Tuesday, September 8, 2009

Sembang2 ramadan..

"Aduiiiiii... laparnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.." merungut seorang hamba Allah kerana tak makan sehari.. Kalau tak pun, kita tengok ada orang lemah semacaaam je.. Berdiri pun bongkooook je macam sayur taugeh.. haha.. tu puasa la tu.. Lemah betul umat islam zaman skarang nikan.. Padahal Allah menjanjikan kesihatan kepada hamba2Nya yang bertakwa.. Mana silapnya?? Aku ni tak layak nak huraikan semua ni.. Aku cuma nak luahkan pendapat aku ja.. Biasa la, blogger... Ngehehe..


Rasulullah s.a.w bersabda:

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa

[riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Daripada hadis Rasulullah s.a.w di atas, puasa ni bukan sekadar kita di suruh berlapar ja dari pagi sampai petang, tapi suruh kita ni tahan nafsu.. kalau ustaz hasrizal kata dalam blognya (saifulislam.com), "Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda." Jadi kita mesti berani la berkata TIDAK kepada nafsu.. Ni bila perempuan seksi lalu, mata tu ikut ja melihat.. bila di tegur, "takpa kalau sekali pandang".. Huiyoo.. menjawab pula tu.. hehe.. Allah tarik nikmat mata tu karang baru ko tau..

Bulan ramadan kita tahu adalah bulan mendidik nafsu.. kan syaitan dah di belenggu semua.. Jadi skarang ni kita ja ni berlawan dengan nafsu.. Kalau kita fikir secara logik la kan, kenapa kita di suruh puasa dari terbit fajar sampai terbenam matahari?? Kita tau juga semua bah kan.. besar2 juga suda semua.. kata kawan aku, "berbulu suda satu badan".. Kita di suruh puasa sebab nak menundukkan nafsu buas kita ni.. yaka?? tapi banyak juga yang orang islam yang masih buat maksiat.. kenapa tu ya? tak puasa kali? tapi puasa juga tu tau.. hehe..

Memang la nafsu tak dapat tunduk2..macam mana juga masa siang cantek dah kita puasa.. tak makan, tak minum, baca Qur'an, solat sunat semua (tu pun kalau buat la).. Nafsu pun tunduk patuh.. tapi bila sampai ja masa berbuka, "Allahu akhbarullahu Akhbar" (azan maghrib).. macam orang yang dah seribu tahun tak makan woo.. semuanya di sumbat dalam mulut.. tabarus kata orang brunai.. haha.. tangan tu, kiri kanan pegang makanan menyumbat dalam mulut (perumpaan ja la).. kalau kaki kita ni Allah cipta macam kaki monyet yang boleh di gunakan untuk mencengkam, silap2 kaki pun menggenggam makanan juga masuk dalam mulut.. Allah.. macam mana nafsu tak melonjak naik balik kalau dah gitu.. Paham2 sendiri la kan.. Kurangkan la makan.. Tu sebab kita di suruh puasa.. nafsu tidak aktif dalam keadaan perut lapar.. kekenyangan tulah sumber tenaga bagi nafsu.. betul tak?? lu pike la sindri asalmekom kata si nabil..haha.. (si nabil lagi kena..hehe)..

sekadar gambar hiasan

Ada salah seorang mentor aku cakap masa dia bagi tazkirah, "kita ni semuanya nak banyak2.. makan nak banyak2, kena bagi 1 tapau nasik nak minta 3 lagi.. harta nak banyak2.. bini nak banyak2.. Tapi bila beribadah, berkira sangat pula.. Contohnya solat tarawih, berabis kita nak mencari surau atau masjid yang buat 8 rakaat.. Nak 8 rakaat tu takpa la juga. tapi bila imam baca surah panjang sikit, dah rasa tak puas hati.. Berkira betul dengan Allah.. Tapi bila nak sesuatu dari Allah nak banyak2.."

Terasa pula aku..haha.. Gini la manusia.. Manusia ni kebanyakannya tidak adil.. sama ada kepada diri sendiri, orang lain mahupun dengan Allah.. Bila Allah bagi nikmat yang sungguh banyak, punya main hepi dia rasa.. tersenyum lebar sampai ke telinga (bibir tu sampai telinga).. Tapi bila Allah uji sikit dengan kesusahan, terus buruk sangka dengan Allah.. ish..ish..ish.. Tak baiknya gitu.. Lagi teruk sampai kata Allah tu tak adil.. alasannya, "orang lain yang tak beriman di beri kesenangan, tapi aku yang beriman (yaka?) di beri kesusahan macam ni.." Sempitnya akal (ganti dengan perkataan bodoh)..

