Saturday, September 26, 2009

Keindahan Aidilfitri



Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 20 september 2009 bersamaan dengan hari ahad (waktu org kristian dtg gereja). Raya tahun aku terasa agak meriah sedikit berbanding tahun2 sebelum ni.. Kalau nak crita pasal duit raya, memang tahun2 sebelum ni lagi banyak la.. tahun kurang pula.. hehehe.. tu tak kisah la.. yang penting kemeriahan aidilfitri tu dapat di rasa.. Makan tu kena kawal2 la.. jangan pula sampai terlebih kenyang.. Sebabnya satu ja, NANTI NAFSU KUAT BALIK.. hehe.. dah cantek kita tundukkan nafsu di bulan ramadan dengan berlapar dan menahan diri dari perkara2 yang tak baik, tiba2 masuk raya ja di qada pula lapar tu dengan makan banyak.. hah, macam mana nafsu tak melonjak balik.. tu kita kena fikir sendiri la kan.. jangan malas berfikir!! Allah beri kita akal supaya kita ni berfikir.. tapi berfikir berpandukan iman la.. jangan berfikir kosong... ops... terlebih suda.. hehe

Maaf zahir dan batin kepada semua.. Ada sebahagian kawan cakap, "yus, selamat hari raya, maaf zahir ya..".. hahaha.. pelik pula.. ada ka patut nak minta maaf zahir ja.. zahir tukan berkaitan dengan fizikal.. seingat aku tak pernah pun diorang pukul atau sakiti fizikal aku.. diorang ingat batin tu berkaitan dengan sex mungkin.. astaghfirullah.. batin tukan berkaitan dengan hati.. hehehe.. fikir2 la sendiri...

wallahualam..

mari kita tengok video ni supaya kita lebih menghargai orang tua kita yang masih ada..

No comments: