Saturday, November 8, 2008

Mengantuk!!!

Mengantuk kadang-kadang kawan bagi kita.. tapi ingat.. kadangkala ia menjadi musuh ketat bagi kita.. nak perangi si 'mengantuk' ni agak susah bila dia dah jadi musuh kita tau.. biasanya si 'mengantuk' ni jadi kawan terbaik kita bila.....bila?? cuba teka! Masa bulan ramadhan la.. hehe... berebut-rebut semua nak tido siang.. haha.. bila di tanya napa tido ja wuiyoo.. trus kuar dalil.. sunnah nabi konon tido lepas zuhur.. padahal penat posa..haha.. betul tak?? aku pun gitu bah.. sebab tu aku cakap.. berabis tu nak tido... sampai dalam kuliah pun benda yang tak paham pun di angguk... mengangguk kepala ja ni tak henti-henti.. pensyarah ingat paham la konon.. rupanya Zzzzz....haha... memang teruk la.. tido je keja.. jadi bila masa pula si 'mengantuk' ni jadi musuh paling ketat kita?? bila dengar ceramah agama la.. oleh kerana dah berkawan terlalu rapat dengan si 'mengantuk' ni sampai masa dia jadi musuh kita, kita jadi lemah nak lawan dia.. sebab sayang betul kot dengan dia tu.. haha.. ceramah punya main mantap.. di sampaikan oleh ustaz yang mantap lagi.. tapi terlelap juga..tewas juga dengan si 'mengantuk' tu.. lemah betul iman kita ni kan... klo ulamak2 besar biasanya tido durang kurang sangat.. ada yang tido 2 jam ja untuk 24 jam.. Allahuakbar.. bleh ka kita gitu?? nak bangun tahajud pun susah.. jangankan tahajud, subuh pun kadang2 lepas.. setia betul kita dengan kawan kita tu..padahal orang yang kurang yang tido la orang yang kuat.. Salahudin al-ayubi pun pilih tentera beliau dari kalangan tentera yang bangun malam.. yang tido sampai ke subuh tak di suruh ikut berperang... tapi kalau main game ka, internet ka, chating ka, bercrita ka boleh pula tak tido.. atau kalau nak tengok bola ka, wuiyoo.. dapat ni qiamullail.. tapi tak tahajud la.. tak baca qur'an, tak zikir apa-apa.. tengok bola ja.. punya kuat dapat bangun jam 3.. atau pun masa bulan ramadhan.. banyak tu dapat bangun sahur.. takut betul lapar perut..hehe.. ok la sahur.. memang sunnah nabi.. nak amal sunnah, amal juga.. kan baik kalau amal suma.. masuk islam secara seluruh.. jangan ambil skit, buang yang lain..tu peringatan la untuk aku dan kita semua.. "Islam agama paling tinggi.. takda yang lebih tinggi darinya..".. "masuklah kamu ke dalam islam secara seluruhnya.."..

"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan)."
Surah Al-Qasas ayat 88

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

salam..huhuh adakah gambar aku tidur kena letak..huhu ..isk

Anonymous said...

haha... kau yang mengaku sendiri ya..hehe..