Jadi, macam mana la ni kita mau jaga hati dan iman kita?? Kata Ustaz Sarip adul (saripadul.com) dalam tazkirah ringkas tarawih baru2 ni, "ada seorang tu nak murah rezki.. tiap2 pagi dia baca ayat seribu dinar.. tapi rezki tak juga murah2.. marah dia tu kenapa rezki tak murah2 sedangkan dia 'suda' baca ayat seribu dinar sebelum buka kedai.. Masalah dia tu sebenarnya dia tak memahami pun maksud ayat seribu dinar tu.. maksud ayat tu, "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.".. Allah suruh bertakwa, barulah rezki di murahkan.. Ni solat pun tidak.."

Ni aku petik dari tazkirah beliau.. Betul la kan.. Kita di galakkan baca tiap pagi untuk motivasi kepada diri kita bahawa hanya bertakwa kepada Allah, barulah Allah beri rezki dari sumber yang tak di duga2 dan hanya bertawakal kepada Allah barulah Allah cukupkan keperluan kita. Bukan baca ayat tu tiba2 rezki murah.. betul tak? sebab Al-Qur'an ni sebagai peringatan untuk kita.. sebagai 'manual' perjalanan hidup kita di dunia.. di gabungkan lagi dengan sunnah Rasulullah s.a.w barulah diri kita ni selamat dunia akhirat.. Maka jadikan Al-Qur'an sebagai panduan kita (bukan sebagai bahan bacaan ja) baru la iman kita terjaga.. Betul? Mungkin ada yang marah nikan.. haha.. biarlah..

Sama la juga critanya dengan bab solat.. Solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar seperti yang termaktub dalam al-Qur'an.. Tapi solat yang macam mana? Ramai skarang bersolat, tapi masih juga buat maksiat (aku mungkin).. kenapa gitu? Mudah ja jawapan dia.. Solat tak kusyuk dan hati tak menjiwai solat.. Kita ni kadang2 hanya nak hasil manfaat dari ibadah yang kita lakukan ja.. contoh la, bab solat, kita solat sebab nak jaga diri dari kemungkaran.. nak sihat tubuh badan.. nak supaya darah dapat mengalir ke dalam satu saraf di dahi (ada saraf di sebelah dahi kita darah tak masuk.. hanya dengan sujud ja darah akan masuk).. Allah.. di mana suda lillahi taala? hilang dah.. niat nak solat bukan lagi kerana Allah walaupun mulut menyebut lillahi taala.. (bukan semua orang la..aku ja mungkin)..

sekadar hiasan

Kita bersedekah sebab nak dapat balik 10 kali ganda bukan kerana Allah suda.. kita puasa sebab nak sihat, nak tahan nafsu, nak di beri ganjaran oleh Allah.. Mana suda lillahi taala? Mungkin kita tak sedar hal ini berlaku sebab kita terlalu leka dan alpa (biasa la tu, insan=pelupa).. Mari la sama2 kita 'ketuk2' kepala kita supaya kita ni 'terbangun' dari mimpi indah yang penuh dengan khayalan dan penipuan..

Untuk penutup mari kita renung2 ayat 183 surah al-baqarah yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Point paling penting Allah nak bagi tau kita ".....agar kamu bertakwa".. macam aku cakap di atas tadi tulah.. puasa biarlah betul2 kerana Allah bukan kerana ingin mendapatkan maanfaat dari puasa tu ja.. tahan diri, berani berkata tidak kepada nafsu, kurangkan makan ketika sahur dan berbuka, baca dan fahami ayat2 al-qur'an.. baca biarlah dengan kemas dan ikut tajwid yang betul.. ni macam takda bunyi arab dah (terlalu pantas dan tajwid hentam ja).. gelojoh betul.. haha..

Aku yang menaip ni bukannya baik sangat pun.. kebanyakan yang aku posting pun untuk tegur diri aku juga.. mungkin sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada orang lain.. mana la tau kan..hmm..

Oklah.. hayatilah tiap saat ramadan yang hampir meninggalkan kita ni.. mana la tau ini adalah ramadan terakhir buat kita.. Minta maaf jika ada tersilap fakta dan harap di perbetulkan dengan cara yang baik..komen ja kalau ada salah..

Wallahualam..

No comments: