Monday, September 28, 2009

Nak makan daging babi??

Ni ada satu uji kaji yang di buat oleh sorang 'mamat' ke atas 2 ketul daging babi dengan menuang air coca cola ke atasnya.. Mari sama2 kita lihat..

hah? macam mana?

Ish.. Play ja la.. bingung betul..



Wah.. Sedapnyeeee... hehe.. pernah sekali aku tanya kawan aku yang non muslim, "uii ging, kalo babi nikan mana bahagian yang paling di makan?" kawan aku jawab dengan penuh yakin dan penuh bersemangat, "Telinga!".. Hoho.. Sedaaaaap.. memang sedaaaap sangat (ops, aku nda pernah makan ya).. sebab ada 'perasa' tambahan lagi dalam daging babi tukan..hehe.. hah? apa? tu giuk tu (giuk = ulat).. kita nampak juga dalam video di atas tukan..

Firman Allah:


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Maksudnya:

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan..”

Al-An’am:ayat 145


Setiap suruhan dan setiap larangan dari Allah pasti ada beribu kebaikan untuk kita manusia.. Allah cipta kita, jadi Allah sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. Tak semestinya kita ini kaya, cantik dan di sukai ramai kita berada dalam keuntungan. Perbanyakan bersyukur.. dan perbanyakan istighfar.. Boleh jadi apa yang kita miliki kini akan di tarik balik di masa akan datang.

Wallahualam..

p/s: peringatan untuk diri aku sendiri dan di harap yang membaca dapat (sikit pun jadi la) manfaat dari blog ni..

Saturday, September 26, 2009

Keindahan Aidilfitri



Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada 20 september 2009 bersamaan dengan hari ahad (waktu org kristian dtg gereja). Raya tahun aku terasa agak meriah sedikit berbanding tahun2 sebelum ni.. Kalau nak crita pasal duit raya, memang tahun2 sebelum ni lagi banyak la.. tahun kurang pula.. hehehe.. tu tak kisah la.. yang penting kemeriahan aidilfitri tu dapat di rasa.. Makan tu kena kawal2 la.. jangan pula sampai terlebih kenyang.. Sebabnya satu ja, NANTI NAFSU KUAT BALIK.. hehe.. dah cantek kita tundukkan nafsu di bulan ramadan dengan berlapar dan menahan diri dari perkara2 yang tak baik, tiba2 masuk raya ja di qada pula lapar tu dengan makan banyak.. hah, macam mana nafsu tak melonjak balik.. tu kita kena fikir sendiri la kan.. jangan malas berfikir!! Allah beri kita akal supaya kita ni berfikir.. tapi berfikir berpandukan iman la.. jangan berfikir kosong... ops... terlebih suda.. hehe

Maaf zahir dan batin kepada semua.. Ada sebahagian kawan cakap, "yus, selamat hari raya, maaf zahir ya..".. hahaha.. pelik pula.. ada ka patut nak minta maaf zahir ja.. zahir tukan berkaitan dengan fizikal.. seingat aku tak pernah pun diorang pukul atau sakiti fizikal aku.. diorang ingat batin tu berkaitan dengan sex mungkin.. astaghfirullah.. batin tukan berkaitan dengan hati.. hehehe.. fikir2 la sendiri...

wallahualam..

mari kita tengok video ni supaya kita lebih menghargai orang tua kita yang masih ada..

Friday, September 18, 2009

Aku saaaaaaayang Ramadan..


Indahnya bila bersamamu,
tapi aku rasakan terlalu singkat kita bersama..
Esok lusa pasti kau pergi lagi meninggalkan kami semua.. Oh, sedihnya.. :'(

Wahai bulan yang penuh rahmat, adakah kita akan bertemu lagi?
Atau ini adalah kali terakhir aku dan engkau bertemu?

Alangkah indahnya jika tiap bulan adalah engkau..
Tapi apakan daya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..

Semoga kita bertemu lagi ya ramadan,
dan semoga hari aku bertemu Tuhanku tika aku bersamamu..

Amin..

Friday, September 11, 2009

Penilik Nasib??

Ni aku nak kongsi sedikit crita yang baru ja aku lalui.. Kemarin (10.09.2009) ada seorang mamat sikh naik pi kedai tempat aku kerja.. Aku ingatkan dia nak fotostat ka, cuci gambar ka.. Aku kebetulan baru balik dari hantar barang.. Aku pun dengan selambanya menegur mamat sikh tu.. "Hello bos.. mau fotostat ka??".. Mamat sikh tu berpaling tengok aku.. "where is your manager?" dia tanya aku.. "Ah..ak.. eh..em.." jawab aku sambil berjalan ke meja komputer kami..

