Sunday, November 2, 2008

Rindu..

Ketika dalam perjalanan pulang selepas program di sandakan dengan menaiki ranger tuan guru, aku merenung jauh sepanjang perjalanan. Kebetulan aku duduk sendirian di belakang dalam keadaan santai. Entah kenapa hatiku terasa sayu. Seolah-olah hatiku di selubungi rasa rindu yang amat sangat. Bila aku merenung awan petang yang indah di belakangi oleh cahaya merah, terasa seolah-olah banyak wajah-wajah terbayang di benak pemikiranku. Sahabat-sahabat perjuanganku, ustaz mejar, abang adnan di pitas, arwah ayahku, no......... (ops x payah la sebut), dan ramai lagi yang pernah ku kenali. Rindu sangat. Terbayang kenangan-kenangan bersama mereka. Teringin rasanya aku kembali ke masa dahulu tika masih bersama. AllahuRobbi.. Aku termenung sejenak dan melihat kembali ke arah langit petang sambil wajahku di hembusi oleh angin sejuk yang masuk ke dalam kereta, terasa seolah-olah hatiku rindu kepada sesuatu, yang tidak pernahku lihat dan temui sebelum ini, terasa air mataku ingin mengalir keluar dari mataku yang sepet. Siapakah Dia?? Adakah Dia berselindung di balik awan nan merah itu?? Ku melihat pula ke arah gunung kinabalu yang tersergam indah di litupi awan. Adakah Dia berada di sebalik gunung itu?? Tidak!! Di manakah Engkau wahai Penciptaku?? Di manakah Engkau wahai Pencipta sekelian alam?? Engkau menciptaku tanpa cacat cela. Engkau meninggikan langit tanpa sedikit pun kepayahan, dan Engkau menegakkan gunung tanpa sedikit pun kecacatan. Layakkah aku untuk bertemu denganMu wahai Pencipta langit dan bumi?? Cukupkah sudah amalku untuk menjejakkan kaki ke syurgaMu? Aku tahu aku terlalu banyak melakukan perkara keji dan mungkar. Aku tahu ya Allah pengampunanMu lebih besar dari segala-galanya. Tapi adakah taubatku terhadapmu ini cukup ikhlas untuk di terima olehMu? Atau di hatiku masih terasa bangga terhadap dosa yang telah ku lakukan suatu masa dahulu? Ya Allah... Ya Tuhanku.. Ku mohon padamu akan redhaMu dan syurgaMu agar aku dapat bertemu denganMu, aku rindu padaMu ya Allah.. Seandainya malaikatMu datang kepadaku untuk menjemputku, biarlah aku di jemput ketika berjihad menegakkan agamaMu di muka bumi ini. Aku berlindung padaMu ya Allah daripada kemurkaanMu dan azab nerakaMu yang maha pedih seksaannya.

Lamunanku tersentak apabila tuan guru memberitahu kami akan singgah di kundasang untuk rehat dan minum petang kebetulan maghrib dah masuk sebaik tiba di kundasang. Baruku sedar air mataku sedang membasahi mataku dan hatiku masih sayu teringat akan nasibku di akhirat kelak.

Jadi sebagai nasihat, memang kita tidak dapat nafikan yang kita rindu pada seseorang manusia. Tapi janganlah rindu itu melebihi rindu kepada Sang Pencipta.

Wallahualam..

No comments: