik ke wad, aku tidur dengan tenang sampai pagi.. pagi tu, aku ingat kencing sangat-sangat.. hah?? macam mana aku kencing?? hehe.. biar aku ja la yang tau.. takda juga pakai pampers.. dan bukan juga aku kencing di tilam.. ada la caranya.. tapikan.. yang mau jadi crita, pagi tu aku ingat kencing tapi tak dapat kecing.. sebab apa?? sebab separuh badanku masih kebas... ubat bius masih lagi belum hilang.. adoiii.. gila eh.. terpaksa minta tolong doktor buat sesuatu.. dah sakit sangat pundi kencing.. teruk woo... lepas doktor tu buat sesuatu, baru rasa lega dapat kencing.. lepas tu aku rehat macam biasa.. sorang-sorang ja tu.. abang asyrul dah pulang sebab nak pergi kerja.. tinggal la aku pakcik sebelah katil aku.. kesian juga pakcik tu aku tengok.. tapi pakcik tu memang tabah.. dalam dia mengerang kesakitan pasal lututnya yang kena gaut, masa tu juga dia ukir senyuman di bibir.. nama beliau Tajam.. orang kb agaknya.. yang jaga beliau ialah isterinya yang setia.. bila dengar diorang bercakap, tau la aku diorang berbangsa dusun...
tu nampak pakcik yang sedang pegang kaki tu??
dia la pakcik tajam.. isteri dia yang baju oren tu..


Sempat juga berbual mesra dengan diorang.. tapi heran juga anak beliau tak datang untuk jaga beliau..kesian aku tengok.. napa la anak-anak sekarang ni bagai kacang lupakan kulit.. orang tua jaga dia masa kecil bagai menatang minyak yang penuh.. harap-harap aku bukan orang begitu.. aku sayang mama aku.. bila aku sakit.. mama aku yang paling sedih dan risau..

Aduh.. penat sudah tangan menaip.. di pendekkan crita.. esok (19hb Nov) tengah hari sampai petang lepas bedah tu ramai yang datang melawat.. doktor kata aku akan di pindahkan ke hospital papar hari tu juga.. kalau tak petang, malam.. Oya.. petang tu mama dan kakak aku dengan keluarganya baru sampai dari sandakan.. bila tengok muka mama aku, macam aku mau nangis ja.. entah kenapa.. beliau tak tidur tu malam sebelum jalan.. risau betul.. serba salah aku di buatnya.. oleh kerana doktor kata aku akan di hantar hari tu, jadi aku minta tolong keluarga aku bawa semua barang-barang aku pulang ke papar.. tapi skali dah pulang semua, nurse kata tak jadi la pula.. esok lagi dia kata.. adoiii... abang asyrul lagi jaga aku malam tu dengan rela hati... malu juga sebab susahkan abang tu.. esok siangnya (20hb nov) mama aku datang jaga aku.. malamnya baru la aku di hantar ke hospital papar.. adoiii... tapi sedih juga bila mau tinggalkan hospital likas tu.. ntah macam mana keadaan pakcik tajam skarang... aku di hantar ke hosp papar dengan ambulance... merasa juga naik ambulance..hehe.. siap diorang pasang siren lagi.. punya laju diorang bawa.. macam mau tercabut kaki aku di buatnya..

Adoiii... terpanjang la pula.. penat dah menaip.. tu saja la aku dapat crita.. di bawah ni aku kasi masuk gambar kenangan saja la.. dari hosp likas sampai hosp papar..


ni masa kakiku di cuci..

ni pula selepas di cuci..hehe..

adoi... bosannya..

ni aku tengah bercrita ni dengan pakcik tajam..
abang salman ambil gambar pula..


ni bekas jahitan di betis aku..

benda aku paling benci.. sakit woo tiap kali masuk ubat..
3 kali tangan aku bengkak tau..


ibu yang setia menjaga di sampingku

adoii.. nda terurus suda.. blum termandi lagi tu dari kemalangan..hehe..

main kerusi roda kejap..hehe.. ni mau pi terapi ni..

begini la keadaan kaki ku skarang.. tak lagi bengkak..

Di harap, apa yang aku hadapi ini menjadi kenangan terindah buatku.. hehe.. skarang ni tunggu pulih ja la ni.. harap-harap pulih seperti sedia kala la.. di hari aidiladha yang mulia ini harap dapat banyak kebaikan.. setiap keburukan akan di selit kebaikan.. tu la janji Allah dalam surah 'alam nasyrah'.. yang penting sekarang aku kena bersabar la.. baik dari kaki yang sakit sehingga suara-suara di sekeliling yang tak brapa suka kaki ni.. Selamat menyambut hari raya Qurban.. dan kepada sahabat-sahabat yang mengikuti jelajah Qurban, Selamat menjelajah... Sekian, Wassalam..

2 comments:

PeneranganDPPNS said...

Salam ukhuwah... woi na ging.. x payah la kasi tunjuk gambar kaki ko tu. mcm kaki aku pula yang kena. tabah2 la menghadapi ujian dari Allah... semoga terus kekal dan tetap di dalam perjuangan..Takbir!!!

Asad Ikhwan said...

paling enak kalau tengok lepas makan.. hehehe..