Dia mengikut aku dari belakang dan kemudian duduk di kerusi tanpa di pelawa.. "so, where is your manager?" tanya dia lagi.. Aku paham juga apa dia kata.. cuma malas nak sepiking ni.. "boleh cakap melayu ka bos?" tanya aku selamba.. "owh.. melayu? ada sikit-sikit bole" kata dia.. "Yessss.." aku sebut dalam hati sebab dia tau cakap melayu.. hehe.. "Saya datang dari kuala lumpour itu tukang tengok nasib baik ada, jadi kita tau bole itu nasib kita baik atau tara baik" dia perkenalkan diri dia.. Aku pun angguk ja la macam bodoh.. "Ok, bagi sikit itu kertas, saya mau kasi explain..mula2 siapa nama kau adik?" kata si mamat sing tu... aku bagi tau la dengan jujurnya.. Tiba2 dia keluarkan dua keping kertas kecil warna merah.. dia tulis sesuatu di atas satu keping kertas tu.. kemudian dia renyukkan kertas dan suruh aku pegang dengan tangan kiri.. Aku pun buat ja dengan bodo2..

sekadar hiasan

"Ok adik, brapa kau punya age skarang?" tanya dia.. "22" jawab aku ringkas.. " Ok kasi tulis di atas kertas ni (kertas putih biasa).. lepas tu saya mau tau kau punya warna kau suka paling" tanya dia lagi.. "hijau" jawab aku dengan nada bosan.. lepas tu dia suruh lagi aku tulis atas kertas.. "lepas itu adik, apa kau nombor paling suka 1-5 kecuali 1 dan 5?" dia bertanya lagi.. "3" jawab aku selamba.. dia suruh lagi aku tulis.. Aku pun ikut ja la.. "ok, lepas itu, tulis nombor 1 - 24 di atas ini kertas.." Uiks?? tulis nombor? macam budak tadika pula.. haha.. aku tulis ja la macam bodo.. "ok, lepas tulis habis, kasi gosok itu kertas (kertas yang aku pegang) di atas nombor 1 - 24 tu macam ini (sambil dia tunjuk cara).." aku pun ikut ja.. "Ok, cuba kasi buka itu kertas, apa tulis ada?" tanya dia dengan nada benggalinya.. Aku pun buka la kertas tu tengok apa di dalam.. sekali tertulis pula atas kertas tu umur, warna aku suka dan nombor kesukaan aku.. uiks??? silap mata tuuuu... Ntah bila dia tukar kertas tu.. masa aku lalai dengar crita dia kali... "Ok adik, mari tangan tengok.." sambil dia tengok tapak tangan kanan aku.. "Oh, ini garis bagus.. kau mati umur 84, mati biasa bukan sebab itu sakit2 atau kemalangan" dia kata.. "kau hidup happy, duit banyak, orang tengok kau suka, hati baik tidak mau tipu2 orang.....bla bla bla bla bla.." Hadoiii.. pening aku.. Semua kebaikan ja ni.. Aku angguk2 ja la macam bodo sambil buat muka tidak berminat..

Lepas tu ada lagi la sesi2 silap mata dia dan ramalan2 karut dia tu.. dekat setengah jam juga woo.. kacau bisnes betul.. Itu takpa la juga.. ngam2 juga takda orang.. Yang aku tak puas hatinya, nak tau?? "Saya ini orang hati bersih, selalu sembahyang itu sama tuhan, keliling dunia mau kasi tau orang nasib dia.. jadi adik mau bantu saya brapa?" kata dia.. Laaa... minta derma pula si mamat sikh sorang ni, kata aku dalam hati.. "Jadi, brapa kau bantu saya? Orang susah biasa bagi saya RM 50, orang senang RM 70 dan orang kaya2 RM 100" kata dia lagi.. Uiks?? RM 50 paling kurang?? Gila punya sikh.. "RM 5 ja la bos.. takda duit aku ni.." kata aku dengan selamba.. "cuba tengok itu beg duit dulu?" kata dia seolah-olah memaksa.. Aku geram sudah tu.. cuma sabar ja la.. "tiada bos.. ni duit untuk bayar hutang ni semua".. jawab aku dengan menahan marah.. "Itu duit jangan kau risau adik, jadi macam mana? kasi RM 50." Kata dia lagi.. Uuinaa.. memaksa si sikh sorang ni.. Aku jawab jawab jawab, baru la dia terima RM 5 dari aku.. "Kau baru kasi saya RM 5, jadi kasi saya satu souvenir la" kata dia sambil mencari-cari sesuatu di atas meja untuk di ambil.. Uinaaa... hampir lepas suda marah.. tiba-tiba bos aku datang.. Fuh.. Nasib baik.. Kalau tak memang aku tumbuk suda muka sikh tu.. tak juga kurang pahala puasa aku.. hehe..

Jadi, siapa2 jumpa tukang tilik tu, hati2 la.. mau duit ja tu.. Nama dia Ryan (Rayen - kalau sebut dalam bm).. Orang dia besar2 berjambang dan pakai sorban hitam..

Wassalam..

Thursday, September 10, 2009

Jom Sedekah!!


Ringan2kan la tangan untuk hulurkan sedekah.. Jangan jadikan anak yatim ini beribu bapa hanya di bulan ramadhan kemudian 11 bulan lagi di biarkan..

Selamat beramal..

Wassalam..

Tuesday, September 8, 2009

Sembang2 ramadan..

"Aduiiiiii... laparnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.." merungut seorang hamba Allah kerana tak makan sehari.. Kalau tak pun, kita tengok ada orang lemah semacaaam je.. Berdiri pun bongkooook je macam sayur taugeh.. haha.. tu puasa la tu.. Lemah betul umat islam zaman skarang nikan.. Padahal Allah menjanjikan kesihatan kepada hamba2Nya yang bertakwa.. Mana silapnya?? Aku ni tak layak nak huraikan semua ni.. Aku cuma nak luahkan pendapat aku ja.. Biasa la, blogger... Ngehehe..


Rasulullah s.a.w bersabda:

Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa

[riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]

Daripada hadis Rasulullah s.a.w di atas, puasa ni bukan sekadar kita di suruh berlapar ja dari pagi sampai petang, tapi suruh kita ni tahan nafsu.. kalau ustaz hasrizal kata dalam blognya (saifulislam.com), "Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda." Jadi kita mesti berani la berkata TIDAK kepada nafsu.. Ni bila perempuan seksi lalu, mata tu ikut ja melihat.. bila di tegur, "takpa kalau sekali pandang".. Huiyoo.. menjawab pula tu.. hehe.. Allah tarik nikmat mata tu karang baru ko tau..

Bulan ramadan kita tahu adalah bulan mendidik nafsu.. kan syaitan dah di belenggu semua.. Jadi skarang ni kita ja ni berlawan dengan nafsu.. Kalau kita fikir secara logik la kan, kenapa kita di suruh puasa dari terbit fajar sampai terbenam matahari?? Kita tau juga semua bah kan.. besar2 juga suda semua.. kata kawan aku, "berbulu suda satu badan".. Kita di suruh puasa sebab nak menundukkan nafsu buas kita ni.. yaka?? tapi banyak juga yang orang islam yang masih buat maksiat.. kenapa tu ya? tak puasa kali? tapi puasa juga tu tau.. hehe..

Memang la nafsu tak dapat tunduk2..macam mana juga masa siang cantek dah kita puasa.. tak makan, tak minum, baca Qur'an, solat sunat semua (tu pun kalau buat la).. Nafsu pun tunduk patuh.. tapi bila sampai ja masa berbuka, "Allahu akhbarullahu Akhbar" (azan maghrib).. macam orang yang dah seribu tahun tak makan woo.. semuanya di sumbat dalam mulut.. tabarus kata orang brunai.. haha.. tangan tu, kiri kanan pegang makanan menyumbat dalam mulut (perumpaan ja la).. kalau kaki kita ni Allah cipta macam kaki monyet yang boleh di gunakan untuk mencengkam, silap2 kaki pun menggenggam makanan juga masuk dalam mulut.. Allah.. macam mana nafsu tak melonjak naik balik kalau dah gitu.. Paham2 sendiri la kan.. Kurangkan la makan.. Tu sebab kita di suruh puasa.. nafsu tidak aktif dalam keadaan perut lapar.. kekenyangan tulah sumber tenaga bagi nafsu.. betul tak?? lu pike la sindri asalmekom kata si nabil..haha.. (si nabil lagi kena..hehe)..

sekadar gambar hiasan

Ada salah seorang mentor aku cakap masa dia bagi tazkirah, "kita ni semuanya nak banyak2.. makan nak banyak2, kena bagi 1 tapau nasik nak minta 3 lagi.. harta nak banyak2.. bini nak banyak2.. Tapi bila beribadah, berkira sangat pula.. Contohnya solat tarawih, berabis kita nak mencari surau atau masjid yang buat 8 rakaat.. Nak 8 rakaat tu takpa la juga. tapi bila imam baca surah panjang sikit, dah rasa tak puas hati.. Berkira betul dengan Allah.. Tapi bila nak sesuatu dari Allah nak banyak2.."

Terasa pula aku..haha.. Gini la manusia.. Manusia ni kebanyakannya tidak adil.. sama ada kepada diri sendiri, orang lain mahupun dengan Allah.. Bila Allah bagi nikmat yang sungguh banyak, punya main hepi dia rasa.. tersenyum lebar sampai ke telinga (bibir tu sampai telinga).. Tapi bila Allah uji sikit dengan kesusahan, terus buruk sangka dengan Allah.. ish..ish..ish.. Tak baiknya gitu.. Lagi teruk sampai kata Allah tu tak adil.. alasannya, "orang lain yang tak beriman di beri kesenangan, tapi aku yang beriman (yaka?) di beri kesusahan macam ni.." Sempitnya akal (ganti dengan perkataan bodoh)..

Jadi, macam mana la ni kita mau jaga hati dan iman kita?? Kata Ustaz Sarip adul (saripadul.com) dalam tazkirah ringkas tarawih baru2 ni, "ada seorang tu nak murah rezki.. tiap2 pagi dia baca ayat seribu dinar.. tapi rezki tak juga murah2.. marah dia tu kenapa rezki tak murah2 sedangkan dia 'suda' baca ayat seribu dinar sebelum buka kedai.. Masalah dia tu sebenarnya dia tak memahami pun maksud ayat seribu dinar tu.. maksud ayat tu, "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.".. Allah suruh bertakwa, barulah rezki di murahkan.. Ni solat pun tidak.."

Ni aku petik dari tazkirah beliau.. Betul la kan.. Kita di galakkan baca tiap pagi untuk motivasi kepada diri kita bahawa hanya bertakwa kepada Allah, barulah Allah beri rezki dari sumber yang tak di duga2 dan hanya bertawakal kepada Allah barulah Allah cukupkan keperluan kita. Bukan baca ayat tu tiba2 rezki murah.. betul tak? sebab Al-Qur'an ni sebagai peringatan untuk kita.. sebagai 'manual' perjalanan hidup kita di dunia.. di gabungkan lagi dengan sunnah Rasulullah s.a.w barulah diri kita ni selamat dunia akhirat.. Maka jadikan Al-Qur'an sebagai panduan kita (bukan sebagai bahan bacaan ja) baru la iman kita terjaga.. Betul? Mungkin ada yang marah nikan.. haha.. biarlah..

Sama la juga critanya dengan bab solat.. Solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar seperti yang termaktub dalam al-Qur'an.. Tapi solat yang macam mana? Ramai skarang bersolat, tapi masih juga buat maksiat (aku mungkin).. kenapa gitu? Mudah ja jawapan dia.. Solat tak kusyuk dan hati tak menjiwai solat.. Kita ni kadang2 hanya nak hasil manfaat dari ibadah yang kita lakukan ja.. contoh la, bab solat, kita solat sebab nak jaga diri dari kemungkaran.. nak sihat tubuh badan.. nak supaya darah dapat mengalir ke dalam satu saraf di dahi (ada saraf di sebelah dahi kita darah tak masuk.. hanya dengan sujud ja darah akan masuk).. Allah.. di mana suda lillahi taala? hilang dah.. niat nak solat bukan lagi kerana Allah walaupun mulut menyebut lillahi taala.. (bukan semua orang la..aku ja mungkin)..

sekadar hiasan

Kita bersedekah sebab nak dapat balik 10 kali ganda bukan kerana Allah suda.. kita puasa sebab nak sihat, nak tahan nafsu, nak di beri ganjaran oleh Allah.. Mana suda lillahi taala? Mungkin kita tak sedar hal ini berlaku sebab kita terlalu leka dan alpa (biasa la tu, insan=pelupa).. Mari la sama2 kita 'ketuk2' kepala kita supaya kita ni 'terbangun' dari mimpi indah yang penuh dengan khayalan dan penipuan..

Untuk penutup mari kita renung2 ayat 183 surah al-baqarah yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Point paling penting Allah nak bagi tau kita ".....agar kamu bertakwa".. macam aku cakap di atas tadi tulah.. puasa biarlah betul2 kerana Allah bukan kerana ingin mendapatkan maanfaat dari puasa tu ja.. tahan diri, berani berkata tidak kepada nafsu, kurangkan makan ketika sahur dan berbuka, baca dan fahami ayat2 al-qur'an.. baca biarlah dengan kemas dan ikut tajwid yang betul.. ni macam takda bunyi arab dah (terlalu pantas dan tajwid hentam ja).. gelojoh betul.. haha..

Aku yang menaip ni bukannya baik sangat pun.. kebanyakan yang aku posting pun untuk tegur diri aku juga.. mungkin sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada orang lain.. mana la tau kan..hmm..

Oklah.. hayatilah tiap saat ramadan yang hampir meninggalkan kita ni.. mana la tau ini adalah ramadan terakhir buat kita.. Minta maaf jika ada tersilap fakta dan harap di perbetulkan dengan cara yang baik..komen ja kalau ada salah..

Wallahualam..